30 April 2020

EKPERIMEN DICACATAN PERJALANAN 13


RIWAYAT SEORANG PEREMPUAN

Menghayati sebuah peristiwa yang dipandang dan apalagi ditempohi dapat memberikan faedah yang banyak.  Disamping menyelami sesuatu peristiwa itu secara mendalam dan duduk-duduk berfikir boleh melahirkan beberapa tafsiran yang luhur yang sudah nyata dapat mengayakan batin - rasa dalaman diri yang selalu dahagakan pengertian.


Oleh itu mengalami sebanyak pengalaman yang boleh sudah tentulah dapat membuahkan faedah yang tidak ternilai harganya.  Kerumitan dan kesusahan yang dilalui dapat mengajar kita sesuatu setelah dialami dan ditafsirkan.


Pun begitu jugalah lorong-lorong dosa dan jelik yang telah kita harungi akan lebih banyak memanfaatkan erti diri kita yang sesungguhnya.  Jika dihayati semua lorong dosa dan jelik yang kita pernah harungi itu akan timbul satu fasa fikir yang menyatakan bahawa liku-liku itu adalah sememangnya merbahaya.  Dan jurang yang adalah berbatu bonggol yang bila-bila masa akan memecahkan tengkorak kepala diri.


Begitulah riwayat seorang perempuan yang aku temui di liku yang jelik ini - satu fasa dalam kembara kami.  Satu fasa bagi kebanyakkan orang di tamadun ini yang budaya dan ketuhanannya sudah pudar dikikis syaitan dan keegoan.


Apa yang aku cari dalam hidup ini?  Apa yang aku cari di fasa yang sebegini bahaya dan jelik?  Apa yang aku dapati dari alam khayal yang asyik ini?  Dari ruang kelam di mana syaitan-syaitan menyanyi dan menari - melaung-laung dan memanggil nama setiap manusia yang terpedaya - manusia rakus ciptaan  zaman moden - ciptaan budaya songsang dari fitrah kemanusiaan.


Akukah kini yang tertewas? Atau seorang dari manusia yang ramai itu menyahut lambaian neraka yang sudah pasti?   Akukah ahli-ahli baru di persatuan yang laris ini?



Tidak!  Aku harus mengenali diri sedalam-dalamnya.   Siapakah aku yang mahu memulai dan bergerak ini.?  Ciptaan siapakah seorang aku yang memilki fizik dan jiwa ini?  Tidak! Aku bukan seperti mereka itu.   Yang hadirnya ke bikil romantik imi tanpa mengertikan sesuatu.  Tanpa menghafal sesuatu rasa ketuhanan yang jitu.  Kalu begitu berbezakah aku dari mereka ketika kehadiran aku ke ruang ini?  Tidak... akupun sama seperti mereka.  Punyai dua kaki sebagai haiwan.  Ada pancaindera yang sama semacam mereka.  mereka semua memiliki sepkeping hati dan otak yang sama bentuk dan posisinya di saiz dan rupa yang sama.


Oh... kalau begitu aku telah terpedaya... Ternyata sudah!

Tida!  Aku bukan seperti mereka.  Penghayatanku dan penghayatan mereka yang membedakannya.  Di sini di sudut kelam lampu yang aman dan asyik, aku sentiasa mengingati diri. Bermuhasabah.  Apakah tugas kehadiran aku ke sini?  Setakat mana gerak laku yang boleh aku bergerak.   Bahawa kebebasan yang tanpa batas bukanlah seeluk jalan untuk kebahagiaan jiwa yang berpanjangan.


Aku dan penghayatanku - satu lagi sudut dunia hidup yang perlu kupelajari, kulalui.  Bukan untuk penghayatan dunia nikmat yang tanpa hujung.  Satu dunia yang bisa membakar hangus jiwa raga yang suci.  Melemahkan perenggan kemanusiaan yang utuh.


Di sini di sudut ini dapat kulihat betapa nikmat berkeliaran di setiap pelanngan.   Sekurang-kurangnya hembusan rokok itu dapat mengilustrasikan betapa mereka sedang berada  di lembah yang ingin sangat mereka turuni.  Nah! lihat corak-corak kepul asap yang naik megah ke udara ruang - berkepul-kepul , bergulung-gulung, tindih menindih , gumul bergumul satu persatu.  Namun asap megah mendaki ruang.  Nah lihat lagi betapa asap yang bergumul itukemudian hilang dari penglihatan.  Begitulah nikmat dan rasa glamour ini.  Alam ini sentiasa palsu belaka.



Unsur-unsur di dalam kehidupan kita juga sentiasa datang dan pergi.  Sebagai asap yang dihembur itu juga.  Berkepul-kepul dan hilang.  Nikmat dan lunak juga begitu.  Ketika kenikmatan datang ia bergumul di dalam diri - meruntun-runtun supaya ianya dilayan sesemesra mungkin.   Bagai asap yang meruntun-runtun di pipi dan menerjah melalui muncung ke ruang bebas lepas.


Kemana knikmatan pergi selepas hajat dipenuhi?  Kemana asap menghilinag selepas ianya dihembuskan?


Asap rokok dan gelora nikmat manusia lelaki - apa yang kita dapati dari menghayati dua unsur ini.  Apa yang menjalinkan dua fenomina ini?


Nah! apa bezanya aku dari mereka?   Bukankah aku lelaki juga?   Kalau begitu asap di ruang yang kelam menjingga ini adalah rakan yang setia.  Perempuan dan lelaki di sudut redup nyman dan tersorok itu.  Apa yang menemani mereka selain dari syaitan-syaitan yang terbang bagai kelelawar malam mahu menutup sinar bulan agar cahayanya melindung bumi.


Sama- aku dan mereka?  Setelah merasakan rentak diri dan bertanyakan jauh lebih ke dasar diri maka ada perbezaan yang aku mahu perlakukan.  Bukan! Aku harus berbeza dari kalian, kerana aku ke sini semata-mata sebagai pencari erti dikembara putih.  Menaksirkan rentak hidup kehidupan dan kemanusiaan.


Perempuan dan riwayatnya.  Di sini akan kukupas sedaya mungkin.  Oh perempuan.  Kehadiranku ke sini bukan untuk menikmatimu, tetapi mahu menghayati ke dalam dirimu.  Maafkan aku!


Benarkah daya tahanku telah kukuh?  Jika ribut datang merempuh?  Tidakkah khuatir ia juga roboh bersama runtuhnya 'A Farmosa yang ternyata kukuh itu?   Ooo Tuhan kepadaMu aku pohon pertolongan...


Terlau panjang aku menulis di luar landasan utama.  Sebenarnya sengaja aku mencakar hal-hal di luar landasan tuju  kerana semoga-moganya aku mendapati lebih pengertian dari ilham falsafah apabila membiarkan fikiran hanyut ke lautan perenggan-perenggan kata.  Dan gerabak-gerabak yang mahu melintas fikir mahu kuabadikan dan merakamnya agar ianya tidak terbang hilang setelah singah ke ranting khayal.



Ke mana ilham menghilang setelah ia menempuh lalulintas khayal?  Ke mana perginya asap rokok setelah ianya dihembuskan?  Sekali lagi asap rokok dan ilham kreatif yang datang... apa sangkut pautnya?



Justru aitu aku memulai kisah riwayat seorang insan yang benama perempuan ini.   Dan perempuan ini yang sekarang aku dampingi melalui isyarat nafsu setealh tawar-menawar - ada di sebelahku.


Sinar mata kasihnya kutahu adalah palsu.  Rayu manjanya sengaja dibuat-buat.  Kelembutan itu juga adalah lakunan. Kutahu semua itu.  Sentuhan dan rasanya juga adalah di luar ketulinan.  Aku tahu segalanya adalah tipu helah demi untuk mencari rezeki di landasan yang tidak selalunya rata ini.  Yang bengkang-bengkok.  Yang berjuarang dalam dan yang begitu ampuh dan rapuh.


Oh.. Perempuan.  Begitukah engkau menggunakan fizikmu yang ghairah sekurang-kurangnya di mataku?  Malah kukira di setiap mata lelaki - lelaki yang hanyut, rakus dan terlupa.


Ah.. tak usah kau membelai manja padaku, kerana segalanya telah kusimpulkan adalah dari ranjang kepalsuan.  Di ruang ini bukan ruang yang boleh dipecayai.   Tetapi di sinilah aku mahu mentafsirkan gerak geri kembara sebuah hidup di liku dahaganya sang nafsu.   Ooo Tuhan Kau peliharalah aku dari sebarang keterlanjuran...


Baiklah biar kumulai dengan berterus terang saja.


Sekarang aku mengunjungi sebuah rumah urut di Kota Melaka ini.  Pertama kali di dalam perjalanan hidupku.  Aku ke situ memberanikan diri menaiki anak tangga yang sempit yang disimbahi cahaya-cahaya ngeri, lalu sampai ke sebuah gua yang asap berkepul-kepul seolah mahu menyelimut ruang.  Yang romantik dan ngeri - sekurang-kurang begitulah perasaan aku memulainya.


Aku menawar seorang perempuan - 'Toris' namanya. (nama yang palsu kupasti).  Perempuan yang beginipun mahu menyimpan rahsia tentang namanya... mengapa?  Apa ada pada nama yang sebenar?  Bukan..Fikrku begini... dia menyedari akan perkerjaannya yang jelek dan kotor itu.   Jadi dia membiarkan tubuhnya dinodai dan sementara namanya yang sebenar dijagai kedaulatannya- kerana fikiranya namanya yang sebenar tidak seharusnya di situ.  Perempuan dan rahsia.  Sehingga perempuan yang tidak lagi merahsiakan setiap inci tubuhnya pun masih mahu menyimpan rahsia nama, rahsia riwayat, rahsia rasa, rahsia diri.


Dan inilah yang mahu aku congkel rahsia hidupnya sedaya mungkin.  Sebenarnya 'Toris' aku bukan mahu menelanjangkan tubuh sulit yang sepatunya engkau rahsaikan, tetapi aku ingin menjenguk ke dalam dirimu, merasakan degup jantungmu.  Apakah masih ada sinar murni di jiwamu!  Apakah engkau merelakan setiap sudut dan liku sulit tubuhnu diterokai oleh penjajah yang rakus, menyedut madu setelah haus di kembara yang panjang?


Ah..'Toris'.. Aku bukan jenis itu.  Bencikah engkau padaku?


Akupun mula berpura-pura.  Dengan wajah yang simpati aku cuba menyelami rahsia hidupnya.  Setelah puas dengan aksi pura-pura maka berjaya juga aku mencungkil riwayat hidupnya.


Aku pasti dari rentak suara dan cahaya matanya, dari bahasa gerak tubuhnya dan tanganya, ia jujur menceritakan rahsia hidupnya kepadaku.  Agaknya sebagai balasan dari kejujuran yang aku tunjukkan kepadanya.  Kejujuran yang pura-pura bagi menfdapatkan kejujuran pada dirinya!


Medengar dengan kyusuk sambil bergurau senda dengan romantis dan lembut, seluruh hidupnya dapat kurengkaskan begini:  (Sesungguhnya aku bersamanya selama satu jam).

'Toris'- nama sebenarnya Swee lam.  Berasal dari Pahang. Di mana daerahnya - aku lupa nak tanya.  Ayahnya sudah lama meninggal.  Bila? aku tak tanyapun.  Adik beradik ada dua orang kakak dan dia sahaja.  Kakaknya telah berkahwin dan mengikut suami.


"Bagaimana 'Toris boleh sampai ke sini dan bekerja di tempat begini?"


Dia, semasa masih gadis belasan tahun (kerana tak lulus SPM) terus mengikut seorang rakan ke Kuala Lumpur untuk bekerja di kedai gunting rambut.  Dia belajar menggunting rambut dan setelah beberapa tahun bertukar mengunting rambut di Unisex Hair Dressing Saloon, juga di Kuala Lumpur.


Di situ dia mengenali dan terpikat dengan seorang jejaka tampan yang sentiasa berkunjung ke kedai dia bekerja.  Jejaka itu bukan saha untuk menadaptkan khimat bergunting tetapi hanya untuk menemuinya juga.  Seterusnya dia bercinta dan selalu 'date' bersama sehingga akhirnya mereka berkahwin.


Setelah berkahwin segala-gala yang dibayangkan dan dicita-citakan menjadi terlalu indah, romantis dan bahagia bertukar corak sebaliknya.  Toris meletakkan seluruh jiwa dan raganya kepada lelaki yang begelar suami yang dipilihnya sendiri.  Mengharapkan rumah tangga yang terbina dengan bahagianya yang lahir dari buah cinta yang padanya terlalu suci dan murni.


Kemudian barulah mengetahui bahawa suaminya itu tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.  Apalagi dia seorang penjudi yang banyak berhutang.  Toris mencuba untuk bersabar dalam menempuh kenyataan yang tiba-tiba saja muncul menjadi realiti buruk yang selama ini dia sangat mengharapkan agar perjalanan hidupnya dilimpahi dengan cahaya gilang gemilang.


Ketabahan dan kesabarannya adalah dicekalkan oleh perasaan cinta yang utuh kepada suaminya.  Cinta yang terlalu kukuh dan sejati itu dapat bertahan untuk tiga tahun di mana dalam masa itu dia telah melahirkan dua orang anak, seorang perempuan dan lelaki.  Benih dari cinta yang tiada dua baginya.


Pun selama dia mempunyai suami, dia tidak pernah berhenti bekerja sebagai tukang gunting kerana dia menyedari bahawa suaminya tidak bekerja.  Selepas melahirkan anak yang kedua ini, perangai suaminya berambah teruk.  Dia dipaksa melacukan diri oleh suaminya!


Alangkah hampanya sekeping hati di saat-saat itu.  Selama ini dirinya hanya untuk seorang lelaki bergelar suami yang paling disayanginya.  Walaupun suaminya itu seorang yang pemabuk dan penjudi, tapi hatinya tetap sayang dan rela berkorban selama ini.  Tetapi kini orang yang disayangi dan diharapkan untuk melindungi dan membelai manja dengan kasih sayang, memaksanya pula agar dirinya menyerahkan kehormatan kepada orang lain, sipetualang nafsu.  Semata-mata untuk wang yang sentiasa tidak pernah cukup.


Seterusnya dia memberontak terhadap kemunafikan suaminya.  Ia dirambahkan oleh keengganannya melacur diri sementara suaminya terus mendesak dan memaksa malah kadang-kadang sehingga memukulnya.


Sehingga itu, Toris sudah tidak dapat bertahan lagi.  Dahan sabarnya telah patah.  Angin kencang sudahpun memulas dahan itu.  Lalu patahlah, rebahlah ke bumi.  Dahan pun patah menyembam bumi yang ketika itu basah kuyup oleh hujan dan diselangi dentuman guruh yang membingit.


Toris lari dari cengkaman ganas dan kejam seorang lelaki yang bergelar suami yang selama ini dicintainya dengan sepenuh jiwa.  Dengan deraian air mata, sedih dan pilu diapun pergi meninggalkan segalanya.


Selepas itu dia berpindah dan bekerja di saloon yang lain demi untuk meneruskan kehidupan dan melupai kasihnya yang telah berkecai.  Luka hatinya yang teramat parah.  Anaknya dihantar ke Pahang untuk dijagai oleh ibunya.  Ibunya sudah tahu yang rumah tanganya telah hancur berkecai.

Dari Kuala Lumpur dia kan ke Pahang untujk menghilangkan rasa rindu pada anak-anaknya.  Hampir setiap minggu dan malah apabila  saja dia terasa rindu.  Begitulah kerinduan kasih yang tulin seorang ibu kepada anaknya.  Adakah ada cinta sesama manusia ini yang melebihi cinta sang ibu kepada sang anak?


Jadi wangpun tidak mencukupi juga.  Lagi badannya terasa penat oleh ulang alik ke Pahang itu.


"Mengapa tak pulang ker kampung saja duduk bersama ibu?"


Segalanya kerana ingin mendapatkan wang.  Selepas itu dia berhijrah ke Melaka ini juga pada mulanya bekerja sebagai penggunting rambut.  Kedai itu terletak di jalan Bunga Raya dan telah ditutup satu setengah tahun yang lepas.  Jadi berhenti kerja dari situ dan terus bekerja sebagai tukan urut di Rumah Urut ini.



Di sini disamping memberi khidmat urut badan ( body massage) juga dia sudah senang untuk memberi khidmat yang seterusnya jika diminta.  Menyerahkan tubuhnya dengan bayaran tambahan yang dipersetujui!  Dan untuk makluman Toris ini terllau laris kerana kecantikan dan kemudaan usia yang dimilikinya.


Umur Toris akau tak tahu, tapi mungkin di sekitar 25 tahun tetapi oleh kerana tunbuhnya yang kecil dan agak slim ini menyebbakan rupa parasnya tidak luntur.  Sebenarnya ketika aku menanyakan umurnya, dia tidak menjawab dengan jujur.  "Oh... umur saya dha 40" secara acuh tidak acuh saja sambil mengembangkan 4 jari kanannya.  Ah mungkin juga benar.. aku tak mendapat kepastian.


Aku tahu dia sengaja berkata umurnya begitu untuk mendengan pujian dariku.  Dan memahami maksud itu akupun gunakan kesempatan itu sebaik mungkin untuk memesrakan perhubungan kerana aku berniat untuk menyelami rahsia hidup riwayat seorang perempuan ini... dan ia dihadapanku bernama Toris.  Maka kataku " Eee... aku tak percaya... mana boleh?"


"Apa pasal?" dia mahu menjerat kataku tanpa disedarinya dia yang sedang aku jerat.  Jadi aku balas begini " Tak percaya Toris berumur 40 tahun kerana Toris masih cantik..."  Bibir Toris menguntum senyum sambil menyingkap rambutnya yang panjang menguri itu.


"Mengapa Toris tak kawein lagi?" tanyaku lembut.

"Mana orang suka sama saya lagi..."  Bersungguhkah dia atau dia ingin mendengar pujian dariku lagi?


"Semua orang misti suka Toris tau...sebab Toris cantik.  Mana boleh tak ada lelaki yang mahu jadikan Toris isteri... En Toris masuk Islam lah...Jadi isteri saya.."  Aku sengaja menguji samaada kata-kata ini lebih memmesrakabn lagi supaya dia mahu menceritkan lebih jelas dan ikhlkas tentang dirinya yang mahu keselami.


"Takut..." balasnya sepontan.

"Sebab?"

"Takut masuk Islam.. nanti kena potong..." balasnya agak mehu berlucu.


Aku tergelak "Tidak..perempuan tak potong.. kalau lellaki ya lah..." akupun turut berlucu. "Mahu?" tanyaku seolah meminta kepastian darinya.


"Boleh" bals Toris sambil menganguk lemah sambil matanya merenung tepat ke mataku.

Dan...dan sehingga itu aku membisu seolah aku terkena perangkapnya pula.  Dan selepas itu kami berbicara secara mesra dan kukira aku sudah mendapatkan keikhlasan dari kata-kata yang dituturnya.


Kesimpulan tentang Toris kurakamkan begini:

Ibunya di kampung tidak tahu bahawa dia bekerja begitu.  Ibunya hanya menyangka bahawa anaknya hanya bekerja sebagai penggunting rambut.  Dia selalu hantar duit kepada ibunya untuk menyarai ibu dan anak-anaknya yang kian membesar.  Sebenarnya pendapatannya besar tapi dia hanya menghantar secukupnya sahaja ke kampung agar ibunya tidak mengesyaki sesuatu.

Toris kini bukanlah seorang gadis yang benar-benar tulin hatinya.  Dia sudah hanyut digelojak rasa dahaga kasih sayang dari kasihnya yang terputus.  Sekurang-kurangnya dahaga batinnya dapat terpenuhi oleh pelanggan 'Massage Parlour' ini.  Dia benar-benar menjual maruah dirinya di samping untuk kepuasan batin yang sentiasa merentap dirinya.  Pengetahuan tentang ketuhanan amat tipis untuk menjauhkannya dari lorong yang jijik ini.


Dan oleh kerana aku didapatinya bukanlah pelangannya seperti yang lain dan aku tidakpun mahu menyentuhnya apatahlagi tidak memenuhi permintaannya untuk berbuat lebih dari sekadar bercerita , dia kusedari tidak menyuaki aku lagi.  Malah apabila aku keluar ia seolah mencurigai aku... apakah aku seorang pengintip dari jabatan agama atau seorang penulis yang mahu menelanjangkan kisahnya, riwayat seorang perempuan sepertinya.



PERSAHABATAN ITU

di atas buncit perut bukit St Paul
kitapun bersama menyelami sejarah
mencati tapak-tapak warisan
yang kian terkikis waktu

pun di dada A Farmosa
kita masih terasing
dalam kembara waktu dan liku-liku
yang kian mahu terisi

Dan di taman milik beribu jiwa
kebetulan memulai peristiwa di fasa ini
jarak kitapun kian terhakis



DAERAH SUKA DUKA

kita telah sama-sama
menginjak bumi bertuah bersejarah
menghirup kegemilangan warisan lama
ke kerongkong diri

maafkan kami Melaka
kerna kami telah melatam dadamu
dengan kaki-kaki yang usang dan tempang
sedang engkau lena beradu
menyimpan di hatimu
sejarah yang engkau lalui

jangan dirahsiakan sesuatu
kerna keikhlasanku untuk ingin tahu
daerah-daerah suka dukamu itu.

di hotel cathy melaka
4.5.85 malam.
(kukrimkan puisi ini kepada Ida dan Ani Terengganu pada 10.5.85)























































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih