30 April 2020

EKPERIMEN DICACATAN PERJALANAN 13


RIWAYAT SEORANG PEREMPUAN

Menghayati sebuah peristiwa yang dipandang dan apalagi ditempohi dapat memberikan faedah yang banyak.  Disamping menyelami sesuatu peristiwa itu secara mendalam dan duduk-duduk berfikir boleh melahirkan beberapa tafsiran yang luhur yang sudah nyata dapat mengayakan batin - rasa dalaman diri yang selalu dahagakan pengertian.


Oleh itu mengalami sebanyak pengalaman yang boleh sudah tentulah dapat membuahkan faedah yang tidak ternilai harganya.  Kerumitan dan kesusahan yang dilalui dapat mengajar kita sesuatu setelah dialami dan ditafsirkan.


Pun begitu jugalah lorong-lorong dosa dan jelik yang telah kita harungi akan lebih banyak memanfaatkan erti diri kita yang sesungguhnya.  Jika dihayati semua lorong dosa dan jelik yang kita pernah harungi itu akan timbul satu fasa fikir yang menyatakan bahawa liku-liku itu adalah sememangnya merbahaya.  Dan jurang yang adalah berbatu bonggol yang bila-bila masa akan memecahkan tengkorak kepala diri.


Begitulah riwayat seorang perempuan yang aku temui di liku yang jelik ini - satu fasa dalam kembara kami.  Satu fasa bagi kebanyakkan orang di tamadun ini yang budaya dan ketuhanannya sudah pudar dikikis syaitan dan keegoan.


Apa yang aku cari dalam hidup ini?  Apa yang aku cari di fasa yang sebegini bahaya dan jelik?  Apa yang aku dapati dari alam khayal yang asyik ini?  Dari ruang kelam di mana syaitan-syaitan menyanyi dan menari - melaung-laung dan memanggil nama setiap manusia yang terpedaya - manusia rakus ciptaan  zaman moden - ciptaan budaya songsang dari fitrah kemanusiaan.


Akukah kini yang tertewas? Atau seorang dari manusia yang ramai itu menyahut lambaian neraka yang sudah pasti?   Akukah ahli-ahli baru di persatuan yang laris ini?



Tidak!  Aku harus mengenali diri sedalam-dalamnya.   Siapakah aku yang mahu memulai dan bergerak ini.?  Ciptaan siapakah seorang aku yang memilki fizik dan jiwa ini?  Tidak! Aku bukan seperti mereka itu.   Yang hadirnya ke bikil romantik imi tanpa mengertikan sesuatu.  Tanpa menghafal sesuatu rasa ketuhanan yang jitu.  Kalu begitu berbezakah aku dari mereka ketika kehadiran aku ke ruang ini?  Tidak... akupun sama seperti mereka.  Punyai dua kaki sebagai haiwan.  Ada pancaindera yang sama semacam mereka.  mereka semua memiliki sepkeping hati dan otak yang sama bentuk dan posisinya di saiz dan rupa yang sama.


Oh... kalau begitu aku telah terpedaya... Ternyata sudah!

Tida!  Aku bukan seperti mereka.  Penghayatanku dan penghayatan mereka yang membedakannya.  Di sini di sudut kelam lampu yang aman dan asyik, aku sentiasa mengingati diri. Bermuhasabah.  Apakah tugas kehadiran aku ke sini?  Setakat mana gerak laku yang boleh aku bergerak.   Bahawa kebebasan yang tanpa batas bukanlah seeluk jalan untuk kebahagiaan jiwa yang berpanjangan.


Aku dan penghayatanku - satu lagi sudut dunia hidup yang perlu kupelajari, kulalui.  Bukan untuk penghayatan dunia nikmat yang tanpa hujung.  Satu dunia yang bisa membakar hangus jiwa raga yang suci.  Melemahkan perenggan kemanusiaan yang utuh.


Di sini di sudut ini dapat kulihat betapa nikmat berkeliaran di setiap pelanngan.   Sekurang-kurangnya hembusan rokok itu dapat mengilustrasikan betapa mereka sedang berada  di lembah yang ingin sangat mereka turuni.  Nah! lihat corak-corak kepul asap yang naik megah ke udara ruang - berkepul-kepul , bergulung-gulung, tindih menindih , gumul bergumul satu persatu.  Namun asap megah mendaki ruang.  Nah lihat lagi betapa asap yang bergumul itukemudian hilang dari penglihatan.  Begitulah nikmat dan rasa glamour ini.  Alam ini sentiasa palsu belaka.



Unsur-unsur di dalam kehidupan kita juga sentiasa datang dan pergi.  Sebagai asap yang dihembur itu juga.  Berkepul-kepul dan hilang.  Nikmat dan lunak juga begitu.  Ketika kenikmatan datang ia bergumul di dalam diri - meruntun-runtun supaya ianya dilayan sesemesra mungkin.   Bagai asap yang meruntun-runtun di pipi dan menerjah melalui muncung ke ruang bebas lepas.


Kemana knikmatan pergi selepas hajat dipenuhi?  Kemana asap menghilinag selepas ianya dihembuskan?


Asap rokok dan gelora nikmat manusia lelaki - apa yang kita dapati dari menghayati dua unsur ini.  Apa yang menjalinkan dua fenomina ini?


Nah! apa bezanya aku dari mereka?   Bukankah aku lelaki juga?   Kalau begitu asap di ruang yang kelam menjingga ini adalah rakan yang setia.  Perempuan dan lelaki di sudut redup nyman dan tersorok itu.  Apa yang menemani mereka selain dari syaitan-syaitan yang terbang bagai kelelawar malam mahu menutup sinar bulan agar cahayanya melindung bumi.


Sama- aku dan mereka?  Setelah merasakan rentak diri dan bertanyakan jauh lebih ke dasar diri maka ada perbezaan yang aku mahu perlakukan.  Bukan! Aku harus berbeza dari kalian, kerana aku ke sini semata-mata sebagai pencari erti dikembara putih.  Menaksirkan rentak hidup kehidupan dan kemanusiaan.


Perempuan dan riwayatnya.  Di sini akan kukupas sedaya mungkin.  Oh perempuan.  Kehadiranku ke sini bukan untuk menikmatimu, tetapi mahu menghayati ke dalam dirimu.  Maafkan aku!


Benarkah daya tahanku telah kukuh?  Jika ribut datang merempuh?  Tidakkah khuatir ia juga roboh bersama runtuhnya 'A Farmosa yang ternyata kukuh itu?   Ooo Tuhan kepadaMu aku pohon pertolongan...


Terlau panjang aku menulis di luar landasan utama.  Sebenarnya sengaja aku mencakar hal-hal di luar landasan tuju  kerana semoga-moganya aku mendapati lebih pengertian dari ilham falsafah apabila membiarkan fikiran hanyut ke lautan perenggan-perenggan kata.  Dan gerabak-gerabak yang mahu melintas fikir mahu kuabadikan dan merakamnya agar ianya tidak terbang hilang setelah singah ke ranting khayal.



Ke mana ilham menghilang setelah ia menempuh lalulintas khayal?  Ke mana perginya asap rokok setelah ianya dihembuskan?  Sekali lagi asap rokok dan ilham kreatif yang datang... apa sangkut pautnya?



Justru aitu aku memulai kisah riwayat seorang insan yang benama perempuan ini.   Dan perempuan ini yang sekarang aku dampingi melalui isyarat nafsu setealh tawar-menawar - ada di sebelahku.


Sinar mata kasihnya kutahu adalah palsu.  Rayu manjanya sengaja dibuat-buat.  Kelembutan itu juga adalah lakunan. Kutahu semua itu.  Sentuhan dan rasanya juga adalah di luar ketulinan.  Aku tahu segalanya adalah tipu helah demi untuk mencari rezeki di landasan yang tidak selalunya rata ini.  Yang bengkang-bengkok.  Yang berjuarang dalam dan yang begitu ampuh dan rapuh.


Oh.. Perempuan.  Begitukah engkau menggunakan fizikmu yang ghairah sekurang-kurangnya di mataku?  Malah kukira di setiap mata lelaki - lelaki yang hanyut, rakus dan terlupa.


Ah.. tak usah kau membelai manja padaku, kerana segalanya telah kusimpulkan adalah dari ranjang kepalsuan.  Di ruang ini bukan ruang yang boleh dipecayai.   Tetapi di sinilah aku mahu mentafsirkan gerak geri kembara sebuah hidup di liku dahaganya sang nafsu.   Ooo Tuhan Kau peliharalah aku dari sebarang keterlanjuran...


Baiklah biar kumulai dengan berterus terang saja.


Sekarang aku mengunjungi sebuah rumah urut di Kota Melaka ini.  Pertama kali di dalam perjalanan hidupku.  Aku ke situ memberanikan diri menaiki anak tangga yang sempit yang disimbahi cahaya-cahaya ngeri, lalu sampai ke sebuah gua yang asap berkepul-kepul seolah mahu menyelimut ruang.  Yang romantik dan ngeri - sekurang-kurang begitulah perasaan aku memulainya.


Aku menawar seorang perempuan - 'Toris' namanya. (nama yang palsu kupasti).  Perempuan yang beginipun mahu menyimpan rahsia tentang namanya... mengapa?  Apa ada pada nama yang sebenar?  Bukan..Fikrku begini... dia menyedari akan perkerjaannya yang jelek dan kotor itu.   Jadi dia membiarkan tubuhnya dinodai dan sementara namanya yang sebenar dijagai kedaulatannya- kerana fikiranya namanya yang sebenar tidak seharusnya di situ.  Perempuan dan rahsia.  Sehingga perempuan yang tidak lagi merahsiakan setiap inci tubuhnya pun masih mahu menyimpan rahsia nama, rahsia riwayat, rahsia rasa, rahsia diri.


Dan inilah yang mahu aku congkel rahsia hidupnya sedaya mungkin.  Sebenarnya 'Toris' aku bukan mahu menelanjangkan tubuh sulit yang sepatunya engkau rahsaikan, tetapi aku ingin menjenguk ke dalam dirimu, merasakan degup jantungmu.  Apakah masih ada sinar murni di jiwamu!  Apakah engkau merelakan setiap sudut dan liku sulit tubuhnu diterokai oleh penjajah yang rakus, menyedut madu setelah haus di kembara yang panjang?


Ah..'Toris'.. Aku bukan jenis itu.  Bencikah engkau padaku?


Akupun mula berpura-pura.  Dengan wajah yang simpati aku cuba menyelami rahsia hidupnya.  Setelah puas dengan aksi pura-pura maka berjaya juga aku mencungkil riwayat hidupnya.


Aku pasti dari rentak suara dan cahaya matanya, dari bahasa gerak tubuhnya dan tanganya, ia jujur menceritakan rahsia hidupnya kepadaku.  Agaknya sebagai balasan dari kejujuran yang aku tunjukkan kepadanya.  Kejujuran yang pura-pura bagi menfdapatkan kejujuran pada dirinya!


Medengar dengan kyusuk sambil bergurau senda dengan romantis dan lembut, seluruh hidupnya dapat kurengkaskan begini:  (Sesungguhnya aku bersamanya selama satu jam).

'Toris'- nama sebenarnya Swee lam.  Berasal dari Pahang. Di mana daerahnya - aku lupa nak tanya.  Ayahnya sudah lama meninggal.  Bila? aku tak tanyapun.  Adik beradik ada dua orang kakak dan dia sahaja.  Kakaknya telah berkahwin dan mengikut suami.


"Bagaimana 'Toris boleh sampai ke sini dan bekerja di tempat begini?"


Dia, semasa masih gadis belasan tahun (kerana tak lulus SPM) terus mengikut seorang rakan ke Kuala Lumpur untuk bekerja di kedai gunting rambut.  Dia belajar menggunting rambut dan setelah beberapa tahun bertukar mengunting rambut di Unisex Hair Dressing Saloon, juga di Kuala Lumpur.


Di situ dia mengenali dan terpikat dengan seorang jejaka tampan yang sentiasa berkunjung ke kedai dia bekerja.  Jejaka itu bukan saha untuk menadaptkan khimat bergunting tetapi hanya untuk menemuinya juga.  Seterusnya dia bercinta dan selalu 'date' bersama sehingga akhirnya mereka berkahwin.


Setelah berkahwin segala-gala yang dibayangkan dan dicita-citakan menjadi terlalu indah, romantis dan bahagia bertukar corak sebaliknya.  Toris meletakkan seluruh jiwa dan raganya kepada lelaki yang begelar suami yang dipilihnya sendiri.  Mengharapkan rumah tangga yang terbina dengan bahagianya yang lahir dari buah cinta yang padanya terlalu suci dan murni.


Kemudian barulah mengetahui bahawa suaminya itu tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.  Apalagi dia seorang penjudi yang banyak berhutang.  Toris mencuba untuk bersabar dalam menempuh kenyataan yang tiba-tiba saja muncul menjadi realiti buruk yang selama ini dia sangat mengharapkan agar perjalanan hidupnya dilimpahi dengan cahaya gilang gemilang.


Ketabahan dan kesabarannya adalah dicekalkan oleh perasaan cinta yang utuh kepada suaminya.  Cinta yang terlalu kukuh dan sejati itu dapat bertahan untuk tiga tahun di mana dalam masa itu dia telah melahirkan dua orang anak, seorang perempuan dan lelaki.  Benih dari cinta yang tiada dua baginya.


Pun selama dia mempunyai suami, dia tidak pernah berhenti bekerja sebagai tukang gunting kerana dia menyedari bahawa suaminya tidak bekerja.  Selepas melahirkan anak yang kedua ini, perangai suaminya berambah teruk.  Dia dipaksa melacukan diri oleh suaminya!


Alangkah hampanya sekeping hati di saat-saat itu.  Selama ini dirinya hanya untuk seorang lelaki bergelar suami yang paling disayanginya.  Walaupun suaminya itu seorang yang pemabuk dan penjudi, tapi hatinya tetap sayang dan rela berkorban selama ini.  Tetapi kini orang yang disayangi dan diharapkan untuk melindungi dan membelai manja dengan kasih sayang, memaksanya pula agar dirinya menyerahkan kehormatan kepada orang lain, sipetualang nafsu.  Semata-mata untuk wang yang sentiasa tidak pernah cukup.


Seterusnya dia memberontak terhadap kemunafikan suaminya.  Ia dirambahkan oleh keengganannya melacur diri sementara suaminya terus mendesak dan memaksa malah kadang-kadang sehingga memukulnya.


Sehingga itu, Toris sudah tidak dapat bertahan lagi.  Dahan sabarnya telah patah.  Angin kencang sudahpun memulas dahan itu.  Lalu patahlah, rebahlah ke bumi.  Dahan pun patah menyembam bumi yang ketika itu basah kuyup oleh hujan dan diselangi dentuman guruh yang membingit.


Toris lari dari cengkaman ganas dan kejam seorang lelaki yang bergelar suami yang selama ini dicintainya dengan sepenuh jiwa.  Dengan deraian air mata, sedih dan pilu diapun pergi meninggalkan segalanya.


Selepas itu dia berpindah dan bekerja di saloon yang lain demi untuk meneruskan kehidupan dan melupai kasihnya yang telah berkecai.  Luka hatinya yang teramat parah.  Anaknya dihantar ke Pahang untuk dijagai oleh ibunya.  Ibunya sudah tahu yang rumah tanganya telah hancur berkecai.

Dari Kuala Lumpur dia kan ke Pahang untujk menghilangkan rasa rindu pada anak-anaknya.  Hampir setiap minggu dan malah apabila  saja dia terasa rindu.  Begitulah kerinduan kasih yang tulin seorang ibu kepada anaknya.  Adakah ada cinta sesama manusia ini yang melebihi cinta sang ibu kepada sang anak?


Jadi wangpun tidak mencukupi juga.  Lagi badannya terasa penat oleh ulang alik ke Pahang itu.


"Mengapa tak pulang ker kampung saja duduk bersama ibu?"


Segalanya kerana ingin mendapatkan wang.  Selepas itu dia berhijrah ke Melaka ini juga pada mulanya bekerja sebagai penggunting rambut.  Kedai itu terletak di jalan Bunga Raya dan telah ditutup satu setengah tahun yang lepas.  Jadi berhenti kerja dari situ dan terus bekerja sebagai tukan urut di Rumah Urut ini.



Di sini disamping memberi khidmat urut badan ( body massage) juga dia sudah senang untuk memberi khidmat yang seterusnya jika diminta.  Menyerahkan tubuhnya dengan bayaran tambahan yang dipersetujui!  Dan untuk makluman Toris ini terllau laris kerana kecantikan dan kemudaan usia yang dimilikinya.


Umur Toris akau tak tahu, tapi mungkin di sekitar 25 tahun tetapi oleh kerana tunbuhnya yang kecil dan agak slim ini menyebbakan rupa parasnya tidak luntur.  Sebenarnya ketika aku menanyakan umurnya, dia tidak menjawab dengan jujur.  "Oh... umur saya dha 40" secara acuh tidak acuh saja sambil mengembangkan 4 jari kanannya.  Ah mungkin juga benar.. aku tak mendapat kepastian.


Aku tahu dia sengaja berkata umurnya begitu untuk mendengan pujian dariku.  Dan memahami maksud itu akupun gunakan kesempatan itu sebaik mungkin untuk memesrakan perhubungan kerana aku berniat untuk menyelami rahsia hidup riwayat seorang perempuan ini... dan ia dihadapanku bernama Toris.  Maka kataku " Eee... aku tak percaya... mana boleh?"


"Apa pasal?" dia mahu menjerat kataku tanpa disedarinya dia yang sedang aku jerat.  Jadi aku balas begini " Tak percaya Toris berumur 40 tahun kerana Toris masih cantik..."  Bibir Toris menguntum senyum sambil menyingkap rambutnya yang panjang menguri itu.


"Mengapa Toris tak kawein lagi?" tanyaku lembut.

"Mana orang suka sama saya lagi..."  Bersungguhkah dia atau dia ingin mendengar pujian dariku lagi?


"Semua orang misti suka Toris tau...sebab Toris cantik.  Mana boleh tak ada lelaki yang mahu jadikan Toris isteri... En Toris masuk Islam lah...Jadi isteri saya.."  Aku sengaja menguji samaada kata-kata ini lebih memmesrakabn lagi supaya dia mahu menceritkan lebih jelas dan ikhlkas tentang dirinya yang mahu keselami.


"Takut..." balasnya sepontan.

"Sebab?"

"Takut masuk Islam.. nanti kena potong..." balasnya agak mehu berlucu.


Aku tergelak "Tidak..perempuan tak potong.. kalau lellaki ya lah..." akupun turut berlucu. "Mahu?" tanyaku seolah meminta kepastian darinya.


"Boleh" bals Toris sambil menganguk lemah sambil matanya merenung tepat ke mataku.

Dan...dan sehingga itu aku membisu seolah aku terkena perangkapnya pula.  Dan selepas itu kami berbicara secara mesra dan kukira aku sudah mendapatkan keikhlasan dari kata-kata yang dituturnya.


Kesimpulan tentang Toris kurakamkan begini:

Ibunya di kampung tidak tahu bahawa dia bekerja begitu.  Ibunya hanya menyangka bahawa anaknya hanya bekerja sebagai penggunting rambut.  Dia selalu hantar duit kepada ibunya untuk menyarai ibu dan anak-anaknya yang kian membesar.  Sebenarnya pendapatannya besar tapi dia hanya menghantar secukupnya sahaja ke kampung agar ibunya tidak mengesyaki sesuatu.

Toris kini bukanlah seorang gadis yang benar-benar tulin hatinya.  Dia sudah hanyut digelojak rasa dahaga kasih sayang dari kasihnya yang terputus.  Sekurang-kurangnya dahaga batinnya dapat terpenuhi oleh pelanggan 'Massage Parlour' ini.  Dia benar-benar menjual maruah dirinya di samping untuk kepuasan batin yang sentiasa merentap dirinya.  Pengetahuan tentang ketuhanan amat tipis untuk menjauhkannya dari lorong yang jijik ini.


Dan oleh kerana aku didapatinya bukanlah pelangannya seperti yang lain dan aku tidakpun mahu menyentuhnya apatahlagi tidak memenuhi permintaannya untuk berbuat lebih dari sekadar bercerita , dia kusedari tidak menyuaki aku lagi.  Malah apabila aku keluar ia seolah mencurigai aku... apakah aku seorang pengintip dari jabatan agama atau seorang penulis yang mahu menelanjangkan kisahnya, riwayat seorang perempuan sepertinya.



PERSAHABATAN ITU

di atas buncit perut bukit St Paul
kitapun bersama menyelami sejarah
mencati tapak-tapak warisan
yang kian terkikis waktu

pun di dada A Farmosa
kita masih terasing
dalam kembara waktu dan liku-liku
yang kian mahu terisi

Dan di taman milik beribu jiwa
kebetulan memulai peristiwa di fasa ini
jarak kitapun kian terhakis



DAERAH SUKA DUKA

kita telah sama-sama
menginjak bumi bertuah bersejarah
menghirup kegemilangan warisan lama
ke kerongkong diri

maafkan kami Melaka
kerna kami telah melatam dadamu
dengan kaki-kaki yang usang dan tempang
sedang engkau lena beradu
menyimpan di hatimu
sejarah yang engkau lalui

jangan dirahsiakan sesuatu
kerna keikhlasanku untuk ingin tahu
daerah-daerah suka dukamu itu.

di hotel cathy melaka
4.5.85 malam.
(kukrimkan puisi ini kepada Ida dan Ani Terengganu pada 10.5.85)























































































29 April 2020

EKPERIMEN DICATATAN PERJALANAN 12






PESTA BUKU KE-8 MELAKA.

      Sebenarnya pagi 4 Mei 1985 adalah hari Sabtu.  Kami tak ada program kemana.  Pulus sudah kontang!  Kesilapan aku.  Mula-mula aku ingat hari ini nak ambil wang melalui bank (Malayan Banking).  Rupanya aku terlupa bahawa hari ini Hari Vesak - cuti umum.  Bank pun cuti jugalah.  Jadai wang sudah elek sekarang.  Silap percaturan jadi kami harus berjimat sekarang.


     Berjalan-jalan berhamprang dengan bangunan Malayan Banking ini kami terus ke Dewan Hang Tuah.  Di sini berlangsungnya Pesta Buku Ke-8 Melaka.  Di luar dewan pameran ada pertandingan lukisan yang entah siapa penganjurnya.  Barangkali salah satu dari acara pesta buku in)

     Aku lihat lukisan dari tadika hingga ke sekolah peralihan menengah.  Kanak-kanak diberi kertas dan disuruh melukis. Tajuk bebas agaknya kerana aku lihat budak-budak melukis apa saja seola tiada thema tertentu.  Nampaknya alat pewarna mereka bawa sendiri (bukan disediakan oleh penganjur).  Kanak-kanak melukis di situ juga (di dewan itu), diberikan sekian masanya.  Kanak-kanak melukis di atas lantai.   Fuh... hebat juga karya  lukisan mereka.  Cara mereka mencampurkan warna dan daya imiginasi menarik perhatianku.  Ini sesuatu yang baik pada pendapatku.  Serentak aku bercadang untuk membawa idea ini untuk diadakan di kampung sendiri.  Setiadk-tidaknya melalui persatuan di kampung.  Disamping mengasah bakat dan minat budak-budak, juga memberi satu keberanian mereka juga menimbulkan aspek kemesraan bersama disamping bergaul gembira.


     Bagus idea ini. Sebelum ini sudah ada  aku dengar  pertandingan yang sebegini, tetapi oleh kerana tidak ada pengalaman untuk leasanakannya maka pemusatan idea itu tidak menjadi kenyataan.


     Menyusuri masuk ke dalam bangunan Dewan HangTuah sekarang.  Wah! begitu ramai oarang yang berkunjung ke sini.  Sehinnag nak berjalanpun sempit.  Kesan pesta buku ini juga amat baik.  Buku-buku dari pelbagai penerbitan mewakili meja-meja pertunjukan masing-masing.  Dari buku berbentuk ilmiah, agama, sastera dan juga buku-buku sains dan teknologi ada dipamerkan di sini.  Kedapatan juga menjua kaset-kaset agama.  Di hjujung dewan ini dipamerkan bahan-bahan komunikasi ilmuan dari elektronik.  Alat-alat peralatan elektronik seperti TV, alat-alat tayangan slide dan sebagainya terdapat di ruang hujung dewan ini.


     Di atas pentas ada kedapatan bahan-bahan pengajaran KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah) dipamerkan.


     Buku-buku dijual dan banyaklah tawaran istimewa diberikan kepada buku-buku tersebut.  Dan kalau aku ada duit tunai yang mencukupi sudah tentu aku membeli banuak buku.  Ada bukau yang ditawarkan dengan potongan sehingga 50% dari harga biasa.  Pessta buku ini amat menarik minatku.  Rupanya begitu banyak orang yang sukakan kepada buku .  Alhamdullilah... ini satu perkembangan yang baik lagi murni.


     Kami di dewan ini hanya mampu mmebeli buku-buku yang berharga murah.  Jam 12 tengah hari , kamipun keluar untuk mekan tengahari di gerai yang berhampiran dengan steysen teksi.



ADIKKU YANG MANIS

adikku yang manis
di taman hiburan ini
engkau ketawa
bersama rakan
sedang senja melabuh sauh

di celah sinar calar awan
engkau begitu jelita adikku
rambutmupun mengerbang dibelai bayu petang

awasi adikku
langkahmu itu
di tengah padang gembira yang asyik ini
ada longkang yang dalam

mengertilah adikku
kejelitaan itu milik sementara
kejelitaan itu adalah api
yang bisa menghanguslan diri sendiri

di tepi Padang Taman Hiburan Melaka.


INGIN KUMILIK HATIMU

gadis...
ingin kumilik hatimu
semurni mungkin
mengisi kosong ruang hidup

gadis...
aku sedang merangkak ke daerah rindu
menuju ke dalam dirimu
saat demi saat merapat

gadis...
andai kuhulurkan tanganku
mahukah engkau tersenyum
atau... atau...
atau... kau ludahi tanganku yang usang
lantas rinduku terhempas hancur

atau... atau..
engkau tidak pernah terasa
bahawa hatiku sudah tersangkut
lantas engaku terkejut
lantas engkau tersenyum
mengganggap aku seorang gila

5 mei 1985
12.30 pagi
di hotel cathay melaka
rakanku si zamri tealh mengunci waktunya (lena)
Apek hotel beritahu tadi Ida budak terengganu ada menelefon sewaktu kami tiada di hotel.




27 April 2020

Seekur Lipas



ia muncul dari gerobok buruk
menggerit puisi-puisi silam
seorang aku
yang belum sempat kusiapkan

yang masih bersisa
hanya
puntung-puntung abjad
yang tidak bisa lagi kumengerti

27.4.2020

Jenis lipas domestik. Lihat bulu mata lipas-makan (foto)

EKPERIMEN DI CACATAN PERJALANAN 11


DISUATU SUDUT DI PADANG BANDARAN

Jam menunjukkan 7.30 malam.  Malam sekarang... Belum... Tapi yang nyatanya petang telah bertambah umurnya.  Malam mahu menyambut.  Begitulah kesinambunagn hari.

Di Padang Bandaran ini rumputnya begitu cantik kehijauan dan begitu rata.  Bagai permaidani bumi yang semulajadi.  Ramai orang berkunjung dan berpeleseran di sini.  Di padang ragbi dan padang bola kulihat anak-anak muda asyik bermain.  Selain itu pelancung begitu ramai di sini.  Relax-relax menikmati angin Selat Melaka.

Nun di hujung padang ada Taman Hiburan.  Di tepinya ada gerai-gerai menjual beranika barangan kraftangan.  Memandang ke daratan dari jalan di taman ini nampak nun di hujung sana bangunan gereja di puncak Bukit  St Paul megah tersergam disimbah cahaya senja yang hampir gelap ini.

Malam datang menjelang.  Calar awan di seberang takir melenyap.  Dari warna ngeri maghrib ke warna ungu gelap yang tak berhujung.  Namun di sini lampu neon mengambil alih tugasan sang matahari.

Seolah waktu siang tidak mencukupi untuk manusia.   Nah! betapa lampu neon di tiang-tiang begitu diatur agar siang menjadi lebih panjang!


Di Senja Yang Sibuk 1

ngeri! calar awam maghrib
menyala di seberang takir
sedang di bangku
sang gadis asyik di pelukan sang pria

di jalan yang sibuk
roda-roda meligat
ke mana arah kalian?



Di Senja yang Sibuk 2

sedang calar senja dilukis
sedang suara azan gugur bertebaran dari langit

tiada yang ambil peduli
kerna malam telah tertunda
di hati-hati mereka

petang di padang
Bandaran Melaka
             
EKPERIMEN DICACATAN PERJALANAN 10



PORTA DE SANTIAGO

Pintu masuk ini adalah satu diantara empat pintu masuk ke Kota Feringgi yang dikenali sebagai 'A Farmosa'.  Pintu masuk ini telah dibina dengan perintah dari AlFonso De'Albuquque pada tahun 1512.  Pada mulanya ia dibina dari kayu.  Kemudian pintu masuk ini telah diperbesarkan dan diperkukuhkan dengan menggunakan batu-batu yang didapati dari runtuhan Istana, masjid dan makam-makam yang terdapat pada masa itu.

Semasa Melaka diserang oleh Belanda pada 1640 -1941, kota0kota dan bangunan tersebut telah musnah.  Tetapi setelah orang Belanda menawan Melaka, pihak Belanda telah membaiki kota yang rosak ini.  Inilah seabnya mengapa terdapat lambang 'Syarikat Hindia Timur Belanda' dan juga tarikh 1670 yang terdapat dipintu masuk yang telah rosak itu.

Pada tahun 1795 hingga 1819, Melaka jatuh ke tangan British dan pada 1807, orang-orang British telah memusnahkan kota tersebut.  Kota tersebut mungkin musnah langsung jika jika tak terdapat campurtangan Sir Stamford Raffle dan Lord Minto.  Pintu masuk itu telah terselamat.  Inilah saja tinggalan dari kota-kota yang dibina oleh orang Feringgi!

(Dari papan penerangan yang terpancang berhampiran Pintu Kota)


Kalau begitu A Farmosa - Engkau begitu mahal.  Nyawamu nyaris-nyaris terkorban oleh keganasan dan dengki dari pesaing manusia kolonial itu.

ptg 4/5/1985
di Pintu Santiago
Duduk rehat-rehat
pukul 6.30 petang.
Orang begitu ramai berkunjung melihat tinggalan sejarah ini pada petang cuti umum begini.  Berbagai jenis manusia ada. Dari orang tempatan dan orang negara barat.


25 April 2020


EKPERIMEN DICACATAN PERJALANAN 9


Makam Hang Jebat | Karimon's Blog
Makam Hang Jebat yang dikatakan di Pulau Besar


File:Hang Jebat Mausoleum (2).jpg - Wikimedia Commons
Makam Hang Jebat di sisi Jalan Hang Kasturi

KE MAKAM HANG JEBAT

Menyusuri lorong Jebat dari bulatan Sang Kancil meniti jejambat kami menghala ke Makam Hang Jebat setelah memasuki Jalan Kampung Kuli.
Makam Hang Jebat terletak di sisi Jalan Hang Kasturi.
Konon ceritanya Hang Jebat dimakamkan di mana tempat ia meninggal setelah Hang Tuah menanggalkan kain bengkung yang melilit isi perutnya yang telah pecah terburai.
Kalau begitu maka di sekitar Jalan Kampung Kuli, Jalan Hang Kasturi, di Lorong  Jebat, di sekitar Bulatan Sang Kancil inilah engkau mengamuk duhai Hang Jebat setelah engkau ditikam oleh rakanmu.  Tentulah banyak nyawa yang melayang oleh mata kerismu.  Tentulah di lorong-lorong ini darah merah melimpah di bumi Melaka ini.
Sungguh sedih nasibmu Hang Jebat.  Tindak belamu untuk seorang rakanmu yang dibunuh dengan kejam tealh membuat engkau bertindak mendepani zamanmu.  Ya. Jebat.  Sesungguhnya engkau telah mendepani zamanmu dari sudut falsafah dan pemikiran.  Engkau bertindak pada ketika alam Melayu berpegang teguh kepada kuasa mutlak Sang Raja.  SEdang titah raja dijunjung penoh, engkau melaungkan slogan ‘Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah’
Begitulah nasib seorang manusia yang mendepani zamannya.  Engkau digugurkan oleh seorang rakan yang mahu engkau bela.  Oh.. betapa sedihnya nasibmu Jebat.   Ketika itu engkaulah pengkhianat yang terkutuk.  Tetapi begitukah engkau sekarang Jebat?
Tidak… sekurang-kurangnya aku menyanjungi tinggi atas sikapmu Jebat.  Sesungguhnya engaku buat ku adalah wira kebenaran bangsa Melayu yang terulung.
Sedih nasibmu Jebat.  Lihat makammu kini.  Dikelilingi oleh rumah-rumah orang tionghua.   Tetapi makam engkau dipelihara oleh pihak yang berwajib.  Mengikut cerita apek yang menjaga hotel tempat aku menginap ini – Makam Hang Jebat dipulihkan dan dililit kain kuning pada setiap hari Jumaat!  Patutlah semasa aku mengunjungi ke makammu ada kedapatan kain kuning melilit nesanmu.
Dan juga.  Beberapa orang muda yang melawat makam si Jebat ini yang ada bersama ketika kami di situ mengatakan sesame mereka “Hei Man, kalau engkau hendak nombor.. menurunlah di sini!”
Sungguh cabul bunyinya untuk diucapkan di atas makam perwira bangsa yang terulung ini.  Perwira yang mati memperjuangkan kebebasan dan kebenaran serta keadilan.
‘Raja adil, Raja disembah.  Raja zalim, raja disanggah!’

Petang 4/5/1985
Di hotel-relax saja kerana ongkos telah limit!

Catitan:
Dikatakan mayat Hang Jebat telah dibawa oleh isterinta Dang Wangi ke Pulau Besar dan dikebumikan di situ.  Kemudian Sultan yang menyedari dan insaf akan kesilapan maka mengarahkan supaya mayat Hang Jebat dibawa semula untuk dikebumikan di Bandar Melaka seperti yang terdapat di sisi Jalan Hang kasturi ini.


Ramadhan 1441. Kehadiranmu

i
Kalaupun gerimis di subuh ini
ia hanya menipis
mentaripun menjeguk dengan kelembutan sinar
bermesra ramah bersama  Jumaat yang mengiring

dan
Kau santuniku dengan kehadiranmu. Ramadhan.
membelai dengan damai bersama kelembutan bayu pagi
dan soremu juga terasa nyaman
menelesuri gemilang lengkung pelangi
di senja yang asyik

ii
Walaupun aku sedang di liku pergerakan terkawal ini
Pasrah dan tawakkal  di relung virus yang mewabak
ada benih hikmah yang mencambah tumbuh subur rupanya
penglihatankupun terpelihara
pendengarankupun terpelihara
lisankupun terpelihara
gerak tindakkupun terjaga
sekurang-kurangnya kantung dosa kian kempis
muganya begitulah…

iii
Ooo Yang Maha Kaya
walaupun wabak ini Kaulontari
Kau limpahi jua rahmatMu
kusyukuri segalanya…
kuakuri segalanya..
segalanya dariMu jua!

iv
Ramadhan hadir dari langit biru
mendakap bumi manusia yang kian  renta
membelai kemanusiaan semua
dari tenggorok kelaparan dan dahaga

v
Melihatlah dengan jiwa yang luhur
menghulurlah kapada yang daif
kerna apa yang engkau milik
bukan. bukan semuanya punya engkau
hanya amanah dariNya semata…

Menghulurlah.  menghulurlah…
di sana ada laba
di Ramadhan ini labanya berganda…

Jumaat
1 ramadhan 1441

24 April 2020


EKPERIMEN DICACATAN PERJALANAN 8 


The Stadthuys, Malacca - Utiket


Ada apa di Stadthuys? – MelakaKini
MUSIUM SEJARAH MELAKA.

Musium sejarah ini terletak berhampiran dengan bulatan di Jalan Laksamana.

Musium ini ialah bangunan lama yang dibena oleh Belanda sebagai tetmpat residency untuk Gabenurnya.  Bangunan ini bercirikan ukiran Belanda dan dinamakan Bangunan Stardhuys.

Hari Jumaat ini hari.  Kami sampai pada jam 11.45 pagi, jadi kami tak dapat melawat lama  kerana waktu melawat hari ini ialah dari jam 9.00 bingga 12.15 tengahhari dan petangnya darijam 2.45 hingga 6.00 petang.  Kami menunggu di atas bukit ini untuk menunggu museum ini dibuka semula.

Bangunan ini terletak di atas bukit.

Duduk reha-rehat di lereng bukit bangunan Stardhuys berhanpiran (berhadapan) dengan Bulatan Sang Kancil ini terasa nyaman.  Perut lapar.  Kami terus makan di sebuah kedai berhampiran (sebuah kantin pejabat).

Selepas makan kami menaiki ke Pusat Penerangan Pelancung Melaka.   Juga berdekatan dengan Bulatan Sang Kancil.   Pejabat ini juga tutup.  Jam sekarang pukul 1.30 petang.

Kami kemudian menyusuri Jalan Hang Jebat merentasi muara Sungai Melaka.  Jalan Hang Jebat ini sempit dan kedai-kedai melimpah sehingga betul-betul ke gigi jalan.  Kedai di sini (kebanyakkannya kedai Cina dan sedikit orang India) menjual barang-barang antik.   Barang antik dari ukiran tembaga hingga ke ukiran kayu banyak di siini.  Kedai di sinipun kelihatan berwajah antik-antik juga.

‘Kaulihat Jebat- Jalanmu yang terlalu sempit dan kesibukan yang tak putus-putus.  Jalanmu begitu bahaya untuk dilalui.  Ketika menyusur di lorongmu aku perlu berhati-hati.

Bunyi enjin, non dan ringkik tayar mengaum kedengaran setiap ketika.   Begitulah Hang Jebat – kebebasan yang mahu engkau pertegakkan.  Menentang kekejaman melalui neraca keadilan dan kebenaran.  Tapi kini di lorongmu sendiri, lihat betapa mereka-mereka yang kemudian mengabaikan wasiatmu.

Kami menyusuri Jalan Hang Jebat ini sehingga berjumpa dengan Makam Hang Kasturi yang dihimpit oleh kedai dan rumah orang cina.

‘Hang Kasturi, engkau besemadi di lorong saudaramu Hang Jebat.  Bersemadi di sini, kau perhatikankah betapa perjuangan saudaramu hampor dilupakan!’

‘Hang Kasturi , pernahkah sahabatmu Hang Jebat menyapamu ketika engkau dipersemadian ini?  Engkau sendiri melihat betapa tamadun kita melewati dugaan silam.’

Jam 2.15 petang kami balik semula ke Bulatan Sang Kancil untuk bertanya di Pusat Penerangan Pelancung ini.

Memerhati dari Pusat Penerangan Pelancung ini jelad kelihatan bangunan-bangunan yang dibina oleh Belanda – Jam Besar, Church dan Stardhuys.  Semuanya mengekalkan seolah di sinilah Belanda tempat residencynya menguruskan penjajahan.

Berhampiran ialah muara Sungai Melaka yang kelihatan kotor airnya  Air muara ini membawa bersama sampah sarap kota ke laut.  Airnya mengalir lesu.  Busuk dan pekat – seolah membawa dosa tamadun kini ke Selat Melaka.

Pukul 2.30 petang. Ada sesuatu yang mencuit hati.  Begini- Datang seorang orang putih ke sini.  Seorang ibu kira-kira 30 tahun,   seorang anak perempuan kira-kira 4 tahun.  Mereka sama-sama menunggu maklumat di sini.   Seorang ini ini mengusung seorang anaknya yang kecil (lelaki) berumur kira-kira setahun di dalam tempat duduk beroda kanak-kanak.  Mengusung anak yang msih kecil itu merentasi panas terik.  Anak perempuannya kelihatan mature dari orang kita.  Lebih kurang setengah jam kemudian baru dating suaminya, lelaki berumur kira-kira 40 tahun, tinghi lampai, serta bersamanya seorang anak lelaki berumur kira-kira 7 tahun.

Semasa ibu berurusan di pejabat Penerangan ini anak kecil itu hanya diawasi oleh sianak kecil 8 tahun ini.  Anak lelaki yang bersama ayahnya jelas kelihatan matang dari anak kita.  Cukup di situ menerangkan kepada kita - kembaraan mematangkan pendirian diri.  Keteguhan dan kematangan terlahir dari perjalanan yang jauh.

Rakanku tertarik juga dengan keadaan ini.  Lalu dia bertanya kepada siperempuan kecil itu.
“You come to Malaysia for how long?”

“Pardon?” Tanya budak kecil itu kerana kebisingan.

Zamri mengulangi pertanyaan.

“Oo.. we’ve just arrived today.” Jawabnya.

“You come from where?”  Aku mencampuri.

“Pardon?” mungkin suaraku ditenggelami oleh kebisingan lalulintas.

“Oo from England, we came from England”

“For how long you wish to stay here?”

“Pardon?”  Celaka anak orang putih ni! Bisik hatiku.

Aku mengulangi pertanyaan.

“Oo I don’t know, After this we will visit Indonesia, Thailand and and after that we going to Filipin. And we will also visit Australia, Honolulu…”  Dia berhenti menjelaskan.  “Before we come back to England”  Dia menyambung sambil mengisyaratkan sebelah tangannya mengepal bulat dunia dan tangan kanannya menunjuk keliling kepal tangan kirinya.

Belum lagi sempat aku nak bertanya banyak tiba-tiba keluarganya dating.  Urusannya dengan pejabat pelancungan itu agaknya telah selesai.  Merekapun terus berlalu.

Sebenarnya masih banyak soalan yang aku ingin bertanya pada si adik comel ini.  Seperti – adakah dia menyuakai Malaysia?  Kalau dibandingkan Malaysia dengan Negara-negara yang lain yang dilawatinya mana yang lebih ‘interesting’.  Apakah dia merasa Malaysia tidak setaraf dengan negaranya?  Apa kerja ayahnya? Dan sebagainya…

Aku mahu bertanya itu kepadanya kerana aku telahpun memikirkan bahawa seorang kanak-kanak sepertinya akan memberi jawaban yang ikhlas mengikut rasa hatinya.  Seringnya kana-kanak tidak ‘bias’ di dalam meluahkan pendapat.  “They will say what they feel”  kalaupun dikatakan informasi seorang kanak-kanak tidak matang tetapi apakah keikhlasan rasa hati itu kurang baik  daripada informasi ‘bias’ dalam memberi buah fikiran terhadap sesuatu isu?

Seterusnya kami mendapatkan pamplet informasi pelancungan dari Pejabat Penerangan Pelancung di Bulatan Sang Kancil ini dan segalanya diberikan percuma.

  +   +   +   +   +   +   +   +   +

Kamipun menapk ke Musium Melaka sekarang.  Melintasi jalan kota ini agak susah dan bahaya.  Dijalan inilah tadi kedengaran siren kereta yang mengiringi Menteri Besar lalu pergi dan pulang.  Agaknya beliau pergi sembahyang Jumaat.  Solat Jumaat seorang menteri adakah ini acara formal di dalam etika seorang berjawatan menteri?  Ketika beliau pergi solat di masjid negeri, motor peronda, kereta polis dan beberapa kereta pengiring turut berbaris di jalan raya.  Bagaimana ketika sampai di masjid, si menteri akan menunaikan kewajibannya dan bagaimana dengan pasukan anggota keselamatan – yang bermotor trafik dan dua tiga orang lagi anggota keselamatan yang di dalam kereta peronda?  Bagaimana mereka mahu bersolat sedangkan mereka juga seharusnya berbuat demikian.  Adalah ini boleh ditafsirkan sebagai uzur kerana tugas?

Seentak aku teringat ketika aku masih belajar di Ipoh tahun 1976 dahulu.  Sang Raja menunaikan solat Jumaat dan anggota trafik pengawalnya tercegat di luar masjid menjaga kereta Sang Raja dengan penuh akur.  Siapa kita di sisi Tuhan?

Setelah kerumitan melintasi jalan kota ini maka kamipun sampai juga ke kaki bukit yang puncaknya tersergam bangunan Stadhuys (Bangunan lama Belanda yang masyur itu)  Bangunan ini adalah bekas rumah residen Belanda dan juga sebagai pejabat urusan mereka di peringkat pentadbiran di rantau nusantara ini.

Merah warna bangunannya.  Kelihatal kebal, begitu kukuh membekam dibumi bertuah ini.  Inilah sesungguhnya bangunan yang seratusperatus stail arkitekture Belanda.

Masih kukuh dan megah engau di sini.  Stadhuys- pastipun di zaman silam, engkaulah pelindung kebal sang penjajah kami.  SEdang sang perwira kami ramai yang ingin menghancurkan kamu, tetapi tersungkur gugur oleh tamparan dindingmu.  Celaka sungguh engkau Stadhuys.  Tetapi sekarang engkau kamai abadikan kerana tuanmu sudah riada lagi di Negari kami.

Engakau sesungguhnya di dalam pengawasan kami, kerana kamilah pemilik tanah pusaka bertuah yang sejati ini!

Kami pelihara engkau kena nilai sentimental dan riwayatmu yang panjang.  Engakau sesungguhnya adalah warisan sejarah pusaka tamadun manusia lampau.  Engkau sebagai bukti bahawa budaya manusia bertukar dan berubah.

Kini engkau tempat menyimpan khazanah sejarah yang tidak ternilai harganya.  Musium – begitulah engaku dinamakan kini.  Itulah tugasmu kepada kami.  Tempat merakamkan fikiran buat kami menghayati zaman silam yang penuh debar.

Menyusur ke dalam perutmu terasa kami telah ditelan oleh budaya silam – kembangan tamadun yang telah beabad ditinggalkan oleh kami.

Tinggalan sejarah banyak tersimpan bersidai didinding perutmu Stadhuys.  Kami yang membuatnya begitu.  Mahukah engkau menolak cadangan dan tindakan kami ini wahai Stadhuys?

Ada banyak artifek tinggalan sejarah di museum ini.  Tinggalan zaman Kesultanan Melaka dan keagungannya sehingga kerajaan Melayu Melaka ini diruntuhkan oleh bangsa Portugis dan Belanda dan Inggeris.  Juga kesan campurtangan Kerajaan Acheh dan juga riwayat pejuang-pejuang bangsa Melayu yang mulia.

Menaiki tangga yang lain pada bangunan Stadhuys ini terdapat Musium sejarah Sastera.  Di sini ada banyak manuskrip lama kepunyaan sejarah melayu.  Tafsiran dan bukti Buku Sejarah Melayu ada di sini.

Sarjana Melayu moden dari Munshi Abdullah sehingga ke tokoh sasterawan masa kini dipaparkan di sini.  Manuskrip lama seperti Al Quran tulis tangan dan banyak lagi manuskrip sejarah  yang lain ada di sini.

‘Stadhuys- aku keluar dari perutmu setelah membaca segala yang ada di dalam perutmu itu.  Aku dapat juga merasakan dan menghayati zamanmu.  Terima kasih Stadhuys.

  Sebenarnya seluruh pengabdian diri mutlak kepada Tuhan. Kaifiat pengabdian itu ditunjuk oleh PesuruhNya. Syariat adalah geraktindak yang ...