EKPERIMEN DI CACATAN PERJALANAN 11
DISUATU SUDUT DI PADANG BANDARAN
Jam menunjukkan 7.30 malam. Malam sekarang... Belum... Tapi yang nyatanya petang telah bertambah umurnya. Malam mahu menyambut. Begitulah kesinambunagn hari.
Di Padang Bandaran ini rumputnya begitu cantik kehijauan dan begitu rata. Bagai permaidani bumi yang semulajadi. Ramai orang berkunjung dan berpeleseran di sini. Di padang ragbi dan padang bola kulihat anak-anak muda asyik bermain. Selain itu pelancung begitu ramai di sini. Relax-relax menikmati angin Selat Melaka.
Nun di hujung padang ada Taman Hiburan. Di tepinya ada gerai-gerai menjual beranika barangan kraftangan. Memandang ke daratan dari jalan di taman ini nampak nun di hujung sana bangunan gereja di puncak Bukit St Paul megah tersergam disimbah cahaya senja yang hampir gelap ini.
Malam datang menjelang. Calar awan di seberang takir melenyap. Dari warna ngeri maghrib ke warna ungu gelap yang tak berhujung. Namun di sini lampu neon mengambil alih tugasan sang matahari.
Seolah waktu siang tidak mencukupi untuk manusia. Nah! betapa lampu neon di tiang-tiang begitu diatur agar siang menjadi lebih panjang!
Di Senja Yang Sibuk 1
ngeri! calar awam maghrib
menyala di seberang takir
sedang di bangku
sang gadis asyik di pelukan sang pria
di jalan yang sibuk
roda-roda meligat
ke mana arah kalian?
Di Senja yang Sibuk 2
sedang calar senja dilukis
sedang suara azan gugur bertebaran dari langit
tiada yang ambil peduli
kerna malam telah tertunda
di hati-hati mereka
petang di padang
Bandaran Melaka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan