29 Ogos 2013

Merdeka? Maaf Tuan!

i.
maaf tuan
aku belum rasa merdeka
seperti yang tuan canangkan di akhbar

saban hari sedari subuh sepie
aku meredah belantara
mencari rotan yang sukar lagi kutemui
demi sesuap nasi anak isteri

temanku hanya unggas dan
binatang buas yang hanya
menanti gerakku yang alpa

ii.
maaf tuan
aku tak pernah rasa merdeka di hati
seperti yang tuan hebohkan di radio tivi

kerna rumahku di bawah jejambat ini
bertemankan sianjing kurap
menghidu debu dan lendir kota
saban hari mengutip sampah 
menggalas perut
meneruskan hidup

iii.
maaf tuan
kami belum rasa merdeka
seperti yang tuan canangkan di akhbar

maaf tuan
kami  tak pernah rasa merdeka di hati
seperti yang tuan hebohkan di radio tivi


(Selamat Hari Merdeka ke 56)
30.8.13


Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih