10 April 2020


EKPERIMENT DICATATAN PERJALANAN (SAMBUNGAN 5)

3.  PERKENALAN YANG TAK DIDUGA (ANI & IDA)
Duduk-duduk di atas bangku Taman Hiburan ini terasa lelah berlalu.  Angin yang bertiup sesepoi bahasa memungkinkan ketenangan yang gemilang.  Kehijauan pohon di taman rekreasi buatan manusia ini setidaknya adalah tempat manusia yang lelah dan berserabut merungkaikan segala kerumitan.  Di sisilah tempat mengahlau segala kerunsinagn yang menggugat.  Dan daun-daun hiuaju begitu menenangkan.  B|egitulah butane Tuhan yang azali.
Apa yang dicari dalam hidup.  Duduk di bangku ini falsafah itu kembali mengiang.  Dan kami di kembara ini telahpun berada di fasa yang baru dari biasa.  Dua orang gadis yang kami jumpa di Gereja St Paul tadi Nampak dari riaksinya ingin mengenali kami.  Dan kamipun begitu.  Tapi bagaimana permulaannya?  Bagaimana mamhu memulai fasa yang ini?  Kamikah atau merekakah yang harus memulai bergerak ke arah perkenalan ini?
Dan memlaui renungan mereka terbit padanya, mereka ingin merapati dan mengenali kami.  Sekurang-kurangnya mahu tahu siapa kami dan bolehlah teman bersama berjalan sambil berbual.  Memang begitulah.  Kamipun sepertinya juga – ingin mengenali mereka.  Siapa?  Adakah mereka pelajar university yang melancung.  Oh kalau begitu alangkan kecilnya kami.
Begitu gaya corak fikiran sudah cukup untuk menghalang kami dari bergerak ke arah mereka.  Dab khayal dbiarkan berlegar di puncak kepala keawangan dan khayalan merekapun begitu kukira.   Khayalan inilah yang mempertemukan kami di Taman Hiburan ini.  Sekurang-kurang mereka yang bergerak dahulu kepada kami dan kami menegur mereka ‘nak ke mana’.  Memang begitulah perkenalan bermula agaknya.  Sipemberi dan sipenerima.  Sebalan riak pergerakan adalah alas an semata!
Ani dan Ida begitulah nama mereka setelah berkenalan dan hulur tangan.
Inilah satu fasa baru dalam kembara kami.  Lebih kurang jam 1.30 petang fasa itu dimulai.  Lanjut sehingga ke 3.30 petang.  Kami seterusnya mengikut bersama shoping di jalan Bunga Raya.  Di sini banyak shoping komplek yang besar-besar.  Sesingkat masa tetpai perkenalan ini di rasai jauh rapatnya.  Naik bas bersama dari Taman Hiburan sehingga membeli belah bersama banyak yang dapat dikenali walaupun terlalu banyak rahsia yang tersimpan.   Perempan pada permulaan kenalanya selalu bersifat rahsia.  Takut bercerita dan menyimpan peribadi diri sedapat mungkin.  Jika ditanya mereka begitu rapi mengeluarkan maklumat agar jawaban hanya cukup sempit setakat yang perlu sahaja.  Begitulah wanita.  Rahsia dan wanita.  Sedarlah mereka bahawa rahsia selalu memalukan mereka?  Sedarkah mereka rahsia bukanlah seorang rakan yang selalu setia?  Apakah yang lebih baik dari berterus terang?  
Satu kelemahan diriku – kadang-kadang aku terlalu dungu dalam mengenali apa ertinya kata-kata seorang gadis.  Itulah kelemahan yang begitu lama terpengap di dalam diri.  Begitu juga untuk mengakhiri sesebuah pertemuan yang tidak dirancang seperti ini, akau begitu dungu apa yang harus dibuat. Apa yang harus diberi demi agar dertik perkenalan ini dihayati dan selalu menjadi manis.
Ani dan Ida, sekurang-kurangnya begitulah nama mereka yang hanya diberi berasal dari Kuala Terengganu.  Datang ke Melaka ini di rumah abang Ida, di jalan Bukit China.  Mereka melancung seperti kami juga.
Duduk makan tengahari bersama di gerai di jalan Taman.  Bercerita dan berjenaka.  Aku dan Zamri. Ani dan Ida.
Waraskah membeli sesuatu (bukan yang mahal tetapi yang murah) untuk seorang kenalan dijalanan seperti ini terutama apabila pada hujung perjumpaan itu?  Waraskah berbuat begitu?  Zamri rakanku membelikan sesuatu untuk Ida.  Sebenarnya ketika berjalan kami ‘couple’ berdua-dua.  Ani bersamaku dan Ida bersama Zamri.  Dan Ida mebelikan sesuatu untuk Zamri sebagai balasan.
Semua perkara ini setelah aku pulang ke hotel baru aku ketahui dari cerita Zamri.  Dan aku teringat patutlah Si Ani bertanya padaku disuatu ketika “Apakah yang harus dibeli untuk seorang kawan laki-laki?’
“Kawan macam mana?  Sudahkah lama berkenalan atau baru?  Special atau tidak?”  Soalku pada Ani secara dungu tanpa mengerti apakah yang dimaksudkan oleh Ani.
“Kawan macam Fauzi ni” katanya.
Dan aku sampai matipun tidak teringat yang Ani mahu membelikan aku hadiah itu.  Kerna Ani tahu yang Ida ada mebeli hadiah untuk Zamri.  Sebenarnya dia mahu bertanya apa barangan yang aku suka!
Apa jawabanku?  “Hadiah barang belian bukanlah satu kemestian untuk seorang rakan.  Mencukupi sebiji batu asalkan itu membawa erti yang sentimental value!”  Kataku berfalsafah yang pada maksudku Si Ani mahu membelikan untuk kenalannya yang lain.  Satu falsafah yang dungu!
Oh ya melalut..  Berjalan-jalan di Bandar Melaka ini agak sibuk juga keadaan.  Cuaca seperti lain-lain tempat sentiasa panas yang melesukan.
Sehingga jam 3 setengah petang perkenalan kami dalam satu dari fasa kembara ini berakhir.  Ani dan Ida naik bas untuk ke rumah abangnya.  Aku dan zamri ke Hotel Cathy yang kami sewa di jalan Munshi Abdullah ini.
**************************************************
Pukul 12 suku kami sampai di Taman Hiburan Melaka di tepi laut.  Di dalam taman Hiburan ini ada batu St Francis Xavier yang kononnya pada suatau masa dahulu batu ini (iaitu di sisi Taman Hiburan ini) berada di tengah laut dan batu ini tidak ditenggelami air walaupun ombak setinggi manapun.  Di atas batu inilah St Francis Xavier mengibaskan habuk kasutnya ketika singgah berlayar.  Batu ini kini dibuat satu bulatan gelung oleh pengkaji sejarah akan terletak di tengah Taman Hiburan ini.  Taman Hiburan ini asalnya ialah laut yang telah ditebusguna oleh tamadun manusia.
Semasa menunggu bas di perhentian bas di sudut padang Bandaran inilah aku berkesempatan melihat batu St Francis Cavier ini bersama Ani Terengganu.  Itupun aku ajak dia.  Sementara si Zamri entah apa yang disembangnya pada si Ida.
Mengingat-ingat kembali tentang perkenalan itu, ada baiknya juga.  Ini merupakan kurniaan semata.  Terengganu bolehlah kami lawati sekiranya masa berkesempatan nanti.  Bersesuain dengan falsafahku ‘Luas berjalan, luaslah penglihatan lantas meluaskan pengalaman’  Inikah satu anugerah?  Dalam proses melicinkan lagi cita-citaku untuk menjelajah ke timur Malaysia ini?
“kalau kami ke Terengganu nati boleh tunggu tak?”  tanyaku memesrakan perkenalan semasa makan tengahari.
“Oh.. boleh.. kami boleh tunggu.. datanglah” balas si Ida.  Benarkah ini satu ‘boleh’? atau sengaja mahu memesrakan perkenalan itu saja?
“Engkau orangpun wlcome to Perak”
Selepas itu banyaklah celoteh yang diperkatakan demi membuatkan persahabatan ini tidak menjadi bisu.
Kalau aku ke Terengganupun barangkali aku akan pergi semasa iannya banjir kerana kembaranya aku bukan untuk melihat hilai dan tawa sang manusia ini saja tetapi merasakan saat-sata duka dan tangisnya juga.
(2 mei 1985 di hotel)
BUKIT ST PAUL

bukit St Paul
begitu kenyang engkau memamah sejarah
di perutmu yang buncit itu!

di dadamu
berdiri kukuh gereja khatolik yang tertua
gagasan tamadun dan kepercayaan!

di lerengmu
bersemadi jasad-jasad penjajah
pemecah tradisi ruang hidup kami

di pundak kepalamu
‘A Farmosa’ tembok menampan kuasamu
tapi di hatimu st paul
aku tidak pernah mengerti
apakah rahsia senyumanmu

2 mei 1985
Di hotel 4 petang.





A FAMOSA

A farmosa
engkau seorang tua yang terlalu uzur
sedang engkau berdiri
di daerah yang sudah terlalu asing buatmu
engkau bersendirian a farmosa
aku tahu kini
engkau bermuram durja

A farmosa
ingatkah engaku
di satu liku riwayatmu
engkau telah dinodai
sehingga wajahmu yang jelita itu
menjadi cacat

kini a farmosa
engkau ditonton
kerna riwayat dan kehodohan rupamu…

2 mei 1985
Di hotel 4 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih