31 Disember 2010

Selamat Tinggal 2010

usia kian mengalir
dari hulu ke hilir
umpama air
menyeret pepasir

dan situa daif itu
terus mengutip sampah kota
dari dosa-dosa manusia
yang bertebaran
tidak dipedulikan

dan perempuan itu
kulihat asyik
mengunyah takdirnya yang pedas
lalu menghamburkan liurnya yang merah
ke aspal yang parah

dan
kehidupan itu terus mengalir
diseret takdir
umpama air menyeret pepasir

dan kita tidak pernah mampu
bertahan di bawah panji-panji diri
memperkosa laungan azan dengan
panggilan syaitan

fauzirashid
(untuk rakan puisi, semuga tahun mendatang kita masih mampu untuk terus berpuisi dalam mencari erti diri)

26 Disember 2010

Alahai Si Nazri

dia menyalak dan berkata
'wirawan berbohong..'
buktinya apa...
sipencuri telah menulis kepadanya yang
dia tidak mencuri...
itulah bukti kukuh ...katanya dalam kebodohan yang terlalu

aku menggeleng kepala
patutlah wikieleaks telah berkata
"negara dipimpin oleh mereka yang lemah fikir"
bodoh dan sombong yang merosakkan rakyat terbanyak...

dia lupa
wirawan telah lampirkan bukti
surat yang telah ditandatangni...

fauzirashid
jangan perbodohkan rakyat

25 Disember 2010

Musimnya

sewaktu kusarungkan sekuntum cincin ke jari manismu
dikamar yang dihiasi bunga-bunga
dan sewaktu kau cium tangan yang kuhulur
airmatamu membasahi kulitku
apakah ertinya itu?
sayangku?
bukankah kau sah miliku?
dan sah aku milikmu?

dan
mulai saat itu
kitakan berdakapan
dan akan terus berdakapan
di atas ranjang hidup
berjanjilah setia

fauzirashid

19 Disember 2010

Sungai & Laut

sungai

setiap saat
pasrah dan rela
menghela cairan pekat dosa
bikinan manusia
ke laut yang lepas

dia
tidak pernah mengeluh


laut

setiap saat
menerima apa saja
pasrah dan rela
mengendong cairan pekat dosa
lalu menghempasnya ke pantai
menjadi buih-buih yang putih

dan dia
tidak pernah mengeluh

fauzirashid

18 Disember 2010

Penghuni Gerabak1

i.
kita ini penghuni gerabak
saban hari membawa kita
melintas desa merentang kota

kita ini penghuni gerabak
aku bergayut di talian sepi
engkau lena di bangku mimpi

kita ini penghuni gerabak
aku sepi dilautan rindu
engkau ria disimbah lampu

kita ini penghuni gerabak
aku pergi membawa diri
engkau terus melangkah pergi

ii.
bila sampai waktu
pintukan membuka
kita harus melangkah pergi
terus membawa diri
jangan lagi mengulit mimpi

fauzirashid
(stesen universiti KL)

14 Disember 2010

Puisi Untuk Tuhan

daun-daun puisiMu
sering menggamit sedarku
akan indahnya sebuah rekayasa seni
olehMu tuhan

betapa tangkai-tangkai rindu
didebungakan oleh serengga yang beterbangan
terpikat dengan warna kelopak
madu yang kau miliki
bahawa Engkau menggerakkan segalanya
rekayasa ini selamanya

doaku...teruskan
puisi dengan diksi-diksi
hidup dan terus
menghidupkan dunia diri
dalam apungan maya
arus yang bebas dan lepas

fauzirashid

01 Disember 2010

Buat Teman

ku abadikan catan ini
khusus untuk mu
isa bahari
yang telah kembali mendahului
setapak melangkah mendepani

sesungguhnya kau punyai legasi tersendiri
pemergianmu dirasakan kehilangan
satu episod dalam perjuangan

semuga dirahmatiNya
kau di sana

fauzirashid
(alfatihah buat rakan seperjuangan)
(catan ini sebagai batu tanda
kau telah kembali pada Maghrib 1.12.2010)

28 November 2010

Puisi Sepi1

ke mana suara itu menghilang
tika kau dendangkan padaku
lagu cinta dan senandung rindu
lantas aku di sini
kau biarkan termanggu-manggu sepi di kamar sunyi
menyendiri...

ke mana perginya pelangi itu menyepi
di sebalik langit jingga yang bergerimis
tika kau tunjukkan padaku
jalur-jalur warna yang mengasyikkan
lantas harapanku membunga dan
kau tinggalkan jua aku di sini
umpama awan senja yang bergantungan

ke mana berlalunya angin semilir yang menghilir
tika kau membelai rerambutku dan
menyentuh pipiku lembut
lantas aku di sini
di tepian sepi
melihat tapak-tapak kakimu yang
kau tinggalkan di pepasir mimpi

akulah pantai
penunggu ombak yang setia
kalau engkau mengerti...

fauzirashid
(buat teman...)

26 November 2010

Penenun Benang Bangsa

aku mahu membicarakan tentang benang bangsa sejujurnya

biarkan wirawan menjalin
bebenang pakan dan bebenang lunsin
menjadi sehelai kain

sejujurnya aku dapat merasakan
wirawan kan menjadi penenun terbilang
andainya dihulurkan sebilah jarum cinta
buat menenun benang bangsa

panji nusakan berkibar megah
sejadah jiwakan menghampar wadah

fauzirashid

23 November 2010

Merapi -26 Oktober 2010

i.
betapa
sakitnya sebuah gunung
terlalu derita dia
sehingga....

airmatanya lahar berdarah
menuruni lurah-lurah diri
melecurkan benih-benih yang tumbuh
dalam lekuk-lekuk hidup

ii.
betapa
amarahnya sebuah gunung
terlalu murka dia
sehingga....

bentakkannya debu berhambur
menjadi puntung-puntung hitam
meleburkan mereka-mereka yang berdoa;
mereka-mereka yang alpa

fauzirashid

19 November 2010

Usia 50an

i.
lembar-lembar putih
telah tumbuh pada
ubun kepalaku
yang kian
kematu

ii.
tersentak...
aku telah
melewati garisan itu

iii.
setapak langkahku
terlalu kecil
buat mengubah dunia

fauzirashid

15 November 2010

Mbah Maridjan

dalam
lahar cair yang mengalir
dia kaku
sujud mengadap tuhan

tatkala mahu mengunci
muntahan merapi
demi taat setia
pada nusa

tuhan lebih menyayanginya

fauzirashid
Salam aidil adha 1431H
mengingati pengorbanan seorang yang bernama mbah marijan

12 November 2010

Dia Mufti?

letak ancak
jampi serapah
untuk tegak rumah

latok mufti kata
itu bukan syirik

betulke latok mufti ni?

kalau begitu
apakah taarif syirik itu
perlu diperbaharui
hanya untuk
menghalalkan si zamri
yang tak pernah ambil peduli

fauzirashid

09 November 2010

Rindu

di pintu rindu
ingin selalu
kusebut namamu

ingin sekali
kuhulurkan sebuku
benangku yang biru

ingin sekali
bersamamu
mendaki pelangi
di senja yang
bergerimis

di pintu rindu
ingin selalu
kurangkulmu

fauzirashid
(mungkin engkau tidak mengerti)

08 November 2010

Di Lebuhraya Kehidupan

i.

dari sudut-sudut yang berbeda
kulihat warna berbeda-beda
pada papan tanda yang berkilat
ditepi lebuhraya

dari sudut-sudut yang berbeda
kulihat watak juga berbeda-beda
pada papan diri seorang dia
yang terpaku menunggu di lebuhraya

ii.

aku menjadi kaget
melihat lalulintas kehidupan
yang sesak dan memburu

betapa manusianya kita
bisa berubah watak
dan tidak lagi punyai diri sendiri
hanyut dalam arus lebuhraya
kehidupan yang gawat

fauzirashid

01 November 2010

Salam 1 Negara

satu negara
bicara dubur
seorang dia yang
gagal sekolah

bisa jumpa piem
tuntut rm
bicara dubur
seorang dia yang
sangat masyhor
pun diatur

satu negara
bicara dubor
seorang dia yang
tak mandi hadas
tak ke tandas
berlendir tiga hari
bikin bukti

salam 1 negara
bicara hanya lubang dubur
seorang dia yang
sangat masyhor

peguam negara yang tersohor
hakim yang terarif dan tersohor
doktor dan pakar yang tersohor
semua bicara dubur
seorang dia
yang gagal sekolah


fauzirashid
(maaf...puisi ini lahir dari dalam tandas
sebuah masjid yang hapak)

31 Oktober 2010

Angkara Dubur

kepada si zali
kepada si bidin
aku ingin bertanya...
"siapakah tuhan kamu"

bukan apa
aku kasihan
pada kalian

menumpang hidup
pada bicara dubur
seorang dia

lantas kalian
takut nak kentut
takut tekintit

kasihan...
malang sekali
menjadi manusia
seperti kamu

fauzirashid

30 Oktober 2010

Demokrasi

bila
wakil rakyat kami mati
kami dapat jalan dapat titi
semua permintaan kami dilunasi
baru mereka jenguk kami...kami orang asli
dapat air dapat api

mereka begitu baik dengan kami
hulur gula hulur roti
dan...
banyak lagi janji-janji

berkata mereka
"ini bukan rasuah"
"ini amanah"
"itu tanggungjawab kami"
"kami pemimpin berbudi"
"pilih kami lagi"

mereka puji diri sendiri
yang lawan mereka keji
dalam radio dalam tv

maka
salahkah kami
mendoakan saban hari
selepas ini
wakil rakyat kami...mati lagi

kerna itu
demokrasi
daerah ini

fauzirashid
(melihat kempen Batu Sapi)

26 Oktober 2010

Sonsang

mengapa harus
kita bertaklid buta
pada mazhab-mazhab
yang berkeliaran
menebarkan lembar-lembar surah
yang berjela
yang tidak pernah engkau fahami

bukankah kita ini makhluk pencari
diutus tuhan menjadi
khalifah di muka bumi
dengan kaki dan sendi
untuk menjadi
diri sendiri

fauzirashid

24 Oktober 2010

Pasrahnya Kehidupan

sesungguhnya
kehidupan adalah sebuah kembara
yang diseret takdir

dan
kita hanyalah
penerima yang pasrah
bergayut pada ayunan bandul
waktu seizin Tuhan

sekedar itu
sekedar itu cuma

sesungguhnya
kehidupan adalah sebuah kembara
menjejaki lorong
suka duka

sekedar itu
sekedar itu cuma


fauzirashid
(mengimbas kembali perjalanan diri dalam menempuh hari demi hari)

23 Oktober 2010

Buat Isteri Yang Terlena

mahu saja kurakam
setiap patah dengkurmu
agar dapatku fahami
bahasa mimpimu itu
yang kau tuturkan padaku

andai ada
permintaan darimu
biar saat-saat yang mendatang
dengan tulus
kupenuhi mimpimu sayang

fauzirashid

22 Oktober 2010

Perhimpunan Gerombolan Oportunis

gerombolan itupun memulakan perhimpunan
dalam sebuah menara yang sarat hutang
satu sutradara pun dipentaskan
seantero dunia

bersiponggang pekikan suara keramat bersemangat
membela bangsa
dengan lautan pekikan bertali arus
hidup bangsa..hidup bangsa..hidup bangsa

dengan sokongan buta tuli
mereka 'bertakbir'
hidup..hidup..hidup

dipentas utama
masing-masing mencari kosa kata terbaik
mencipta bilah-bilah bahasa yang menakjubkan
buat membius mereka yang tolol

dewan gamat dengan
memuji diri sendiri
mengutuk pesaing sehabis hina
seolah merekalah malaikat
yang diturunkan tuhan
membela bangsa ini

di bilik-bilik penginapan
mereka asyik bermain pakau
sehingga kesubuh
membaca abjad dan angka pada sekeping kartu
dengan warna-warna bunga yang tidak pernah sama
melagang helah dan kepakaran
buat mengaut ringgit-ringgit sahabat seperjuangan

dan
bila perhimpunan selesai
mereka kembali ke sarang asal

yang di pentas mengaut peluang
yang di bawah...tunggulah
sehelai kain batik atau setin milo
atau sekampit beras
bila musimnya sampai

fauzirashid
(dan perjuangan bangsa ini tak akan pernah selesai selagi mereka di pentas itu)

16 Oktober 2010

Lorong ini

han...
sebuah lorong yang lurus ini
kian mengecil dan semak untuk kulalui
lalang-lalang hidup menutup jalan
rebungnya tumbuh menujah
setiap tapak pada langkah
menumbuh darah
kulit kakiku kian tercedera
untuk kuteruskan langkahan

begitulah han...
sebuah desa kehidupan
yang telah lama kami tinggalkan
hidup dalam metropolitan sesat
padat dengan penyangak dan penyengat

dan
sebuah lorong yang lurus ini
tidak lagi dipedulikan
tidak lagi direntes
penguasa membiarkan sebuah lorong yang satu-satunya sebuah lorong itu
dipenuhi najis-najis binatang
yang lalu-lalang

fauzirashid

09 Oktober 2010

Sebuah Basikal

akan mereput
sebuah basikal itu
yang bersandar
pada tembok belakang rumah

rodanya dibulut ulan
pengayuhnya dibulut ulan
hendalnya dibulut ulan
breknya dibulut ulan

sitnya koyak
matgadnya patah
lampunya pecah
locengnya ketat
rantainya berkarat

sebuah basikal itu
kian tersungkur
kian uzur

fauzirashid

26 September 2010

Terpinggir

kerna kita
tidak pernah memperdulikan
ayunan bandul yang kian
perlahan menuju kematian

hanya kerna kita
terleka tidak mahu memperdulikan
gerak jarum yang merentas garis demi garis;
adalah perjuangan panjang yang tidak bernoktah

kita kini terpelosok
menjadi kelompok yang terpinggir
yang kian
dilukai waktu

fauzirashid
(Lead View Hotel 25.9.10)

20 September 2010

Hulurkan Bantuan

apakah kita tidak lagi sudi
menyantuni anak-anak gaza
yang di penjara oleh laknatullah zionis
dengan sekupang dua yang kita ada

hulurkanlah bantuan
mereka saudara kita sedang
kelaparan
kesakitan
ditindas
dipenjara
disiksa

fauzirashid
(ketika ini sedang kita asyik dengan jamuan raya
saudara kita, penduduk gaza sedang dikepong tentera zionis
menjadikan gaza merupakan sebuah penjara yang terbesar dalam sejarh manusia)

18 September 2010

Kita Yang Terlalai

dari
sebuah mimbar tua
seorang khatib asyik
merenjis khutbah
dari bejana tuhan

dan
di lantai marmar itu
kulihat
makmum 'khusyuk'
mengintai mimpi demi mimpi
demi mimpi dirasuk dingin hawa

sedang
di dinding rumah itu
yang kian retak
tak henti-henti
jarum kecil melangkah garis demi garis
demi garis mengikut rentak
ayunan bandul

fauzirashid
jumaat 8 syawal 1431H

14 September 2010

Khatib Tua

di hadapan jemaah
seorang khatib tua
tetap mahu
berdiri di mimbar
sambil terketar-ketar
membaca khutbah
yang tidak lagi kami fahami
biji dan buah

di belakang mimbar
kulihat bandul terus berayun
menggerakkan jarum waktu
dengan iringan bunyi tik-tak tik-tak
meretakkan lagi
rekahan dinding
masjid kami

fauzirashid
(di masjid Tanjung Kepah..Pagi Syawal)

04 September 2010

Kelabu

bulan kelabu
dilangit biru
di subuh bening itu

bayu menggigit kulit
belon-belon embun di dusun
bergayut di hujung daun

kucari rinduku yang hilang
kucari cintaku yang terbang
kucari kasihku yang terbuang

bulan tetap kelabu
di langit biru
di senja itu

bandul waktu terus menghentak
belonku terus mengecil
dalam tarikan nafasku yang menyesak

fauzirashid

30 Ogos 2010

Isu Teo Nie Ching

bila
binatang itu
sudah mula mengelepar kepanasan
awas kalian
tendangan putus nyawanya
bisa mematahkan tulang kering kalian

oleh itu
waspadalah
jangan sekali-kali
dekatinya lagi

biarkan ia terus
mengelepar dan
biarkan ia putus nyawa
dihentak bandul kematian
mati meragan

jangan lagi dilayan....

fauzirashid

28 Ogos 2010

Bandul Perkauman

kabilah jahiliah itu sedang
memainkan bandul perkauman
sehingga sangup mengubah hukum halal haram
mahupun fatwa mereka sendiri

mereka heret semua
rakyat jelata mahupun sang raja
melalui kaedah adu domba
dalam media tunggangan

apakah kita masih buta
atau perlu tertipu
dengan cara mereka yang
ibarat cacing kepanasan?

fauzirashid

21 Ogos 2010

Tanpa Tajuk

aku tidak pernah membayangkan betapa
ada yang sanggup melagang fitnah perdana
sempena bulan kita berpuasa

mereka menjadi gila hanya kerana
sebentar lagi mereka akan diregut dari tahta
yang mereka guna untuk gasak dan sapu
segala yang ada

mereka bukan sahaja sanggup mengheret
segala institusi yang ada
malah turut memalitkan agama tuntutan nenek moyang kami

mereka telah sanggup sesat sampai ketahap ini
mengapa...

fauzirashid
21.8.10

15 Ogos 2010

Ibu Yang Agung

i.
dikejarnya fatamogana
dari bukit saffa dan marwah
tujuh kali ulang alik mencari air
dalam kelelahan dan kering padang pasir
diruntun anakanda Ismail yang menangis dan menangis

Tuhan merasai degup keibuan agung si Hajar yang pasrah
mencari air dengan tetek yang kosong. perut yang keroncong

kun fayakun...
Tuhan menerbitkan air dari hentakan kaki si anak. mudah bagi Tuhan
telah membunga kesyukuran di hati si ibu

syukran.syukran.syukran
jerit suara batin si ibu
lalu si Ismail yang comel berhenti menangis

dan...
zam-zam. zam-zam. zam-zam. mengalir
dan terus mengalir
tanpa kering lagi
sehingga kiamat

ii.
kini
kulihat bayi dihurung semut
di dalam tong sampah yang berulat
ke mana 'si hajar?'

malah
ada bayi yang diblender
sudah gilakah 'si hajar?'

ah...
aku sudah tidak lagi sanggup
meneruskan puisi ini...

fauzirashid
5 ramadhan 1431

11 Ogos 2010

Ramadhan

i.
senja itu dalam debur ombak
kami menyuluh pintu langit di ufuk
mencari-carimu Ramadhan

ii.
telah kami temui
segaris cahaya bening
tanda engkau sudi
menjengah kami di sini

iii.
anak kecilku menggumit

"sahaja aku berpuaca
pada ecok hari
fardhu bulan ramadhan
kerna Allah Taala"

fauzirashid
(selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak)

08 Ogos 2010

Kurenong Dalam Diri

aku ke sini mengumit mentera diri
bersimpuh dan berteleku aku
menelaah langkah silam
yang sering tersasar dari jalanMu...Tuhan

lantas aku di sini menggenggam tasbihMu...Tuhan
dipersaksikan tiang masjid tua dan
helaian sejadah yang berdebu

kucari nota-notaMu Tuhan
pada dinding yang kian meretak
lantas dadaku sebak dengan
nafas hidup yang kian sesak

Tuhan
izinkan aku mendekatiMu
melangkah takdir dengan
bandulMu yang masih lagi berayun
dengan detik detak jarum hidup

fauzirashid
RamadhanMu kian hampir...Syukur andainya
RamadhanMu dapat lagi kutemui
Kepada sahabat...selamat menyambut Ramadhan AlMubarak

05 Ogos 2010

Tanda Soal

dengan tujahan bilah gerimis
kurentas dingin subuh
melangkah deretan neon
yang panjang

di lorong yang berliku itu
kuusung sepuntung tanda soal
yang melengkong di lubuk diri
menanti jawaban-jawaban yang
pasti belum bisa bertandang

dalam rentak alunan syahdu
serbok azan yang
dibungkus embun di hujung lenggok daun
aku terus melangkah
ke rumah tuhan
mengusung berberkas lagi
tanda soal yang kian melengkong
dihempap tembok diri
ku yang rebah

fauzirashid

01 Ogos 2010

Dia Bukan Petualang

dia bukan petualang
tapi adalah seorang pejuang
yang digeruni benar oleh petualang yang berkuasa

dia bukan petualang
tapi rela turun berpencak di tengah gelanggang
untuk membela manusia kita yang marhein

dia bukan petualang
hanya kalau...
pak menteri ribut menyebarkan dia petualang
tapi kerna mereka kecut
jika 'sipetualang' itu menggenggam kuasa
mereka akan tersumbat ke penjara
kerna 'kepertualangan' mereka
selama ini

aku yakin...
dia bukan petualang
tapi pejuang
yang pasrah menanggong risiko

fauzirashid

29 Julai 2010

Bila Bandul Jam Berhenti

kaliankan terkedu
kaku dan bisu
bila bandul jam itu tiba-tiba berhenti
di masjid yang terlalu tua usianya

dulu kalian tidak pernah memperdulikan
ayunan bandul yang kian kesat
atau mahu menjejak kekunci yang telah
kalian hilangkan

ketika serbok azan ditaburkan
bersama ayunan bandul yang masih bugar
kalian tidak pernah bernafsu
untuk mengutip bekalan pulang

dan
bila bandul jam mula berhenti
tuhan tidak lagi memperdulikan
tembok diri yang kian meretak

fauzirashid
29.7.10

25 Julai 2010

Pada Sebuah Perubahan

pada gerak meniti
titik-titik perubahan
kita sering diuja dengan
wajah tuhan yang
diukir syaitan

makanya kita sering terpesona
terkinja-kinja dengan taqlid buta
membenarkan fitnah dan tohmah
memasuki pintu setiap rumah
sedang kita sering alpa dan lupa
dugaan tuhan pada sebuah perubahan

kitapun asyik menelaah
setiap rekaan dari sasterawan iblis

kita tidak lagi mampu
untuk menjadi diri kita sendiri...

fauzirashid
asar
25.7.10

23 Julai 2010

Persetiaan

i
dara
belai rambutku
dengan jari jemarimu
semuga berteduh rinduku
mengusap bibir persetiaan
di kotamu kutinggalkan

ii
uda
di pelabuhan nanti
diturut jangan lambai tangan
gemalai kecil dan lampu-lampu


fauzirashid
(himpunan puisi Belon-belon - GSL)
23 jun 1985

13 Julai 2010

TV Jam 8

Saban malam dibentangnya fitnah
dan episod-episod rekaan
dengan penyertaan puak sebelah
asyik-asyik
kelantan. pulau pinang. selangor. kedah
perak sudah soh dari drama cemuhan

suara sebelah pihak
tiada langsung ada kesempatan
untuk mereka
membela diri

penguasa pembuli itu
menggunakan apa saja
dihalalnya apa jua
suara-suara minoriti yang membodek
disiar
mereka pencari rezeki tanpa mahu membanting tulang

dan
bajingan-bajingan munafik pun mengutip dana
dari warkah kepalsuan diri

tv jam lapan dikuasai manusia bacul
tak mampu bersaing di padang terbuka

apakah mereka manusia malaikat
betul semua perkara
bagaimana dengan apco, altantuya dan 77 juta?
bagaimana dengan pkfz, scopene dan kapal selam yang timbul?
bagaimana dengan pasir di negeri sembilan dan johor?
bagaimana dengan rezab bilion tinggal 200 juta dalam felda?
bagaimana pulau putih menjadi mata putih?
bagaimana air murah untuk singapura?
bukankah itu ditangan sibahlol
yang gadai kuasa
untuk gadai negara
togok wang sepanjang masa

padahal mereka dari kelompok bangsat
kroni penyangak kuasa untuk togok wang
tak mampu berhujah
tak mampu memberi alasan
guna polis guna hakim guna sprm
mereka mahu kuasa.. togok wang
anak bini dan kroni

fauzirashid

03 Julai 2010

Bola Itu Adalah.....

(bola itu ibarat sebutir dunia
yang tak henti kau hambat)

lalu kulihat mereka
asyik menghambat sebutir dunia
tak henti-henti di padang hijau yang rata
di bawah sinaran lampu dan
jeritan pengurus yang gila

mereka membentes dan dibentes
tak henti-henti cuba meloloskan hidup
lalu melepaskan ledakan diri
dengan kudrat jasad yang ada

alangkah baiknya kalau
setiap jiwa mereka
kau serahkan saja sebutir cinta
tidak lagi mereka terkinja-kinja
dalam sorakan penjudi yang mabuk
di awal pagi dan
senja

fauzirashid

27 Jun 2010

Di Kamar Diri Lalu Aku Berdiri

di dalam cermin itu kulihat
ada wajah lusuh seorang aku
yang lelah dan keliru

di dinding kaku
bergantungan ayat-ayat tuhan
yang kian kusam

di satu penjuru
di dalam cermin itu
sebuah ranjang
tempat aku
melampiaskan rindu
pada seseorang yang bernama
kekasih

di siling kamar
di dalam cermin itu
cicak-cicak asyik bercumbu
melontar lidah pada lelabah

sedang aku masih berdiri
di hadapan cermin pesaka ini
di lantai yang berdebu
menunggu dan menunggu
saat itu

fauzirashid

25 Jun 2010

Puisi Kehidupan

dia adalah seorang pelaut
yang telah tewas
oleh ombak dan arus
menempuh gelombang hidup
dengan jiwa yang
terpesong

pada muka tuanya
ada parut-parut luka
garis-garis waktu
dalam derita diri merentas bayu
yang sering menggigit kulit

dan kini
dia memunculkan diri
menjadi seorang penyair
dengan sepuntung puisi
puisi pelayaran
sebuah kehidupan

fauzirashid

20 Jun 2010

Malam, Syaitan & Sundal

malam itu
pesta diteruskan dengan
lagu-lagu metal memuji syaitan
dendangan khayal marijuana dengan
decingan botol berlaga
dalam kepul asap yang pekat

malam itu
tuhan telah dilemaskan
dalam gelas-gelas masam
dan rengek sundal mengancam
nafsu nafsi merajai setiap kilaun lampu
dalam buih-buih malam yang mengapung

malam itu bulan hanya mampu mengintai separuh
ribuan kelkatu membunuh diri
terpesona dengan sinaran neon di pinggir jalan

fauzirashid
(sekedar memerhatikan gelagat mereka yang tersesat)

17 Jun 2010

Dia

dia yang semacam warak sangat sanggup menjadi katak melompat atas perjuangan yang dia sendiri macam paham padahal tak tahu satu apapun yang dia perjuangkan
kini kulihat dia macam seorang bahlol yang berdiri di persimpangan jalan yang dia sendiri tak tahu nak pergi mana.

kulihat kopiah yang sentiasa melekat pada kepala menambahkan dia seolah macam muka penipu yang semberono

dan kemunafikannya kini jelas atas sifat dan gerak yang kian dilahirkan pada kata dan mimik muka

fauzirashid
17.6.10

15 Jun 2010

Silang Kata Kehidupan

han...!
kehidupan yang kulalui umpama
mengisi teka-teki silang kata
mencari huruf-huruf diri
untuk kuisi petak-petak
melintang dan menegak

han...!
pada petak-petak pertemuan
melintang dan menegak itu
aku harus mencari sepuntung abjad keramat
untuk kuhidupkan jalan mengisi petak-petak yang menanti
meneruskan kembaraku yang kosong
mengisi dengan
huruf-huruf yang kadang-kadang
aku sendiri tidak mengerti

han...!
jalan semakin panjang
digit-digit hidup kian meningkat
sementara petak-petak kosong masih menanti
aku dilaluan dalam pencarian
destinasi yang kian hampir!
hanya doa kudus
padaMu tuhan...

han...!
sesungguhnya benar...
kehidupan adalah umpama
sebuah perjalanan yang sementara
dalam masa yang sama
kita harus mengisi petak-petak kosong
dalam teka-teki silang kata
yang belum tentu dapat kau siapkan

han...!
begitulah adanya...
mahu kuulangi peringatan ini padamu
sekali lagi...?

fauzirashid
15.6.10

11 Jun 2010

Evolusi Yang Belum Selesai

umnoumnoumnoumnoumno
umnoumnoumnoumnoapco
umnoumnoumnoapcoapco
umnoumnoapcoapcoapco
umnoapcoapcoapcoapco
umnoapco
umnopco
umnapco
umnaco
umco

fauzirashid
10.6.10

09 Jun 2010

Dunia Manusia

tak bolehkan oic
tubuhkan pasukan bersekutu
lalu mara
hancurkan mereka

daripada bakar bendera buatan sendiri
kutuk sana dan sini

aku dah penat semua itu
mereka mengganyang dengan senjata
kita mengganyang dengan kata

dunia manusia
siapa kuat dia dapat...

fauzirashid
9.6.10

03 Jun 2010

Kontradik

Saya tertarik membaca artikel ini dalam usaha kita memikirkan perkara kebenaran yang mutlak... Berkata Tuhan dengan maksud "Diantara kepalsuan dengan kebenaran itu adalah jelas...tidak ada kesamaran...cuma manusia menjadikannya kesamaran kerana sebab-sebab yang mereka sendiri faham"...dan berkata tuhan dengan maksud " kita wajib menegak kebenaran dan mencegah kemungkaran jika kita mahu kejayaan" Artikel ini saling menjelaskan kebenaran dengan kepalsuan dengan fikiran yang sihat.

Mark Twain once said, “Always tell the truth. That way, you don’t have to remember what you said.”

A truthful account of events does not need any scheming, planning or coordinating to make the details logical and consistent. It does not care for unexpected events, unknown circumstances and unexpected witnesses getting in the way because they will all automatically validate each other. Truth has a beauty and simplicity which does not require anybody to make improbable assumptions, illogical explanations and unlikely postulations of human behaviour to fit the narrative.

Conspirators can try to fabricate imaginary events and cover up the truth with lies and deceit but the truth will eventually come out like water dribbling out of a leaky container. Small details which do not fit get in the way like jagged edges which rip the story apart. Lies may need more lies to cover up the holes that appear under examination but more lies may punch more holes in the framework until the whole thing collapses and the deception is exposed.

In Saiful’s allegation of sodomy against Anwar Ibrahim, so many contradictions and gaping holes have appeared in his story that it has all but fallen apart. No reasonable person will believe that the alleged act actually happened in the face of such contradictions and illogical explanations bordering on the bizarre and the ludicrous.

A contradictory charge

In the first place the charge itself is a serious contradiction to the star witness’s public insistence that he was sodomized against his will.

So why was Anwar charged for consensual sodomy under Section 377B when it should have been Section 377C for non-consensual sodomy? This is not a matter of the Attorney-General’s prerogative to prefer a charge which carries a lighter sentence as claimed by the prosecution. Whether there was consent or not changes the whole nature of the act and the thrust of the prosecution. In 377C the prosecution must prove force was used, in 377B it need not. In forced sodomy the prosecution has a co-operative witness to testify against the accused, in consensual sodomy it must find other ways. In real life one does not the luxury of a co-operative witness AND not having to prove force which is clearly a distortion of the truth and prejudicial to the defense.

Naturally the prosecution would rather not take up the daunting task of proving how a frail 62 year old man with a bad back can forcibly sodomize a lad bigger and stronger than him. But now we have a case in which the charge does not tally with what the accuser claimed happened. In any healthy judiciary the case would be thrown out of court based on this crucial contradiction but we do not have a healthy judiciary.

If indeed the act was consensual why mobilize the whole apparatus of state to investigate and prosecute Anwar with countless manhours and millions spent when the act was allegedly between two consenting adults? Why such ferocious effort when has the government shown no interest in prosecuting anybody else for consensual sodomy despite a thriving gay community?

Saiful’s contradictory behaviour

Saiful claimed to have been sodomized a total of eight times against his will over a period of months so why didn’t he report to the police the first time it happened? We know that he is not gay as he has a fiancé and being sodomized must be downright humiliating and disgusting so it is incredulous to think that he did nothing but tolerated the act.

Bearing in mind that Anwar is physically no match for him and as an opposition leader has no power to put him in any fear, Saiful’s claim of being sodomized multiple times is a serious contradiction to his public stance that the act was non-consensual.

After the last alleged incident in the condominium, Saiful waited for two days before making a police report. He went to work as usual the next day and in the evening attended a function in Anwar’s house where he served drinks to the guests. The next day he sent a cheerful quit e-mail to Anwar. By no stretch of the imagination is this the behaviour of a person who has been forcibly sodomized against his will.

Saiful’s public insistence of non-consensual sodomy goes beyond the material contradiction in the charge preferred against Anwar. He had sworn this on the Koran in a mosque during the Permatang Pauh by-election campaign under the glare of the press and TV cameras and allowed BN to make political capital of this against Anwar. If we believe his claim in court that he had no political motive we have to admit that he must be the most publicity hungry rape victim in the world bar none, male or female.

Although Saiful’s response to the supposedly non-consensual acts is bewildering and abnormal, details of the persons he met prior to making his police report would blow any doubts of a political conspiracy away.

Saiful’s meetings

Saiful has admitted in court that he met Najib Razak who was the deputy prime minister at that time two days before the last alleged act to discuss his problem. For an ordinary citizen to be able to gain access to the second most powerful person in the country is highly suspicious but what he told the court of the DPM’s response is even more unbelievable. According to Saiful, Najib said his problem with Anwar is a personal matter and he could not do anything.

We are asked to believe that Najib passed over the opportunity to capture and destroy his greatest political nemesis over a criminal act. Bearing in mind that Section 13 of the Criminal Procedure Code states that it is an offence for anyone to withhold information and not to make a police report if they know a crime has been committed this would mean that Najib knowingly abetted a crime.

Saiful also admitted that he met a high ranking police officer, SAC Rodwan in the Concord Hotel Shah Alam a day before the last alleged sodomy act. Prior to this he had talked to Rodwan on the phone at least 8 times. Rodwan is well known for his dubious role in spiking a mattress with Anwar’s blood sample in sodomy I. Furthermore, Saiful has also talked to the IGP Musa Hassan at least once over the phone.

Why would a meeting with a police officer ostensibly to discuss his sodomy problem be held in a hotel room if not to keep it secret? Why the need for such secrecy if not to discuss something shifty? Why did the police fail to set a trap for Anwar to catch him red handed and with video recordings “Chua Soi Lek style” if indeed the sodomy claims were true? The reason why such a trap was never set up was because no sodomy ever took place.

Saiful also said that he met Ezam, political turncoat who betrayed Anwar’s trust and Mumtaz, an aide of Rosmah Mansor, Najib’s wife and both of them advised him against lodging a police report. We don’t know which is more incredulous – that he shared his humiliating problem with people whom he has no close personal relationship with or that they advised him not to make a police report.

Saiful’s court testimony

Saiful testified in court that he was propositioned indecently by Anwar in a condominium in Kuala Lumpur and he was shocked, horrified and disgusted by Anwar’s direct advance.

Let us pause a minute here. This is a man who claimed to have been sodomized no less than seven (7) times before all over Asia so why the shock, horror and disgust? The details do not match the alleged circumstances.

Even more telling is his description of what happened later. After his supposedly “shock, horror and disgust,” he took a shower, emerged with a towel and lay down on the bed after which Anwar pulled the curtains, switched off the lights and the alleged non-consensual act took place. Surely this is stretching the definition of non-consensual too far?

Saiful also claimed that he did not wash his anus and did not pass motion for 2 days to preserve the evidence. If he had wanted to nail Anwar why didn’t he go immediately to the police instead of engaging in such heroics for 2 days before making a report?

Saiful’s claim that Anwar was his idol is contrary to his college mates who said he was known to be very pro-BN and anti-Anwar. In an interview which was recorded on video, one college mate said that when he heard that Saiful has taken a job in Anwar’s office he assumed that Saiful’s intention was to do something bad to Anwar.

Prosecution or Persecution?

In sexual offences of this nature the primary fact to be established first is medical evidence of penetration. No prosecutors in any healthy, functioning democracy will bring such a case to court without supportive medical evidence.

Here we have this dubious case rammed to trial despite two independent medical reports certifying that there was no evidence of penetration which shows clearly that this is no ordinary case of a victim seeking justice.

The prosecution has also fought tooth and nail to transfer this case from the Sessions Court to the High Court despite the lower court being qualified to hear the case. If they have any real evidence they could have convicted Anwar in any court instead of behaving as if their whole case depends on who hears it.

Why did the prosecution refuse to give the witness list, witness statements and details of any evidence beneficial to the defense as required under the Criminal Procedure Code, even fighting all the way to the Federal Court? This appears to be a trial by ambush with the flexibility to change the details as required to suit the ongoing trial.

The only physical evidence possessed by the prosecutors appears to be Anwar’s DNA sample allegedly extracted from Saiful’s rectum. As doctors have found no evidence of penetration how can this be possible?

Let us reflect a moment on this. Without penetration there can be no incriminating DNA extracted from Saiful’s rectum. So either two independent medical reports were false or the so-called evidence was cooked. The first medical report was done by a highly experienced expatriate Burmese doctor who examined Saiful without knowing beforehand the political circumstances of the case. The second medical report was prepared by three specialists at a government hospital (HKL) who confirmed the first doctor’s finding.

Meanwhile the investigation and prosecution is under the control of a government known to be authoritarian and economical with the truth with an arrogant attitude of might makes right. Malaysians will remember the shameful spectacle of sodomy I and the conviction of Anwar in 1998 by a kangaroo court. Many of the actors in sodomy I such as Gani Patail (chief public prosecutor in sodomy I, now Attorney-General), Musa Hassan (chief of police investigation team and mattress carrier in sodomy I, now IGP) and SAC Rodwan (DNA evidence fabricator in sodomy I, now highest ranking police officer in Melaka) are also playing starring roles in sodomy II.

Against this background the reader should decide who is more trustworthy – the four doctors or the prosecutors?

Lies and liars

All that has transpired so far points to a sordid political conspiracy to put the opposition leader behind bars and destroy his political career at a point when the political hegemony of the ruling regime has been threatened like never before.

Saiful has come off as a simpleton liar who fails to make his lies logical, believable and consistent. His tale is full of contradictions and his behaviour does not match the circumstances which he paints to the world. Although we should not expect too much of a college dropout he appears to have been badly coached.

The prosecution has given the unmistakable impression of a crude political persecution rather than seeking justice in good faith. The court processes fall far short of international standards for a fair trial.

On the sidelines Malaysians and the international community are left bewildered at the arrogant recklessness of the ruling party to try to pull off such a transparent stunt under the watchful eyes of the international press in the era of rapid information dissemination via the Internet.

The BN government is either dense enough to believe that they can pull off a brilliant conspiracy to convince the world of Anwar’s guilt or are contend to join the ranks of international pariahs like Zimbabwe, Myanmar and North Korea.

At this point the conspiracy has all but broken apart. Any sensible regime with any sense of survival would abandon this vile conspiracy but the BN regimes seem hell bent on executing its own destruction.

dari tulisan
anwaribrahimblog.com

02 Jun 2010

Maha Tuhan

kugerudi lurah bahasa
menggali diri sedalamnya
mencari kata sepadan
untukMu Tuhan

andaiada rangkaian lisan
untuk kulukis keagunganMu
seadanya sebenarnya
untuk kugarap menjadi
bait-bait puisi yang kudus

bahawasanya
maafkan aku
kalau kutasbih dirMu selalu
sebagai
Maha Tuhan

fauzirashid
2.6.10

01 Jun 2010

Protokol

berdemolah mereka seluruh dunia
berarak, memekik dan bakar bendera
merekapun bertempur ditembak air beracun dan gas pemedih mata
oleh tentera mereka
ikut selera kita

sedang kita hanya ketawa
jangan dipedulikan suara manusia
mereka adalah sigoyem makhluk kelas dua
kita manusia pilihan Pencipta
membunuh adalah misi untuk berjaya
fitrah dunia menundukkan segala bangsa

kita tidak akan mampu disentuh
manusia seluruh adalah umpama anjing kurap yang menyalak
membuat bising sekali sekala kepada batu
itu kita dah agak
kalau perlu batu digolek
anjing-anjing akan bertempiaran

apa sigoyem boleh buat
tak ada yang mampu angkat senjata
atau buat sekatan ekonomi
sikit-sikit mereka mencela
tak menjadi kudis bagi kita
itupun lakunan pemimpin boneka
untuk sedapkan rakyat mereka

teruskan kekejaman
bunuh yang berani mencabar kita
pemimpin mereka pemimpin boneka
gaji mereka kita yang bayar

fauzirashid
1.6.10

29 Mei 2010

Perjalanan

kurentas subuh
bertemankan bulan separuh
melangkah ke rumahMu
memohon limpah...ya Allah

lelangitku yang kosong
degup jantungku yang meraung. murung
busut-busut takdir tumbuh
dirumpun hilalang
di kiri kanan
jalan pulang

fauzirashid
29.5.10

28 Mei 2010

Ilusi

dengan sebatang galah
kukait matahari bening
di biru langit
lalu ianya gugur
dan kukelek pulang
kugantung ke siling kamar
lalu akupun terlena

fauzirashid
(kekosongan)
28.5.10

25 Mei 2010

Tanjung Pagar

dilelongnya tanah pusaka yang sekeping itu
di pulau itu seolah;
tanah itu bapak dia yang punya

mungkin lepas ini
dia akan melelong lagi;
tanah kami
pulau kami
sungai kami
laut kami
gunung kami
bukit kami
kedaulatan kami

demi perut dia
laki bini

fauzirashid
25.5.10

23 Mei 2010

Perempuan Bernama Altantuya

telah hancur jasad seorang perempuan bernama altantuya
diletupkan menjadi cebisan daging
yang mercik pada daun-daun belukar
angkara c4

siapa perempuan itu?
apa perlunya ia datang ke sini?
mengapa perlu ia dileburkan sebegitu kejam?
siapa yang berhati binatang?

kalau angkara rakyat biasa
bagaimana ia kenal perempuan monggolia itu?
apakah altantuya itu perempuan jalang?
yang datang berdagang?

dan bukankah c4 itu bahan terlarang?

kalau angkara pembesar negeri
aku sangat khuatir
kerna firaun pun tidak sanggup melakukan ini

fauzirashid
(kebenaran harus digali)
23.5.10

22 Mei 2010

Gula

keliling kota
seluruh market super
mencari gula
macam nak gila

anak kami tidak kencing manis
mereka mahu gula
untuk cergas minda

kalian lain
kalian penguasa
boleh togok beer
tak perlu gula

ini negara apa
depa kata tycoon yang kuasa
tycoon yang punya

fauzirashid
(kembalikan hak rakyat)
22.5.10

20 Mei 2010

Kepadamu Kekasih

kukutip
kata-kata
yang tercicir dari
tangkai senja
lalu kucantum menjadi
kuntuman puisi
yang akan
kuserahkan kepadamu
duhai kekasih

fauzirashid
20.5.10

17 Mei 2010

Jaring Kehidupan

dengan secangkir harapan
kutebar jaring kehidupan
di sungai yang pekat dengan kemungkinan

kubiarkan takdir mengalir
umpama air
deras menuju muara
yang payau dan likat
dengan teritip yang
saban menggigit
tunggul-tunggul diri yang kian mereput

kutinggalkan rinduku di hulu
agar bila kau ketemu
kau simpanlah ianya dihatimu

sementara aku di sini
hanya menunggu kehadiran
semilai kecil yang menongkah arus
tersangkut dijaringan
aku yang kesepian

fauzirashid
17.5.10

16 Mei 2010

Sibu2

syabas
kau telah buktikan bahawa
kita bukan seekur anjing kurap
yang menagih tulang dari mereka
lalu menjilat kaki mereka
sedang mereka dengan lahap memamah segala isi
dalam mangkuk rumah panjang kami

ajar mereka erti kemanusiaan
erti ketulusan
erti keikhlasan

ajar mereka
jangan biadap kepada rakyat
kepada kelompok marhein
kepada kami orang bawahan

katakan kepada mereka
"selamat tinggal"
kami menagih perubahan
secara total

jangan perbodohkan kami lagi
kami bisa berdiri sendiri

fauzirashid
(tahniah rakyat sibu)
16.5.2010

15 Mei 2010

Pengumuman

kata spr
mulai jam 12 semua tidak lagi
dibenarkan berkempen

seseorang lalu bertanya
bagaimana dengan kempen di tv?

jawap spr
err...mereka yang bayar gaji kami...
dibenarkan...

fauzirashid
15.5.10

13 Mei 2010

Sibu

i
mereka menghambur wang kami
sesuka hati
menagih undi
saban hari

ii
duhai sahabat
mereka bukanlah orang baik
atau orang ikhlas
merekalah pembuli
pemutar belit yang sebenar
nyahkan mereka
dari hidup kita

kita akan lebih aman
diroda perubahan

fauzirashid
13.5.2010

11 Mei 2010

Hanya Kerna Dia...

hanya kerna dia anwaribrahim
hakim rela melacurkan diri
hanya kerna dia anwaribrahim
senarai saksi tak mampu dibagi

hanya kerna dia anwaribrahim
anak kita membaca media lucah
hanya kerna dia anwaribrahim
segala agensi dikerah mengarang fitnah

hanya kerna dia anwaribrahim
dia dapat berjumpa piem
hanya kerna dia anwaribrahim
dia terpaksa menyapu krim

hanya kerna dia anwaribrahim
dia tidak mandi hadas
hanya kerna dia anwaribrahim
dua hari dia tak pergi tandas

hanya kerna dia anwaribrahim
sikatak kotak meraih habuan
hanya kerna dia anwaribrahim
dia menjadi ahli dewan

hanya kerna dia anwaribrahim
sikatak-katak mengampu piem
hanya kerna dia anwaribrahim
mereka mampu meraih rm

hanya kerna dia anwaribrahim
ya kerna dia anwaribrahim

fauzirashid
11.5.2010

10 Mei 2010

Ibu

perempuan itu memandu kereta
di sebelahnya anak terbaring
menyonyot puting
di satu persimpangan
sambil menunggu lampu
sempat membancuh susu

bila lampu menjadi hijau
dia terus memandu
sambil sebelah tangan memegang anak nakal
dikilasnya setering kehidupan
menuju sebuah perjalanan yang perit dan panjang

perempuan itu
ibumu
hai anakku

fauzirashid
10.5.10
Selamat hari ibu

08 Mei 2010

Kenangan Lalu

malam ini entah mengapa
kubiarkan bunga-bunga menguntum
pada reranting usia

kuputarkan melodi rindu
semusim yang lalu
saat-saat aku bersamamu
kembali mekar dengan
rona-rona pelangi
pada rintik-rintik gerimis senja
saat-saat tanganku tak mahu kau lepaskan
saat-saat matamu kukucup
malam perpisahan

mana mungkin
kubiarkan sekilas wajahmu
pergi dariku

dan
saat-saat begini
aku kembali menatap warkah-warkah cinta
puisi-puisi kasih
kita berdua

fauzirashid
malam yang aku merinduimu. kenangan
8.5.2010

05 Mei 2010

Berita TV jam 8

saban malam
difitnah semahunya
negeri pakatan
tanpa diberi ruang membela diri

sebenarnya
mereka jauh lebih teruk dari itu
korup dan amalan kroni
menipu dan tidak pernah ikhlas

tapi tv pimpinan apco
melagang rencana untuk mereka
dengan harga 77 juta

fauzirashid
5.5.10

03 Mei 2010

Tazkirah

i.
di hujung siratulmustaqim
melambai bidadari
dengan wangian kasturi

di bawahnya mengalir sungai-sungai
pepohon dengan buahnya yang ranum

ii.
di bawah sirat ini
api menyala-nyala
dengan pekikan yang melolong

di dasarnya mengalir limbahan jahanam
memamah mereka dengan cairan tembaga

fauzirashid
3.5.10

Aku & Pelacur 3

aku berkayuh di buritan
dia perahu yang usang
olang aling dalam gelombang
di lautan yang tak pernah tenang

angin membawa arus
arus membawa buih
buih terkapai di dada pantai

fauzirashid
3.5.10

01 Mei 2010

Perempuan

dihadapan cermin kecil
dia memantis kening dengan pensilnya yang hitam
memaskarakan bulu mata melentik palsu
dibibirnya yang basah
gincu pucat berkilat

dengan pipi jingga bersulam ungu
perempuan itu
mengenakan anting-anting berbunyi nyaring
skirt sendat berbaju ketat

dengan pelangi dirambut diri
perempuan itupun berdiri melihat cermin

setelah pasti
itu bukan dirinya lagi
diapun melangkah
memasuki lorong-lorong gelap dan hanyir
menjual dirinya yang palsu

fauzirashid
(senja yang hujan)
1.5.10

Aminurashid

mereka
bukan
polis
tapi
iblis

fauzirashid
(semuga terhapus penindasan kepada pekerja)
1.5.10

30 April 2010

Harapan

Kutoleh ke belakang
lorong-lorongku kian mengecil
ditumbuhi belukar sendu

Di hadapanku
telah membentang mozek-mozek diri
untuk kumenapak harapan

Akan kusadap semangkuk rindu
bersamaMu sepi

fauzirashid
30.4.10

23 April 2010

Shit2

dalam barisan tengik dan menugal saat-saat pemilihan menjelang
si dajal dengan sangkar surga mengusung cangkir minuman dan pelita
sekelip mata masalah simarhein selesai

dan sangkar neraka untuk mereka yang degil
terhumban dalam gelap dan dahaga

pesta keluar masuk dan masuk keluar
dimulakan pada sidang-sidang siaran perdana saban malam
kentut demi kentut menghanyirkan udara zaman

bercempera ketulan-ketulan taik dalam barisan
melagukan nyanyian palsu dalam ketakutan
sebentar akan terkeluar ketulan dari kemutan yang dahsyat
dilanyak bumi, hujan dan matahari

fauzirashid
22.4.10

22 April 2010

Ekpresi

wa lompat pati
wa lapat latuk

lu lompat
lu apa lapat?

fauzirashid
21.4.10

21 April 2010

Satu Evolusi

umnoumnoumnoumnoumno
apcoapcoapcoapcoapco
umnoumnoumnoapcoapco
umnoumnoapcoapcoapco
umnoumnoapcoapco
umno========apco
umno===apco
umno=apco
umnoapco
umnopco
umnapco
umapco
umpco
umco

fauzirashid
11.6.10

19 April 2010

Bendera

rona-rona diri
berkibar pada bendera yang kau usung
kalau tidak kau ikat pada pancang keimanan
ia bisa rebah membunuh maruah

duhai anak muda
berjuanglah kerana kesedaran
dengan keamatan dari setulus diri

jangan kau jual kebenaran
dengan helaian-helaian kertas yang menggoda

pegang bendera diri
biar berkibar sebagai panji pertiwi

fauzirashid
(buat anak muda hulu selangor)
19.4.10

18 April 2010

Mungkin

aku telah tersesat
dalam belantara diri

lelah berdiri
mengutip daun puisi

mungkin kutemui
denai dan sungai
untuk ku mengalir
kepadamu yang tercinta...

fauzirashid
18.4.10

10 April 2010

Benang Bangsa

(mari kita bicara tentang benang bangsa sejujurnya)

i.
laksana lagenda hang tuah
seribu fitnah menanah
menghanyirkan pekung bangsa
akhirnya berkurun
nusa menjadi hamba. terjajah

ii.
kini
benang bangsaku kian kusut
oleh penenunku yang tangan-tangannya berdarah
oleh penenunku yang tangan-tangannya enggan jujur

buku-buku benang
kuning, merah, putih dan biru
kian tersimpul
kian kelabu. berdebu

iii.
akan terbelit hasrat
menenun sehelai bendera yang akan berkibar di tiang nusa
sehelai sejadah yang akan membentang di gunung jiwa

iv.
dengan benang bangsa yang masih ada
jalinlah ia sebaiknya
jalinlah ia sejujurnya
jalinlah ia sekasihnya
demi nusa. demi nusa

agar
anak kita dapat memperagakan
sehelai kain sutera kasih
sehelai songket cinta bersulam bunga
sehelai batik rindu berbunga semalu
dan sulaman baldu sayang
dengan lembar-lembar benang
buat mencorak tradisi

fauzirashid
10apr10

08 April 2010

Rahang Senja

tanpa kalian sedari
rahang senja mengunyah
kafilah-kafilah yang mengusung doa
darah tersimbah ke lengkung langit

bibir gunungpun pucat
kegigilan
menghitamkan diri

sedang tuhan menaburkan serbuk azan
dari puncak menara yang bercahaya. mersik
kalian asyik meratah debu neraka
dihambur syaitan ke aspal jalan

dan bila
rahang senja yang kejam
menikam siong tajam ke dada gunung
darah mengalir ke rahim laut

telah
terbunuh
kalimah-kalimah tuhan


fauzirashid
(buat mereka yang asyik mengunjungi pasar malam tanpa hiraukan waktu)
7.4.10

07 April 2010

Duhai Engkau

biarkan aku melaungkan
kalimah-kalimahMu
kepada biru langit
kepada desah laut
kepada pegun gunung

biarkan aku melagukan
juzuk-juzukMu
kepada air yang mengalir
kepada angin yang semilir
kepada bilah-bilah gerimis yang resap

dan
pada awan yang mengarak
pada bumi yang membasah
biarku suarakan harapan

aku terlalu ingin
menumpang pelangiMu yang melengkung
sambil membisikkan kepada daun kepada burung, bahawa
rahmatanlil'alamin adalah
dariMu semata

kalau aku punyai nafas
punyai kudrat sekedarnya
izinkan aku terus menobatkan ZatMu
resap keseluruh jiwa ini

agar aku
menapak selangkah lagi
mencari erti diriku yang sebenarnya


fauzirashid
(mencari erti diri)
7.4.10

06 April 2010

Ke Mana Kalian

ke mana kalian
berasak-asak menunggu gerabak
yang bergerak
pada satu landasan yang sesak

ke mana hujungnya
sebuah perjalanan kalian
engkaukah yang duduk di bangku diri
atau bergayut di talian mimpi

sebentar
bila pintu gerabak membuka
pastipun hanya sementara
ke mana kalian berpusu-pusu
mengejar waktu

fauzirashid
6.4.10

Perempuan Mengunyah Kuoci

di kamar sepi
perempuan itu asyik mengunyah kuoci
sambil menyilang kaki
menyepahkan kulit-kulit di lantai diri

dia menafsir sebuah mimpi
dari ranjang diri
mengutip bunga-bunga kemboja di pusara
dengan cintanya yang telah lama pergi

berbutir-butir kuoci
terus dipepak perempuan itu
tanpa henti
menyemakkan lantai diri

fauzirashid
6.4.10

05 April 2010

Buat Ayah

i.
dengan sebilah pisau yang bengkok
sebuah pelita yang nyala di kepala
dia mengayuh setiap subuh
membawa kantung yang kosong
menggureh rezeki pada pohon-pohon
yang masih terlena

dengan itu
dia mampu mengadakan susu kami
sepinggan nasi seisi keluarga

ii.
ayah
pengorbananmu terlalu mulia
buat kami

fauzirashid
(mengenang jasa ayah yang memelihara kami...seorang penoreh getah...tidak sempat menikmati segala hasil kejayaan kami...lalu engkau pergi dijemput tuhan...alfatihah...pengorbananmu tidak dapat kami balas)
5.4.10

04 April 2010

Anugerah Bintang Popular

seantaro dunia asyik menatap bintang-bintang
di genting yang tinggi
terkinja-kinja memaparkan keegoan diri
lupa tuhan sejenak
dibuai cahaya dan suara

dan
kulihat
bintang-bintang pada petala langit pun menyepi diri
mengintai dari jendela
menggelengkan kepala

fauzirashid
4.4.10

03 April 2010

Catatan Kepada Laut

(kepada laut yang kukasihi)

aku ke sini
mendengar desahmu saban hari
menyimbah pepasir pantai dengan ombakmu yang datang dan pergi

duhai laut
kau bawa angin semilir menyapa pipiku kedinginan
membikin aku terlena dalam bingkisan rinduku kepadanya

aku ke sini duhai laut
kau izinkan aku berteleku menyukat dalamnya cintaku
kepada dia yang terlalu kuingati saban waktu
seperti desahmu terhadap putihnya pasir

di pelabuhan manakah destinasi terakhir
sebuah bahteraku yang telah kulayarkan kepadanya
menempuh gelombangmu dengan denyut nadi yang berkobar

izinkan aku sampai duhai laut
menemui kekasih agar sekuntum bunga dapat kuselitkan pada rambutnya
agar teduh jiwaku bersamanya saban waktu


fauzirashid
3.4.2010

Hakikat

i
(hakikat kita)


hakikat ada sebelumnya tiada
hakikat baharu maut menunggu
ada di sini tak ada di sana

ii
(hakikat Dia)


hakikat Dia hakikat ada
hakikat ada sepanjang masa
ada di sini ada di mana-mana


fauzirashid
3.4.2010

01 April 2010

Dosa & Kuasa

tuhan memberi ampun
diapun memberi ampun

sesiapapun jangan membicara
perkongsian hak antara
tuhan dan dia


fauzirashid
(mengimbas pengampunan kepada kartika)
1.4.10

31 Mac 2010

Sebelum Lena

ku cari mentera diri setelah kehilangan kata-kata pada malam yang dini
seberkas kunci pembuka puisiku pun telah kulontarkan ke mana entah
kebingunganlah aku di kamar memerhati cicak-cicak melontar lidah
menggulung serengga malam ke temboloknya dengan lahap

dari bingkai lampu
kuperhatikan seekur kupu-kupu menginap kamarku tanpa undangan
mengibarkan sayap kecil mendakap langsir barangkali buat malam yang terakhir
kerna cicak-cicak malam kulihat begitu lahap

kurelakan segalanya kerna kusedari ciptaan tuhan meliputi seluruh arasyi
tujuh petala langit, tujuh petala bumi segalanya di bawah kekuasaanNya
hatta adigan di kamarku pada malamku yang sepi begini adalah lukisanNya
antara aku, cicak-cicak itu dan kupu-kupu ini
apakah kami masih bernafas esok pagi?
apakah dapat lagi kumencari puisi

segalanya adalah dalam Dia
kehendakNya jua

fauzirashid
31.3.2010

30 Mac 2010

Di Perjumpaan Batu-Batu

di bangku itu, batu-batu duduk
di hadapan itu, batu-batu laut
yang mempengerusikan, kerikil jalan
yang menjadi ketua, batu nisan

.............bermulalah mesyuarat!

kerikil jalan memberi kata aluan
batu-batu laut berfikir dan mencatit

ketika batu nisan bangun dan melangkah
batu-batu termasuk batu laut, kerikil jalan
bertepuk gamat

.............mulailah batu nisan berucap

ketika memberi ucapan dasar
di bangku batu-batu tunduk
di hadapan batu-batu laut mendengkur
kerikil jalan ke tandas

fauzirashid
itm 1986

29 Mac 2010

Batu Nisan 3

aku lebih gemar terpacak di sini
menjadi penanda
di bawah pohon kemboja
yang bunganya kian gugur
dilayah angin
siang dan senja

aku lebih gemar terpacak di sini
memerhatikan kelkatu mematahkan sayap
gugur dan membenih
mengigit dahan-dahan yang reput
dihentak waktu

aku lebih gemar terpacak di sini
membilang hari
saat yang dinanti
sebelumnya kau kan pergi

aku lebih gemar terpacak di sini
menyendiri
biarkan aku begini

fauzirashid
29.3.10

28 Mac 2010

Aksara Cinta

mungkinkah kutemui lagi
aksara cinta yang mulus
setelah juzuk-juzuk derita yang kulalui
pabila engkau berlalu pergi...

fauzirashid
28.3.10

27 Mac 2010

Raungan Dari Neraka

yang ada di sana
pusaran api
yang marak meratah
jasad-jasad yang meraung

berjuta lolong pun bersiponggang
lebur dan kembali lebur
menjadi puntung yang mengelepar
dalam pusaran api yang menjulang

rembesan darah menjadi nanah
menjadi lembah yang mengelegak
hanyir dan tengik

mereka asyik mengunyah duri
menghirup bermangkuk lendir yang mendidih
meraung lagi dan lagi
dalam kepedihan yang teramat siksa

mereka terus meraung meminta dan meminta
dihentikan siksaan dari
libasan cemeti azab
tapi tuhan tidak pernah peduli

mereka meraung untuk kembali kepada tuhan
tapi jarum waktu telah dihentikan

kekallah mereka di situ
selama-lamanya...

fauzirashid
27.3.10

25 Mac 2010

YB MP

aku fikir
mereka ke sana
sibok merangka
akta-akta
untuk kita

rupa-rupanya
mereka asyik
mendendangkan auta-auta
untuk media

makan dan minum mereka
kita yang bayar

hai kalian
jawab tanyaku ini...

apakah kalian redho
dengan mereka?

fauzirashid
25.3.2010

24 Mac 2010

Pasrah II

kita hidup
dengan nyalaan api rindu
dan puntung nasib
yang tersurat dan tersirat

fauzirashid
(Berincang, Cameron Highland)
20.3.2010

23 Mac 2010

Wirawan

dia disingkir dari singahsana kuasa
diaibkan dan dipenjara
dipukul sehingga
tergelincir ruas tulang belakang
diracun arsenik
diaibkan lagi dan lagi
digertak lagi dan lagi

tapi tak pernah kulihat ia
berundur walau seinci
benar dan tiada gentar
terus berjuang dan berjuang

dia seorang patriot
wirawan pejuang terbilang
untuk nusa

hanya dia
yang kita ada...

fauzirashid
23.3.10

22 Mac 2010

Ketagihan

setelah memijak
puntung-puntung candunya yang pekat
dia kembali menagih
kuntum-kuntum puisinya yang sarat

fauzirashid
(untuk sahabat)
22.3.2010

19 Mac 2010

Pengemis II

dengan
sepuntung takdir
sepuntung nasibku yang hanyir
aku terus
menadah dan menadah

andai ada
sepuntung belas
sepuntung ikhlas
buat menggalas
sepuntung hidup
di pinggir dunia

fauzirashid
(pengemis kasih)
19.3.10

18 Mac 2010

Saat Perpisahan Itu

dihulurnya
sekuntum bunga
dari dandanan rambutnya yang ikal

lalu
kuhulurkan padanya
sehelai setangan unggu
dan selendang sutera
berbunga-bunga

lalu
kusimpan matanya
dalam hatiku
dan kukucup keningnya
sebening salju

fauzirashid
18.3.10

17 Mac 2010

Kehilangan

duhai kekasih
kau ingatkah masih?
juzuk-juzuk cinta
antara kita berdua

aku yang sering membilang
tasbih rindu
menyebut namamu selalu
malamnya ku bermimpi
siangnya kau kucari

apakan daya
kasih terputus sudah
kau pergi jua
bersamanya

tak mampu kumengharung
gelombang derita
di pantai ini aku mencari
miski selengkuk memori

duhai kekasih
kau ingatkah masih?
juzuk-juzuk cinta
kita berdua

fauzirashid
17.3.10

16 Mac 2010

Lepak-Lepak Di Kedai Mamak

ada yang menghirup segelas benci
ada yang menghembus segumpal caci

patah-patah kata bersiponggang dengan
jerit pekik penggusti di tv
kadang-kadang menghempas kadang-kadang terhempas
dalam gelanggang yang ganas

dihirupnya segelas lagi
pekat kopi bersusukan mimpi
dihembusnya segumpal lagi
debu-debu diri

semakin singkat mamak menggulung kain
semakin lebar tebaran harapannya menjalin
buih-buih pekat dimuka gelas
memecah
susu-susu rindu di seberang kian mencerah

semakin pekat buih-buih digelas
semakin ligat mereka mencanai dusta
melagang temberang dalam mangkuk yang panas

waktu merangkak
aroma mengiurkan rasa
sepinggan lagi cerita
dua remaja
meneguk berahi
cinta yang terlarang

dihirupnya segelas lagi
cerita-cerita sinis
dihembusnya segumpal lagi
asap pekat yang menipis

dan aku di sini
turut menghirup segelas mimpi
menghidu candu-candu tengik

dan mukaku tak henti-henti
kau hembus dengan segumpal debu
menutup liang dan pori-poriku

waktupun
merangkak ke dalam semak

fauzirashid
16.3.10

15 Mac 2010

Perawan & Bunga

hampir setiap pagi
kulihat perawan itu
mengutip bunga

kuntum demi kuntum
dengan basahan embun

sebakul bunga
pelbagai warna
dikelek perawan itu
lalu berjalan pulang

dibibirnya
sekuntum senyum
seulas kelembutan
bersama keharuman kelopak
yang semerbak

fauzirashid
15.3.10

14 Mac 2010

Pencacai

sijahlun dengan puisi firaun kecil
adalah pencacai yang sering mengumpan bola tanggung
untuk dilibas oleh musuh
ke gelanggang sendiri

dia sebenarnya adalah
kelompok mosart al yahut
jenis binatang jalang yang tak terbilang
dalam kandang yang terbuang

dia meliwat janji
melatam harapan kami

fauzirashid
(buat zul)
14.3.10

12 Mac 2010

Aku & Pelacur 3

dikulit dadanya yang monggel
ada tattoo -1 malaysia
rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan-

dengan bangga pelacur itu berbicara
"ini zaman kami
menentukan tingkat harga
dalam tawar menawar cinta
kamilah penentu segala"

"hidup barisan pelacur
hidup barisan pelacur
kami penentu segala"

dalam tawar menawar cinta
kami rela ke manapun
kau perlakulah jasad kami secara apapun
asal bayar lebih, kau bisa meniduri kami

"ini zaman kami
barisan pelacur
kamilah penentu segala"

fauzirashid
13.3.10

Warkah Untuk PM

yang dikasihi
yang amat berhormat pm;
dengarlah rintihan ini
seekur anak negeri

kami mahu hidup siuman
punya harga punya bicara
tidak rasa tertekan
oleh anjing-anjing yang bermaharaja lela

bantulah kami mengais pagi
membawa pulang sarapan petang
untuk anak-anak kami yang menganga di sarang

harga hidup kian meningkat
kebinatangan kian menggugat
kami dari kelompok yang terbuang
kian telanjang dan kelaparan

kami tidak meminta jambatan emas
cuma satu pertolongan yang ikhlas
tidak culas tidak menindas
mohon belas jangan mencantas

kami seekur rakyat yang marhein
mohon perlindungan
yang amat berhormat pm.

fauzirashid
12.3.10

11 Mac 2010

Aku & Pelacur 2

di kamar itu
dalam cahaya yang samar dan ungu
kamipun senyum dan telanjang
menuju ke ranjang

tidak ada batasan
segan dan silu
dia dapat apa yang dia mahu
aku sibok melampiaskan nafsu
pada belahan
syurga yang sementara

fauzirashid
11.3.10

09 Mac 2010

Aku & Pelacur

bila
kuhulurkan padamu
kepingan-kepingan nafsu

kaupun hulurkan padaku
sekangkang cintamu yang palsu

di siling kamar
kulihat syaitan-syaitan berlegar merakam gambar

fauzirashid
9.3.10

08 Mac 2010

Buat Rakanku Ezam

zam zam
al-kazam

dulu sana kau hentam
kini sini kau taram

alahai kesiannya kau ezam
elok di tempat terang kau pilih di tempat kelam
tak dapat rezeki halal kau lantak rezeki haram

zam-zam
al-kazam

fauzirashid
8.3.10

07 Mac 2010

Pemberian

kuketuk pintumu
lalu kau hulurkan padaku
secangkir rindu
lalu kukelek pulang

fauzirashid
7.3.10

06 Mac 2010

Nostalgia Aku Dan Dia

dulu
kita pernah bersama
menjejak pantai ini
waktu kubisikkan padamu
cinta dan rindu
membelai kasih
pada buih yang putih

dulu
malam itu
kita masih bersama
ombaklah yang membuai rasa
bulanlah yang memantulkan cahaya
begitu indah
semilir dingin pun membelai pepohon
kita berdua

kini
jejak-jejak kaki
ketika kita merakamkan suara hati
di sepanjang dada pasir
di gigi air
hilang entah ke mana

kini
tinggallah aku yang menyendiri
mengunjungi pantai sepi
mencari jejak-jejak dalam
kesunyian...

fauzirashid
6.3.10

04 Mac 2010

Sesekali Bila Aku Menjengah Diri

kulihat layar-layar peribadi
yang tertinggal

ada yang mengecil terus
ada yang masih terpampang di tembok diri
menjadi mimpi membikin sepi

ada yang umpama
jejak-jejak yang hilang
ditelan bayang

bahawa
kehidupan ini adalah
sebuah kembara
yang kadang tersinggah ke lembah hiba
atau ke dataran kontang
suka duka

fauzirashid
(Dari dairi lama)
8.3.89

03 Mac 2010

Hari-Hari Yang Garing

tiada jubin di langit
tergantung mentari bening
aspal hitam meruwap
lalang-lalang kuning

beburung terbang lesu
mengintai ulat yang garing
di dahan yang telanjang
daun-daun kering
rangup di tanah yang merekah

ke mana angin menyepi pergi
ke mana gerimis ke mana pelangi

di kotaku ini
sesak dengan
ngiong-ngiong hon yang
membingitkan

fauzirashid
3.3.10

01 Mac 2010

Rindu

dalam tidur
kuteringatkan mu
sepanjang malam
kitakan berdakapan

kehangatan pun
meresap
antara kita

engkau akan kumiliki
penuh setia
dengan kasih sayang

fauzirashid
(untuk dia yang ingin kumiliki)
27.12.89

28 Februari 2010

Kura-Kura

diapun keluar
dari cengkerang diri
melihat sinar

lalu merangkak
mengheret cengkerang hidup
yang kian meretak


fauzirashid
(hidup adalah rangkak yang perlahan menuju akhir)

27 Februari 2010

Maulidur Rasul 1431H

12 rabiulawal tahun gajah
tahun siabrahah mahu menghancurkan kaabah
lahirlah seorang insan kamil
penghulu segala makhluk
rahmatan lila'lamin

dari timbunan jahilliyah
dari rimbunan khurafat
kekejaman. penindasan. kesesatan
dari kafilah manusia yang hilang pedoman
dan dendam kesukuan yang tajam. kebinatangan
manusia telah pupus kemanusiaannya

dia yang siddiq
dia yang amanah
dia yang tablig
dia yang fathonah
menggalas beban sebesar gunung
maha berat. maha hebat

Muhammad. Ahmad. Yasin. Thoha namamu yang agung
disetiap hati insan yang mendapat pedoman
jalannya yang lurus
seruannya yang mulus

Ooo tuhan
kiranya Kau izinkan
aku ingin bersama safnya
di padang perhitungan nanti...

fauzirashid
(sempena hari keputeraan Rasullullah 1431H

25 Februari 2010

Pencarian1

i.
umpama air
aku pun mengalir
dari hulu ke hilir

mencari lautan

agar kutemui

cintaNya
kasihNya
rinduNya


ii.
umpama air
aku masih mengalir
dari hulu ke hilir

mencari
pengertian

fauzirashid
25.2.10

22 Februari 2010

Buat Sahabat

(puisi untuk sdr Mokhtar bin Aseh - 11.1.10)


dikatil yang terakhir
kau fana dalam hembusan yang tenat

kau hanya ada pilihan
untuk terus pergi atau
bersama kami teruskan perjuangan yang belum selesai

maka
rengkuhlah semangat itu
agar kau dapat lagi bersama kami
meneruskan perjuangan ini

fauzirashid
(cetusan perasaan ketika melawat seorang sahabat yang tenat terlantar di bilik ICU hospital Sri Manjung. Syukur alhamdullillah kerana beliau telah pulih.

21 Februari 2010

Mencari Erti Diri

ku teliti lengkung langit dari perahuku yang kecil
di tengah lautan malam yang maha luas

ku teliti bintang-bintang yang bertaburan
dengan sinarnya yang mengerdip
menjadi pedoman pelayaran hidup
aku dan pelaut zaman berzaman

bulanku yang kecil di hujung langit
pasti memerhatikan aku yang berkayuh menongkah arus
yang akan membawa entah ke mana dataran itu untuk kuberlabuh

oo tuhan
izinkan aku singgah di pelabuhanMu
sekedar menginap sebentar di kota Rahmah
dalam sinaranMu yang kudus

biar olang aling gelombang surut dan pasang
meremajakan aku dalam pencarian
erti diri dan kehidupan

fauzirashid
21.2.10

18 Februari 2010

Mengapa?

mengapa harus mencipta virus-virus
yang menjalar di kamar maya

mengaburkan rindu yang mula menyinar
aku dan dia

meretakkan jubin-jubin cinta
kami berdua

fauzirashid
18.2.10

16 Februari 2010

Hujah @ Tivi9

dalam kemunafikan diri
kulihat mereka tidak lagi mampu berhujah
kepada pertanyaan-pertanyaan yang ringan
apalagi sekiranya ada jemputan pasukan lawan duduk bersama
mereka pasti akan kelihatan dungu umpama lembu yang mengunyah rerumput kering

tanpa fakta mereka menabur perasangka
atau
sengaja mengeruhkan keadaan
dalam kesamsengan 50 tahun lebih mereka memenopoli segala urusan

ketika mereka dipuncak kuasa
mereka persetankan segala
kini mereka mahu muncul jadi pembela nombor wahid
tapi sebenarnya yang kulihat adalah;
taburan fitnah tanpa fakta
dalam nada dan muka yang tolol

aku tidak sekali-kali percaya
untuk mereka membela kami
mereka sebenarnya mahu bikin kacau
mahu buat samseng
agar dapat menjerut semula hidup kami

agar mereka dapat merompak
setelah gagal bertarung secara berdepan
secara anak jantan
kerana mereka tidak punyai hujah lagi
hanya mahu bikin kacau
dalam budaya samseng

mereka hanya mahu bikin
kami keliru
untuk bersama mereka

oh..tidak
kami telah insaf

fauzirashid
16.2.2010

14 Februari 2010

Puisi Seorang Muazzin

disubuh yang terlalu bening ini
mengalirlah sungai-sungai diri
rinduku pun menghening bersama langkah ke rumahMu

dan langkah demi langkah itu merakam sedar pada aspal jalanMu yang satu
kusaksikan kebesaran demi kebesaran yang Maha Tinggi;
pada mozek-mozek yang bergantungan di langit.
pada gunung gemunung yang bungkam dan diam.
pada rimbunan pohon yang bertasbih sepanjang malam.
pada sehelai benang halus yang jernih diufuk timur.

lalu,
terasa mahu kulukiskan subuh yang terlalu bening ini pada kanvas diri
mencairkan warna-warna keindahan
lalu menulis puisi rindu yang teramat
dan merakamkan nyanyian puisi itu dirumahMu
sebelum kutaburkan subuh ini dengan serbuk azan
menyeru namaMu Tuhan
menyeru panggilan
puisi keagungan

fauzirashid
(gongxifacai untuk rakan-rakan)
14.2.2010

13 Februari 2010

Dunia Tanpa Tajuk

dengan dia sebutir batu ditangan
dengan mereka ribuan kereta kebal. peluru nuklear
penjanjian itu diusul

isinya :
dia harus akur
untuk dihalau terus dari tanah pusaka

atau dia akan dicap sebagai
terorist!!
atau dia akan terus dibom
kerna selalu bikin kacau

dan
seluruh isi alam
bersetuju
itulah
order manusia baru

fauzirashid
13.2.10

11 Februari 2010

Gunungku

gunungku adalah seekur raksaksa dipertapaan
diam dan bungkam dalam gua langit
puncaknya terlalu sering diserbu awan hitam; namun
ia tetap bertahan menujah angkasa jagat

pepohon adalah selimut diri gemunungku itu
sungai-sungai kecil adalah urat nadi yang mendenyut
membawa darah ke lembah
suara air adalah suara yang mengalir
membujuk hati nuraniku agar cair

ah!
tidak akan basah
segala harapan ini
langkah perjuangan ini

fauzirashid
11.02.10

06 Februari 2010

Bersamamu - Keinginanku

biarkan aku menempuh
bilah-bilah gerimis
disenja yang menjingga ini
lalu meniti lengkung pelangi
hanya untuk bersamamu sayangku

dan
pada malamnya
biar kita ditemani bulan
dibuai desir bayu dan
desah ombak

biarkan sayangku
biarkan begitu...

fauzirashid
(buat seseorang)
6.2.10

04 Februari 2010

Utusan Syaitan

lapurannya
kotor
fitnah
biadap
jijik

ia utusan taik
pekakas iblis
bangsat
laknat

fauzirashid
(mereka hidup tanpa etika)
4.2.10

01 Februari 2010

Memoir Adam 'Alaihissalam

(menyelami Al-Baqarah, ayat 30~34)

setelah aku diajar Tuhan
nama-nama benda
lalu Tuhan menanya malaikat
apakah nama benda-benda itu
berkata malaikat
" Maha Suci Engkau! kami tidak tahu sekadar apa yang Engkau ajarkan kami"

lalu aku dipanggil Tuhan
mengajarkan mereka nama-nama itu
lalu berkata Tuhan
"Bukankah Aku telah katakan kepada kamu,
bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi,
dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan, dan
apa yang kamu sembunyikan"

lalu aku dengar
Tuhan berfirman
"sujudlah kamu kepada Nabi Adam"

lalu semua sujud kepadaku kecuali
iblis...

"aku dari nar yang panas dan bersinar
dia dari tanah lekit dan basah
mengapa aku perlu rendahkan diri... aku protes"

lalu aku sedar
'dalam takbur
akan mengalir darah kufur'

fauzirashid
(al-fatihah untuk datuk semua manusia)
1.2.10

31 Januari 2010

Dua Darjat

kalau kami lapar
kau tak pernah sedar
kerna kau anak bangsawan
tempat kau tinggi di awan

kerna kau anak bangsawan
apa kau tahu jerih kami
kais pagi makan pagi
mengais petang
belum tentu apa yang datang

hanya kerna kau anak bangsawan
niaga kau dengan jutawan
engkau terlalu sedar
modal kau tak perlu bayar

kerna kami anak petani
niaga kami tiada yang perhati
kami terlalu sedar
modal kami sekelumit dinar

hanya kerna kami anak petani
kami masih terpancang di sini
menadah puisi

fauzirashid
31.1.10

28 Januari 2010

Cuma Provokasi

i.
dulu
kepala lembu

kini
kepala babi

provokasi
provokasi
provokasi

dulu
kini
dan selama-lamanya

ii.
jangan pedulikan provokasi,
kita perlu jaga perpaduan
biar hidup aman.
biar hormati sesama manusia...
hormati kepelbagaian bangsa, fahaman dan agama,
pedulikan mereka
dua tiga kerat sianjing batat
yang melakukan provokasi...

biarkan mereka
terjun dengan labu-labunya...

fauzirashid
28.1.10

26 Januari 2010

Aku & Sebatang Lampu

sebatang lampu
diurung kelkatu
sedihnya berliku

hampir setiap malam dia menelanjangi kelkatu-kelkatu senja yang
sering kepatahan sayap
memerhati rangkak mereka yang tewas dengan gerimis
mencari-cari rongga pada aspal kehidupan yang basah

sebatang lampu
umpama aku
sering dirongga pilu
dilorong yang berliku

fauzirashid
(disenja yang gerimis)
26.1.10

25 Januari 2010

Rintihan

dengan getaran bayu
kau rempuhi samudera luas
lalu kau temui aku
yang setia menunggumu

setelah membasahkan rindu
pada diriku yang dahaga
untuk kesekian kalinya,
lalu kaupun pergi
meninggalkan aku sendiri
dalam sepi

hai ombak yang itu
sampainya hatimu
kembalilah kepadaku
yang terlalu rindu
menunggu dan menunggu
hanya untukmu

fauzirashid
24.1.10

22 Januari 2010

KepadaMu Tuhan

KepadaMu tuhan
ku sandarkan harapan
dalam setiap langkah kehidupan

Agar;
ku diberikan pedoman
kekal di atas landasan

Agar;
setiap bacaan
Kau dengarkan

Agar;
setiap permohonan
Kau tunjukan jalan

Agar;
aku bisa terus
dilandasanMu yang lurus
mendapat perlindungan
meninggalkan kabus
untuk menuju
kepadaMu Tuhan

lalu;
kusandarkan harapan
mohon pertolongan
mohon ampunan

oo...Tuhan

fauzirashid
(malam yang hening sekali)
22.1.10

Kumpulan 13

(Kumpulan 13 Kuala Selangor)

Mereka masuk pakatan
harap-harap dapat pangkat besar
kuasa besar
laba besar
untuk makan besar

Tapi bila hakikat
mereka dapat pangkat kecil
kuasa kecil
laba kecil
mereka tetap mahu makan besar

Untuk itu
tak apa kalau mereka perlu jadi munafik

Itulah hakikat kumpulan 13


fauzirashid
21.1.10

21 Januari 2010

Akhirnya

di lantai kakilima kehidupannya yang hanyir
diletaknya semangkuk harap
nasibnya yang kemek
menadah simpati
pada kaki-kaki yang lewat
kota yang sarat

perempuan itu terus menyeret hidup
dengan mangkuknya yang retak seribu
mengharung takdir pada bibir
kehidupannya yang bernanah
sepi dan
tiada yang peduli

fauzirashid
(kenangan ketika menelusuri malam di Lorong Hj Taib, KL)
21.1.10

18 Januari 2010

Di Pantai Rindu

di pantai rindu
ombak menghakis jejak kasih
yang dilalui sang gadis
cintanya pun terguris
lukanya menghiris
disenja yang gerimis
diapun menangis

fauzirashid
pantai feringgi,penang
22.12.09

Anjing Batat

(buat kumpulan yang menggelar diri GKPPNS)

tetiba mereka menyalak
sebagai ahli parti
untuk jatuhkan negeri
jaguh pejuang agama
jaguh pejuang bangsa

siapakah mereka?
untuk mendesak kami keluar pakatan

dengan bilangan dua tiga kerat
merekalah sianjing batat
kurap dan sesat

fauzirashid
29.12.09

17 Januari 2010

Dia

dengan langkah tempang
dia mengunyah kepedihan
lalu mengheret takdir
hingga keakhir

fauzirashid
(melihat seorang pengemis tua di kota bandung)
Disember 2006

15 Januari 2010

Dairi Seorang Pengemis

dari riak muka dan gerak langkah
kubaca setiap hati mereka-mereka yang liwat
ditangga jejantas menghela kehidupan yang sarat
sebelum menadah meminta pasrah

aku mengerti
kalau ada kepingan-kepingan yang luruh
pasti dari hati yang luluh
kerna bukan aku memaksa kalian
cuma menghulurkan tangan menagih kasihan

terima kasih
hati-hati yang ikhlas
dari aku sebutir sampah
yang hilang upaya mengheret hidup
dalam lalulintas kota yang deras

maafkan aku

fauzirashid
kota bandung
disember 2006

13 Januari 2010

Keputusan

jika keputusan kau rahsia
keadilanlah yang kau tunda
kezaliman pun melata

fauzirashid
(menunggu keputusan penghakiman dun perak)
13.1.10

08 Januari 2010

Seorang Tua & Kota

seorang tua
asyik mengunyah takdir
di birai tangga;
mendengar derap sepatu
menyeret kehidupan
dalam arus waktu

dia yang tahu;
suka duka kota ini
dalam keringat dan tangis
menadah ludah dan najis
maki hamun dan hon-hon
dalam lalu lintas yang deras

dia yang tahu
seorang tua itu
mengunyah waktu

fauzirashid
kota bandung
disember 2006

07 Januari 2010

Tembok6

telah kulepasi seribu tembok
untuk menghampirimu
untuk memiliki rindumu
untuk merangkol kasihmu
namun
sayangku
kau pergi jua
ke sebalik tembok-tembok
yang masih belum kulepasi

aku akan terus
melangkahi tembok-tembok itu

fauzirashid
7.1.10

05 Januari 2010

Bahasa Alam

pelangi yang melengkung
menibarkan tujuh warna murung
dalam kanvas senja yang menjingga
adalah bahasa alam

halilintar yang membelah
menujah cahaya marah
dalam gelap gitap malam
adalah bahasa alam

dan lautan membawa arus
terus pasrah dalam rentak angin
debur ombak yang pecah pada setiap batuan dan pepasir
adalah bahasa alam

gunung gemunungku umpama raksaksa pejam
dalam selimut kehijauan fauna
diam membekam dendam
dalam bahasa alam

fauzirashid
5.1.10

Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih