EKPERIMEN DICACATAN PERJALANAN (Sambungan 7)
TELAGA HANG TUAH
Perigi
ini dipercayai mempunyai kaitan dengan Hang Tuah iaitu seorang pahlawan Melaka
yang terkemuka sekali di nusantara ini di zaman pemerintahan Kesultanan Melaka
(1398 – 1511)
Hang
Tuah dilahirkan di Kampung Duyung ini dan dipercayai telah menggali sendiri
perigi ini untuk kegunaannya.
Hang
Tuah adalah seorang yang berani, bijak dan pandai bermain senjata. Justru itu beliau dan rakan-rakannya, Hang
Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu dilantik sebagai Hulubalang oleh
Memanda Tun Perak ( Bendahara Melaka pada penghujung pemerintahan Sultan
Muzaffar Shah (1446 – 1458). Sebagai
seorang yang gagah perkasa beliau telah dapat meluaskan pengaruh Kerajaan Melayu
Melaka. Sebagai Laksamana pula beliau
telah berjaya mengharumkan nama Melaka ke seluruh Nusantara. Boleh dikatakan kegemilangan empayar Melaka
telah dicapai kerana kebijaksanaan Hang Tuah dan Tun Perak memerintah negeri.
Apabila
beliau mangkat (Tun Perak) pada pengujung kurun ke-15 jasad beliau dikebunian
di Tanjung Keling dengan penuh kehormatan dari Sultan Muzaffar Shah (1488 –
1528).
Pada
asalnya perigi ini adalah kecil tetapi lama-kelamaan ian telah menjadi besar
dan dalam. Ia dikatakan tidak pernah
kering walaupun di musim kemarau. Airnya
sentiasa jernih dan dikatakan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.
Kerajaan
telah membina kesekitaran perigi ini demi menjaga ia dari runtuh.
Mengikut
cerita dua orang pakcik yang kami temui, telaga ini asalnya sedalam 4 kaki
sahaja. Tetapi anehnya tidak pernah
kering. Jadi orang kampong mendalamkannya
sehingga sedalam 12 kaki.
“Pakcik,
bagaimana orang memastikan bahawa ini perigi Hang Tuah?”
“Begini…
mengikut cerita orang tua-tua, asalnya kampong Hang Tuah di kampong Duyung
inilah. Di sinilah Hang Tuah dan
rakan-rakannya yang empat itu dibesarkan.”
“Bagaimana
orang dapat pastikan?”
“Cerita
ini dari turun-temurun. Semua orang
kampong ini pasti dan maklum. Orang
kampong ni ramai yang bermimpi didatangi oleh seorang ‘datuk’ yang menyuruh agar lekukan air yang dikatakan
perigi ini dijaga dengan rapi. Jangan
ditimbus atau dibuat tak tentu hala padanya.
Tetapi hendaklah dijagai dan diawasi.
Bila ditanya di dalam mimpi itu, maka datuk itu menerangkan bahawa
itulah perigi tinggalan Datuk Hang Tuah”
Begitulah.
Dan telaga ini bukanlah sebarang telaga. Telaha ini ada hikmatnya. Telaga ini disuruh supaya ianya dijagai
dengan rapi. Wasiat mimpi kebanyakkan
orang kampong. Dan semua orang kampong,
melalui cerita rakyat mereka (cerita yang dituturkan dari mulut ke mulut dari
generasi ke generasi yang kemudian)
mengetahui dan maklum bahawa Hang
Tuah dan empat lagi rakannya yang gemilang sebagai pahlawan Melayu di zaman
Kesultanan Melaka silam itu adalah berasal dari kampong Duyung ini.
Pahlawan
melayu yang unggul itu pernah belajar di situ, bermain-main di situ semasa
mereka masih kecil dan bergalah di sungai di Kampung Duyung itu.
Dan
sebagai masyarakat tradisional Melayu yang patuh kepada wasiat, maka perigi ini
selalu dijaga turun temurun dan airnya dimanfaatkan untuk bersuci dan bewudhu
juga diminum bagi menyembuhkan penyakit.
Begitulah kepercayaan yang kukuh dapat melegakan kesakitan dan perasaan.
Di
mana logiknya jika mahu disukat pada sudut pemikiran kita bahawa air ini boleh
menyembuhkan beberapa penyakit!
Dapatkah
dikatakan ini adalah satu metos masyarakat Kampung Duyung?
Tidak
ada yang berani mencabul telaga ini sehingga kini! Melainkan menghormatinya belaka! Sebagai pusaka hulubalang Melayu terbilang –
Wira bangsa Melayu yang tinggi imejnya di dada setiap bangsa Melayu – Bangsa
Malaysia?
Sementara
rakanku bercerita dengan seorang lagi pakcik yang berketayap, berbadan gempal,
pendek, yang kelihatannya kaki pemalas.
Aku mencedok air perigi Hang Tuah ini (memang ada baldi yang disediakan
di situ) Aku membasuh muka dan tengkuk,
membasahkan rambut agar agar sejuknya dapat mententeramkan fikiran. Oh… Alangkah nyamannya rasa ketika air
menyerap ke dalam kulit.
“Datuk
Hang Tuah… Izinkan aku meminum seteguk air dari telagamu ini”
Aku
mencecap sedikit air ke lidah, merasainya tidak kelat atau masam, aku menghirup
seteguk dengan rakus. Kerongkongku
terasa nyaman. Terasa kerongkongku
disimbahi oleh air hikmat ini seolah batu bukit di tengah lereng curam
disimbahi air dari puncak yang hijau dan tinggi – pemendapan dari awan
yang putih bersih, ditiup bayu lembut selembut sutera.
Seteguk
air dari telaga Hang Tuah ini menyegarkan rasa kerana dalam perjalanan kemari
tadi terasa juga aku dahaga.
Dari
Bandar Melaka kalau mahu ke Kampung Duyung ini kenalah menaiki bas ‘Kampung
Katil’ dari stesen bas Melaka. Bayar
saja 40sen dan berhenti di satu persimpangan di mana ada terjumpa sebuah masjid
lama. Turun bas di situ. Lepas itu ke mana?
“Bagaimana
mahu ke Telaga Hang Tuah, pakcik?”
Tanyaku pada konduktor bas.
“
Begini… Awak datang dari mana?” balasmya seolah mahu memulakan penerangan pada
mulanya tetapi menukarkan kepada pertanyaan pula kepada kami.
“Oo…
kami dari Perak”
“Habis
melancung ke mari…” katanya berbaur antara pertanyaan dan jawaban.
Kami
mengangguk. Bas meluncur perlahan kerana
jalan di sini agak sempit dan dihalangi oleh lubang-lubang jalan yang tidak
dibaiki.
“Begini…
apabila jumpa masjid, awak turun. Tak
apalah, saya akan turunkan awak nanti.
Lepas itu awak berjalan kaki terus ke depan. Oh ya…disimpang itu nanti ada ‘rumah buruk’…
jalan saja ke depan lagi… nanti jumpalah awak, atau tanya saja orang kampong di
situ.”
Aku
menelan setiap penerangan itu dengan berhati-hati. Setelah faham aku mengangguk dan diam. Teringat aku semalam ketika aku bersembang
dengan Apex pencuci bilik hotel pada waktu larut malam.
“Dan
pergi telaga Hang Tuah?” Tannyanya
kepada aku setelah lama aku bersembang dengannya.
“Belum
lagi” Balasku. “Tak tahu macam mana nak ke sana” Sambungku lagi.
Seterusnya
dia menerangkan…
“Lu
pergi naik bas ‘Kampung Katil’ dan jumpa masajid lu petik loceng. Lu turun dan lu jalan terus depan hingga lu
jumpa satu ‘rumah buruk’. Lu lagi jalan
terus depan nanti lu jumpa”
Satu
lagi keterangan bagaimana mahu ke Telaga Hang Tuah ini aku dapat dari Apex yang
bekerja sebagai kerani hotel ini. Apa
yang menarik perhatianku mahupun keterangan dari Apex pencuci hotel, Apex
kerani hotel mahupun keterangan dari konduktor bas ini semua ada menerangkan
begini ‘Apabila jumpa satu ‘rumah buruk’ jalan ke depan terus’
Rumah
buruk? Seburuk manakah? Mengapa ketiga-tiga keterangan ini perlu
menyebutkan ‘rumah buruk’ dala ilustrasi mereka? Oh kalau begitu rumah buruk itu tentu popular
agaknya. Sebagai pedoma pelancung
juga. Kalau begitu siapa yang tinggal di
rumah buruk itu?
Bas
meluncur dan fikiranku meluncur juga.
Menapak setelah turun dari bas , tak lama jumpalah aku dengan rumah
buruk itu. Inilah rupanya rumah buruk
yang diperkatakan oleh mereka yang sememangnya buruk dan robek. Semasa mahu pulang dari telaga Hang Tuah ini
terdengarlag sang ibu mendodoikan anaknya yang sedang mahu lena di rumah yang
robek itu. “Oh rumah yang robek,
sebenarnya engkau selalu menjadi pedoman tanpa engkau merasinya!
“Dodoi.
Si dodoi. Dodoi si dodoi. Tidurlah sayang.. Tidurlah sayang…” Aku terdengar suara kasih seorang ibu yang
membuaikan buaian anaknya supaya si anak manja itu dapat tidur dengan
lena. Hang Tuahkah yang mahu dilelapkan
oleh sang ibu itu?
Sesungguhnay
benar katamu Tuah.. “Tak Melayu hilang di dunia”
+ + +
+ + + + +
HANG
TUAH – KE MANA MENGHILANG?
Aku menapak ke sumurmu Datuk
Meneguk air jernih yang hikmat
Telaga pusaka yang engkau tinggalkan ini
Zaman berzaman tak kenal kemarau
Di mana lagi warismu di bumi Melaka ini
Di manakah kepahlawananmu kaukuburkan
Atau hikmat batimnu kauhanyutkan ke selat mana
Ke bukitkah. Ke gunungkah
Kau menghilang diri
Tidakkah engkau merasakan
Kami menapak mencarimu
Memohon restu mempelajari langkah.
Telaga Hang Tuah
3.5.85
Tiada ulasan:
Catat Ulasan