Ramadhan 1441. Kehadiranmu
i
Kalaupun gerimis di subuh ini
ia hanya menipis
mentaripun menjeguk dengan kelembutan sinar
bermesra ramah bersama Jumaat
yang mengiring
dan
Kau santuniku dengan kehadiranmu. Ramadhan.
membelai dengan damai bersama kelembutan bayu pagi
dan soremu juga terasa nyaman
menelesuri gemilang lengkung pelangi
di senja yang asyik
ii
Walaupun aku sedang di liku pergerakan terkawal ini
Pasrah dan tawakkal di relung
virus yang mewabak
ada benih hikmah yang mencambah tumbuh subur rupanya
penglihatankupun terpelihara
pendengarankupun terpelihara
lisankupun terpelihara
gerak tindakkupun terjaga
sekurang-kurangnya kantung dosa kian kempis
muganya begitulah…
iii
Ooo Yang Maha Kaya
walaupun wabak ini Kaulontari
Kau limpahi jua rahmatMu
kusyukuri segalanya…
kuakuri segalanya..
segalanya dariMu jua!
iv
Ramadhan hadir dari langit biru
mendakap bumi manusia yang kian renta
membelai kemanusiaan semua
dari tenggorok kelaparan dan dahaga
v
Melihatlah dengan jiwa yang luhur
menghulurlah kapada yang daif
kerna apa yang engkau milik
bukan. bukan semuanya punya engkau
hanya amanah dariNya semata…
Menghulurlah. menghulurlah…
di sana ada laba
di Ramadhan ini labanya berganda…
Jumaat
1 ramadhan 1441
Tiada ulasan:
Catat Ulasan