28 Februari 2021

 Sebenarnya seluruh pengabdian diri mutlak kepada Tuhan. Kaifiat pengabdian itu ditunjuk oleh PesuruhNya. Syariat adalah geraktindak yang diatur untuk manusia semua bangsa yang diarah untuk mengkhalifah bumi. Kernanya pasti mensejahterakan bumi dan seisinya.

Tapi manusia sering dikaburi oleh kelazatan nikmat hidup keduniaan. Lantas mencederakan bumi dan persekitaran dan merobohkan keinsanan.
Sejarah perkembangan ilmu yang mencorak mutakhir adalah ilmu yang dijelmakan hasil pertembungan agamawan(gereja) dan cerdik pandai berpaksi keduniaan. Pergeseran ini akhirnya membuahkan 'sekularisma' sebagai penstabil yang sementara sifatnya. Sekularisma pun menetas di Eropah.
Bila keilmuan berdasarkan logika akal mendominasi ruang zaman maka agama dimusuhi dan dilabelkan sebagai candu yang memabukkan fikiran.
Sekularis menganggap Islam sebagai musuh nombor wahid kerana Islam bersifat Addin yang menyatukan kehidupan beragama (mencakupi keimanan dan akhlak) dengan keilmuan logik keduniaan. Dalam kata lain keilmuan harus didasari oleh keimanan dan akhlak kemanusiaan yang berteraskan wahyu Tuhan.
Sekularis tidak lagi mahu mengikat diri kepada Tuhan, sebaliknya semua tamadun harus ditangani melalui penerokaan ilmu berdasarkan logika akal semata.
Zainon Hasan, Mohd Tazalli Ceklizalli dan 32 yang lain
6 Komen
1 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi


14 Februari 2021

 Pesanan Dari Covit19

jangan kalian musuhi aku.
aku hanya hamba Tuhan
mengongsi bumi kalian
sebentar. mungkin…
Tuhan murka!
kalian telah lupa
kalian hanya hamba diutusNya
mengkhalifah dunia.
lantas kalian menodai janji azali
sebelum menjadi penghuni bumi
“bahawa kalian harus memakmur bumi seisinya”
kalian ingat kalianlah penguasa
peringatanNya kalian lemaskan di gelas nafsu
sambil mendabik dada - kalian berkata;
"Kitab tua hanyalah syair orang dulu-dulu yang
merencat pencapaian duniawi”
kalian lupa,
segala puji hanyalah untuk Dia.
Segalanya atas RahmatNya.
kalian sombong!
bertuhan nafsu
membunuh dan dibunuh
meratah dan diratah
semaunya…
kalian mahu ke langit – lantas cemari laut
kalian bina mahligai melangit - runtuhkan gunung
Tuhan telah murka!
dan aku cuma perutusan
buat menyedarkan kalian…
nanti bila dipanggil kukembali
pasti tidak kumungkiri
Berdoalah kalian kepadaNya
Berdoalah…
Mohon ampunlah kepadaNya
Mohonlah…
14.2.21
Seri Manjung
(PKP masih membelenggu)

03 Februari 2021

MenujuMu

 Ooo Tuhan
Engkau perdekatkan aku
meniti SyiratMu

Biar antara aku, hambaMu
menemui Engkau, Rabku
di jalan yang lurus

Ooo Tuhan
biar aku, hambaMu
menujuMu dan
bersamaMu
di SyurgaMu

3/2/21
seri manjung
perak

Tanpa Tajuk

 sunyi benar malam ini. langit bersih sedikit bercahaya. pohon tegak kaku seolah kehampaan menunggu angin membelai daun-daun.  entah mengapa cengkerik pun membisu.

Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih