17 April 2020


EKPERIMENT DICACATAN PERJALANAN (Sambungan 6)


Kota Melaka zaman Portugis

DI BUKIT CINA

‘Perigi Raja adalah perigi yang tertua di Semenanjung Malaysia.  Ianya telah digali atas perintah Sultan Mansur Shah (1458 – 1477) untuk isterinya seorang puteri dari China – Hang Li Poh.   Perigi Raja ini disebut sebagai Perigi Hang Li Poh atau Perigi Sam Poh.   Perigi ini terletak di pinggir Bukit Cina.  Air perigii ini bersih dan boleh diminum serta tidak pernah kering.  Menurut cerita lagenda siapa yang meminum air perigi in, mereka akan balik semula ke negeri ini,  Melaka.

Pada tahun 1551 askar-asakr dari Johor tealh membubuh racun ke dalam perigi ini.  Disebabkan itu 200 orang Portugis telah mati.

Pada tahun 1606, Belanda pula menaruh racun diikiti oleh Acheh dalam tahun 1628 – 1629.

Setelah Melaka mendapat takluk Belanda mereka sedar akan kepentingan perigi ini dan telah mendirikan kota kecil lengkap dengan meriam disekeliling perigi dan rumah-rumah penjaga supaya perigi ini tidak dapat dibubuh racun.

Pada ketika pemerintahan orang Inggeris, perigi ini tidak dipedulikan dan rumah-rumah penjaganya turut runtuh.’

Perigi ini bergaris pusat lebik kurang 10 kaki dan berturap bata-bata yang besarpada tebing telaganya.  Telaga ini dalam da nada airnya lagi.
“Berapa dalam cinta kasih Sultan Mansur rerhadap Puteri Hang Li Poh?  Kalau nak tahu kau terjunlah ke dalam perigi ini” kataku pada Zamri.

Tugu peringatan orang Tionghua ini bersebelahan dengan Telaga Hang Li Poh.  Berdepan dengan Jalan Bukit Cina (Jalan Munshi Abdullah)

Tugu peringatan ini dibina hasil daripada peringatan kaum Tionghua terhadap masyarakat cina yang mati mangsa askar Jepun.  Orang cina telah mengumpulkan tulang-tulang datuk nenek mereka yang diseksa dan mati dibunug oleh Jepun dan menanamkannya semula di kawasan tugu ini.
Ketika di tugu ini kau kehilangan Zamri.   Mana dia?  Aku masuk mencarinya di rumah berhala Cina di kaki Bukit Cina ini.  Bahala ini sungguh antic.   Berwarna merah dan banyak ukiran.  Ketuaan usianya menarik lebih ramai pelancung ditambah oleh riwayat hidup bahala ini yang unik.  Seorang Germa, agak aku, bercakap German kepadaku.  Betulkah orang German ini?  Sambil menudingkan jari kea rah Telaga Hang Li Poh itu dia bercakap kepadaku.  Semasa itu hanya aku dan dia sahaja.  Waktu intu petang pukul 6 hari 2/5/85.  Aku menggangguk sahaja dan dia terus berlalu dari situ.

Masuk ke rumah Bahala ini seorang diri apatah lagi diwaktu petang pula agak terasa seram juga.  Hanya beberapa orang cina sahaja di situ yang asyik dengan kerja mereka tanpa memperdulikan kehadiran aku di situ.  Dan begitulah agaknya gelagat mereka kepada pelancung-pelancung lain.  Barangkali kebiasaan dilawati pelancung yang berbagai ragam dan warna yang menyebabkan mereka bersikap begitu.  Ketidakacuhan mereka terhadap kehadiran aku di situ menyebbakan gusrku beransur nipis.

Kemudian aku menaiki anak tangga di kaki Bukit Cina yang terkenal ini.  Bukit Cina ini tinggi juga, adalah setinggi Bukit St Paul tetapi ia lebih luas.

Bari gigi bukit sehingga ke kemuncaknya, kiri dan di kanan jalan tangga ini dipenuhi oleh Jerat-Jerat (Kubur) Cina.  Ada yang antic binaannya – kuburan yang terlalu lama usianya.  Petang-petang di Bukit Cina ini ramai orang yang jogging memanjat anak tangga.  Di puncak sekali kedapatan tanah yang rata.  Dari sini dan suasana petang begini (lebih kurang jam 6.30 petang) aku memandang dikelilingan Bukit Cina.  Satu suasana yang mengharukan.  Bukit Cina kembar dua semacam buah dada.   Memandang di sekeliling dari kemuncak Bukit Cina ini dapat diilustrasikan begini;

Nun di kejauhan langit merah menyala.  Matahari mahu terbenam ke dada laut yang sayup.  Nampak seolah Bandar Melaka ini dikelilingi laut.

Di sekeliling Bukit Cina inilah bandar-bandar (bangunan) yang berselerak.  Si suatu sudut sebelah timur kedapatan satu padang yang luas.  Begitu indah oleh keredupan petang yang gemilang ini.  Pohon yang rending sementara nun dikejauhan lagi ada kawasan perkampungan yang aman.

Seluruh kawasan yang berhampirang dengan Bukit Cina ini terdapat bangunan-banguan batu mengeram bumi.  Jalan berselirat membiarkan kepada kenderaan yang tidak putus-putus.  Apakah yang dicari oleh manusia (mereka)?

Dan di lereng bukit ini sehingga kemuncaknya – ialah jasad-jasad yang besemadi.  Begitu luas dan begitu banyak jasad yang telah pergi namun begitu banyak warisan mereka yang masih merayap di sisi Bukit Cina ini.

Sunyinya Bukit Cina ini, tetapi betapa berselraknya manusia di selelilingmu membentuk hidup.

Dan di suatu suduk Bukit Cina ini berhadapan dengan Jalan Munshi Abdullah ada sekelompok tanah perkuburan orang Islam.  Nampaknya tanah perkuburan ini seperti tanah perkuburan orang Islam yang lain, tetapi ia mempunyai usia perkuburan yang lama dan tua.  Oleh kerana petang sudah agak tua, kami tidak memasuki tanah perkuburan ini dan hanya melihatnya dari luar sahaja.

Bukit Cina baru-baru ini menjadi isu kontroversi.  Memajukan Bukit Cina wajar bunyinya disukat dari timbangan kemajuan.  Adakah begitu dari sudut sejarah dan kemanusiaan?

Milik siapa Bukit Cina ini?  Apakah ianya harus dibiarkan satu kawasan berbentuk ‘Gheto’ untuk orang-orang cina?  Bukit Cina perlu diawasi oleh pihak berwajib tetapi bukan untu diroboh dan diubah!

Kerna riwayatnya adalah juga riwayat kita.

Apex hotel ni beritahu ada orang telefon kami. Siapa?
Agaknya si Ani dan Ida..)


BUKIT CINA

Disekelilingmu
Ada hutan batu terpacak teguh
Tidakkah engkau terjaga
Dari tidurmu yang lena
Oleh kebisingan jentera dan manusia?

Bukit Cina
Bagai raksaksa sedang lena beradu
Di belai bayu

Ketika petang dating
Matahari mengucapkan selamat malam
Kepadamu

Sedang di ufuk
Ada warna ngeri
Soldadu-soldadu berpakaian besi
Menghampirimu

Ketahuikah engkau
Mereka-mereka itu
Adalah warisan yang engkau tinggalkan.

Dibukit cina petang
2/5/85



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih