29 April 2020

EKPERIMEN DICATATAN PERJALANAN 12






PESTA BUKU KE-8 MELAKA.

      Sebenarnya pagi 4 Mei 1985 adalah hari Sabtu.  Kami tak ada program kemana.  Pulus sudah kontang!  Kesilapan aku.  Mula-mula aku ingat hari ini nak ambil wang melalui bank (Malayan Banking).  Rupanya aku terlupa bahawa hari ini Hari Vesak - cuti umum.  Bank pun cuti jugalah.  Jadai wang sudah elek sekarang.  Silap percaturan jadi kami harus berjimat sekarang.


     Berjalan-jalan berhamprang dengan bangunan Malayan Banking ini kami terus ke Dewan Hang Tuah.  Di sini berlangsungnya Pesta Buku Ke-8 Melaka.  Di luar dewan pameran ada pertandingan lukisan yang entah siapa penganjurnya.  Barangkali salah satu dari acara pesta buku in)

     Aku lihat lukisan dari tadika hingga ke sekolah peralihan menengah.  Kanak-kanak diberi kertas dan disuruh melukis. Tajuk bebas agaknya kerana aku lihat budak-budak melukis apa saja seola tiada thema tertentu.  Nampaknya alat pewarna mereka bawa sendiri (bukan disediakan oleh penganjur).  Kanak-kanak melukis di situ juga (di dewan itu), diberikan sekian masanya.  Kanak-kanak melukis di atas lantai.   Fuh... hebat juga karya  lukisan mereka.  Cara mereka mencampurkan warna dan daya imiginasi menarik perhatianku.  Ini sesuatu yang baik pada pendapatku.  Serentak aku bercadang untuk membawa idea ini untuk diadakan di kampung sendiri.  Setiadk-tidaknya melalui persatuan di kampung.  Disamping mengasah bakat dan minat budak-budak, juga memberi satu keberanian mereka juga menimbulkan aspek kemesraan bersama disamping bergaul gembira.


     Bagus idea ini. Sebelum ini sudah ada  aku dengar  pertandingan yang sebegini, tetapi oleh kerana tidak ada pengalaman untuk leasanakannya maka pemusatan idea itu tidak menjadi kenyataan.


     Menyusuri masuk ke dalam bangunan Dewan HangTuah sekarang.  Wah! begitu ramai oarang yang berkunjung ke sini.  Sehinnag nak berjalanpun sempit.  Kesan pesta buku ini juga amat baik.  Buku-buku dari pelbagai penerbitan mewakili meja-meja pertunjukan masing-masing.  Dari buku berbentuk ilmiah, agama, sastera dan juga buku-buku sains dan teknologi ada dipamerkan di sini.  Kedapatan juga menjua kaset-kaset agama.  Di hjujung dewan ini dipamerkan bahan-bahan komunikasi ilmuan dari elektronik.  Alat-alat peralatan elektronik seperti TV, alat-alat tayangan slide dan sebagainya terdapat di ruang hujung dewan ini.


     Di atas pentas ada kedapatan bahan-bahan pengajaran KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah) dipamerkan.


     Buku-buku dijual dan banyaklah tawaran istimewa diberikan kepada buku-buku tersebut.  Dan kalau aku ada duit tunai yang mencukupi sudah tentu aku membeli banuak buku.  Ada bukau yang ditawarkan dengan potongan sehingga 50% dari harga biasa.  Pessta buku ini amat menarik minatku.  Rupanya begitu banyak orang yang sukakan kepada buku .  Alhamdullilah... ini satu perkembangan yang baik lagi murni.


     Kami di dewan ini hanya mampu mmebeli buku-buku yang berharga murah.  Jam 12 tengah hari , kamipun keluar untuk mekan tengahari di gerai yang berhampiran dengan steysen teksi.



ADIKKU YANG MANIS

adikku yang manis
di taman hiburan ini
engkau ketawa
bersama rakan
sedang senja melabuh sauh

di celah sinar calar awan
engkau begitu jelita adikku
rambutmupun mengerbang dibelai bayu petang

awasi adikku
langkahmu itu
di tengah padang gembira yang asyik ini
ada longkang yang dalam

mengertilah adikku
kejelitaan itu milik sementara
kejelitaan itu adalah api
yang bisa menghanguslan diri sendiri

di tepi Padang Taman Hiburan Melaka.


INGIN KUMILIK HATIMU

gadis...
ingin kumilik hatimu
semurni mungkin
mengisi kosong ruang hidup

gadis...
aku sedang merangkak ke daerah rindu
menuju ke dalam dirimu
saat demi saat merapat

gadis...
andai kuhulurkan tanganku
mahukah engkau tersenyum
atau... atau...
atau... kau ludahi tanganku yang usang
lantas rinduku terhempas hancur

atau... atau..
engkau tidak pernah terasa
bahawa hatiku sudah tersangkut
lantas engaku terkejut
lantas engkau tersenyum
mengganggap aku seorang gila

5 mei 1985
12.30 pagi
di hotel cathay melaka
rakanku si zamri tealh mengunci waktunya (lena)
Apek hotel beritahu tadi Ida budak terengganu ada menelefon sewaktu kami tiada di hotel.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih