28 Februari 2021

 Sebenarnya seluruh pengabdian diri mutlak kepada Tuhan. Kaifiat pengabdian itu ditunjuk oleh PesuruhNya. Syariat adalah geraktindak yang diatur untuk manusia semua bangsa yang diarah untuk mengkhalifah bumi. Kernanya pasti mensejahterakan bumi dan seisinya.

Tapi manusia sering dikaburi oleh kelazatan nikmat hidup keduniaan. Lantas mencederakan bumi dan persekitaran dan merobohkan keinsanan.
Sejarah perkembangan ilmu yang mencorak mutakhir adalah ilmu yang dijelmakan hasil pertembungan agamawan(gereja) dan cerdik pandai berpaksi keduniaan. Pergeseran ini akhirnya membuahkan 'sekularisma' sebagai penstabil yang sementara sifatnya. Sekularisma pun menetas di Eropah.
Bila keilmuan berdasarkan logika akal mendominasi ruang zaman maka agama dimusuhi dan dilabelkan sebagai candu yang memabukkan fikiran.
Sekularis menganggap Islam sebagai musuh nombor wahid kerana Islam bersifat Addin yang menyatukan kehidupan beragama (mencakupi keimanan dan akhlak) dengan keilmuan logik keduniaan. Dalam kata lain keilmuan harus didasari oleh keimanan dan akhlak kemanusiaan yang berteraskan wahyu Tuhan.
Sekularis tidak lagi mahu mengikat diri kepada Tuhan, sebaliknya semua tamadun harus ditangani melalui penerokaan ilmu berdasarkan logika akal semata.
Zainon Hasan, Mohd Tazalli Ceklizalli dan 32 yang lain
6 Komen
1 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih