24 April 2020


EKPERIMEN DICACATAN PERJALANAN 8 


The Stadthuys, Malacca - Utiket


Ada apa di Stadthuys? – MelakaKini
MUSIUM SEJARAH MELAKA.

Musium sejarah ini terletak berhampiran dengan bulatan di Jalan Laksamana.

Musium ini ialah bangunan lama yang dibena oleh Belanda sebagai tetmpat residency untuk Gabenurnya.  Bangunan ini bercirikan ukiran Belanda dan dinamakan Bangunan Stardhuys.

Hari Jumaat ini hari.  Kami sampai pada jam 11.45 pagi, jadi kami tak dapat melawat lama  kerana waktu melawat hari ini ialah dari jam 9.00 bingga 12.15 tengahhari dan petangnya darijam 2.45 hingga 6.00 petang.  Kami menunggu di atas bukit ini untuk menunggu museum ini dibuka semula.

Bangunan ini terletak di atas bukit.

Duduk reha-rehat di lereng bukit bangunan Stardhuys berhanpiran (berhadapan) dengan Bulatan Sang Kancil ini terasa nyaman.  Perut lapar.  Kami terus makan di sebuah kedai berhampiran (sebuah kantin pejabat).

Selepas makan kami menaiki ke Pusat Penerangan Pelancung Melaka.   Juga berdekatan dengan Bulatan Sang Kancil.   Pejabat ini juga tutup.  Jam sekarang pukul 1.30 petang.

Kami kemudian menyusuri Jalan Hang Jebat merentasi muara Sungai Melaka.  Jalan Hang Jebat ini sempit dan kedai-kedai melimpah sehingga betul-betul ke gigi jalan.  Kedai di sini (kebanyakkannya kedai Cina dan sedikit orang India) menjual barang-barang antik.   Barang antik dari ukiran tembaga hingga ke ukiran kayu banyak di siini.  Kedai di sinipun kelihatan berwajah antik-antik juga.

‘Kaulihat Jebat- Jalanmu yang terlalu sempit dan kesibukan yang tak putus-putus.  Jalanmu begitu bahaya untuk dilalui.  Ketika menyusur di lorongmu aku perlu berhati-hati.

Bunyi enjin, non dan ringkik tayar mengaum kedengaran setiap ketika.   Begitulah Hang Jebat – kebebasan yang mahu engkau pertegakkan.  Menentang kekejaman melalui neraca keadilan dan kebenaran.  Tapi kini di lorongmu sendiri, lihat betapa mereka-mereka yang kemudian mengabaikan wasiatmu.

Kami menyusuri Jalan Hang Jebat ini sehingga berjumpa dengan Makam Hang Kasturi yang dihimpit oleh kedai dan rumah orang cina.

‘Hang Kasturi, engkau besemadi di lorong saudaramu Hang Jebat.  Bersemadi di sini, kau perhatikankah betapa perjuangan saudaramu hampor dilupakan!’

‘Hang Kasturi , pernahkah sahabatmu Hang Jebat menyapamu ketika engkau dipersemadian ini?  Engkau sendiri melihat betapa tamadun kita melewati dugaan silam.’

Jam 2.15 petang kami balik semula ke Bulatan Sang Kancil untuk bertanya di Pusat Penerangan Pelancung ini.

Memerhati dari Pusat Penerangan Pelancung ini jelad kelihatan bangunan-bangunan yang dibina oleh Belanda – Jam Besar, Church dan Stardhuys.  Semuanya mengekalkan seolah di sinilah Belanda tempat residencynya menguruskan penjajahan.

Berhampiran ialah muara Sungai Melaka yang kelihatan kotor airnya  Air muara ini membawa bersama sampah sarap kota ke laut.  Airnya mengalir lesu.  Busuk dan pekat – seolah membawa dosa tamadun kini ke Selat Melaka.

Pukul 2.30 petang. Ada sesuatu yang mencuit hati.  Begini- Datang seorang orang putih ke sini.  Seorang ibu kira-kira 30 tahun,   seorang anak perempuan kira-kira 4 tahun.  Mereka sama-sama menunggu maklumat di sini.   Seorang ini ini mengusung seorang anaknya yang kecil (lelaki) berumur kira-kira setahun di dalam tempat duduk beroda kanak-kanak.  Mengusung anak yang msih kecil itu merentasi panas terik.  Anak perempuannya kelihatan mature dari orang kita.  Lebih kurang setengah jam kemudian baru dating suaminya, lelaki berumur kira-kira 40 tahun, tinghi lampai, serta bersamanya seorang anak lelaki berumur kira-kira 7 tahun.

Semasa ibu berurusan di pejabat Penerangan ini anak kecil itu hanya diawasi oleh sianak kecil 8 tahun ini.  Anak lelaki yang bersama ayahnya jelas kelihatan matang dari anak kita.  Cukup di situ menerangkan kepada kita - kembaraan mematangkan pendirian diri.  Keteguhan dan kematangan terlahir dari perjalanan yang jauh.

Rakanku tertarik juga dengan keadaan ini.  Lalu dia bertanya kepada siperempuan kecil itu.
“You come to Malaysia for how long?”

“Pardon?” Tanya budak kecil itu kerana kebisingan.

Zamri mengulangi pertanyaan.

“Oo.. we’ve just arrived today.” Jawabnya.

“You come from where?”  Aku mencampuri.

“Pardon?” mungkin suaraku ditenggelami oleh kebisingan lalulintas.

“Oo from England, we came from England”

“For how long you wish to stay here?”

“Pardon?”  Celaka anak orang putih ni! Bisik hatiku.

Aku mengulangi pertanyaan.

“Oo I don’t know, After this we will visit Indonesia, Thailand and and after that we going to Filipin. And we will also visit Australia, Honolulu…”  Dia berhenti menjelaskan.  “Before we come back to England”  Dia menyambung sambil mengisyaratkan sebelah tangannya mengepal bulat dunia dan tangan kanannya menunjuk keliling kepal tangan kirinya.

Belum lagi sempat aku nak bertanya banyak tiba-tiba keluarganya dating.  Urusannya dengan pejabat pelancungan itu agaknya telah selesai.  Merekapun terus berlalu.

Sebenarnya masih banyak soalan yang aku ingin bertanya pada si adik comel ini.  Seperti – adakah dia menyuakai Malaysia?  Kalau dibandingkan Malaysia dengan Negara-negara yang lain yang dilawatinya mana yang lebih ‘interesting’.  Apakah dia merasa Malaysia tidak setaraf dengan negaranya?  Apa kerja ayahnya? Dan sebagainya…

Aku mahu bertanya itu kepadanya kerana aku telahpun memikirkan bahawa seorang kanak-kanak sepertinya akan memberi jawaban yang ikhlas mengikut rasa hatinya.  Seringnya kana-kanak tidak ‘bias’ di dalam meluahkan pendapat.  “They will say what they feel”  kalaupun dikatakan informasi seorang kanak-kanak tidak matang tetapi apakah keikhlasan rasa hati itu kurang baik  daripada informasi ‘bias’ dalam memberi buah fikiran terhadap sesuatu isu?

Seterusnya kami mendapatkan pamplet informasi pelancungan dari Pejabat Penerangan Pelancung di Bulatan Sang Kancil ini dan segalanya diberikan percuma.

  +   +   +   +   +   +   +   +   +

Kamipun menapk ke Musium Melaka sekarang.  Melintasi jalan kota ini agak susah dan bahaya.  Dijalan inilah tadi kedengaran siren kereta yang mengiringi Menteri Besar lalu pergi dan pulang.  Agaknya beliau pergi sembahyang Jumaat.  Solat Jumaat seorang menteri adakah ini acara formal di dalam etika seorang berjawatan menteri?  Ketika beliau pergi solat di masjid negeri, motor peronda, kereta polis dan beberapa kereta pengiring turut berbaris di jalan raya.  Bagaimana ketika sampai di masjid, si menteri akan menunaikan kewajibannya dan bagaimana dengan pasukan anggota keselamatan – yang bermotor trafik dan dua tiga orang lagi anggota keselamatan yang di dalam kereta peronda?  Bagaimana mereka mahu bersolat sedangkan mereka juga seharusnya berbuat demikian.  Adalah ini boleh ditafsirkan sebagai uzur kerana tugas?

Seentak aku teringat ketika aku masih belajar di Ipoh tahun 1976 dahulu.  Sang Raja menunaikan solat Jumaat dan anggota trafik pengawalnya tercegat di luar masjid menjaga kereta Sang Raja dengan penuh akur.  Siapa kita di sisi Tuhan?

Setelah kerumitan melintasi jalan kota ini maka kamipun sampai juga ke kaki bukit yang puncaknya tersergam bangunan Stadhuys (Bangunan lama Belanda yang masyur itu)  Bangunan ini adalah bekas rumah residen Belanda dan juga sebagai pejabat urusan mereka di peringkat pentadbiran di rantau nusantara ini.

Merah warna bangunannya.  Kelihatal kebal, begitu kukuh membekam dibumi bertuah ini.  Inilah sesungguhnya bangunan yang seratusperatus stail arkitekture Belanda.

Masih kukuh dan megah engau di sini.  Stadhuys- pastipun di zaman silam, engkaulah pelindung kebal sang penjajah kami.  SEdang sang perwira kami ramai yang ingin menghancurkan kamu, tetapi tersungkur gugur oleh tamparan dindingmu.  Celaka sungguh engkau Stadhuys.  Tetapi sekarang engkau kamai abadikan kerana tuanmu sudah riada lagi di Negari kami.

Engakau sesungguhnya di dalam pengawasan kami, kerana kamilah pemilik tanah pusaka bertuah yang sejati ini!

Kami pelihara engkau kena nilai sentimental dan riwayatmu yang panjang.  Engakau sesungguhnya adalah warisan sejarah pusaka tamadun manusia lampau.  Engkau sebagai bukti bahawa budaya manusia bertukar dan berubah.

Kini engkau tempat menyimpan khazanah sejarah yang tidak ternilai harganya.  Musium – begitulah engaku dinamakan kini.  Itulah tugasmu kepada kami.  Tempat merakamkan fikiran buat kami menghayati zaman silam yang penuh debar.

Menyusur ke dalam perutmu terasa kami telah ditelan oleh budaya silam – kembangan tamadun yang telah beabad ditinggalkan oleh kami.

Tinggalan sejarah banyak tersimpan bersidai didinding perutmu Stadhuys.  Kami yang membuatnya begitu.  Mahukah engkau menolak cadangan dan tindakan kami ini wahai Stadhuys?

Ada banyak artifek tinggalan sejarah di museum ini.  Tinggalan zaman Kesultanan Melaka dan keagungannya sehingga kerajaan Melayu Melaka ini diruntuhkan oleh bangsa Portugis dan Belanda dan Inggeris.  Juga kesan campurtangan Kerajaan Acheh dan juga riwayat pejuang-pejuang bangsa Melayu yang mulia.

Menaiki tangga yang lain pada bangunan Stadhuys ini terdapat Musium sejarah Sastera.  Di sini ada banyak manuskrip lama kepunyaan sejarah melayu.  Tafsiran dan bukti Buku Sejarah Melayu ada di sini.

Sarjana Melayu moden dari Munshi Abdullah sehingga ke tokoh sasterawan masa kini dipaparkan di sini.  Manuskrip lama seperti Al Quran tulis tangan dan banyak lagi manuskrip sejarah  yang lain ada di sini.

‘Stadhuys- aku keluar dari perutmu setelah membaca segala yang ada di dalam perutmu itu.  Aku dapat juga merasakan dan menghayati zamanmu.  Terima kasih Stadhuys.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih