04 Januari 2021

 Catatan Perjalanan ke Jogja2

Semasa di dalam bus menuju ke pantai Indrayanti, si Fakir - pemandu pelancong kami berkomentar dan memberi beberapa penjelasan dan penerangan.
Yang aku tertarik apabila dia membicarakan tentang bahasa. Katanya orang tua-tua di sini tak begitu faham akan bahasa orang Malaysia. Tapi remaja dan kanak-kanak Indonesia lebih memahami lenggok bahasa melayu Malaysia.
Akupun bertanya sebab apa.
Si Fakir menjelaskan remaja dan anak-anak di sini sangat meminati cereka bersiri Upin/Ipin dan Boboiboy. Kesanya mereka dapat memahami lenggok bahasa melayu dengan lebih baik. Katanya mereka faham dan turut menggunakan beberapa perkataan yang tidak digunakan dalam bahasa Indonesia seperti datuk, opah, kakak dan banyak lagi. Mereka mengajuk-ajukkan percakapan itu sesama mereka.
Dan begitulah besarnya kesan filem cereka dalam mengembangkan bahasa.
Kita harus berterima kasih kepada karyawan kita yang menghasilkan filem cereka bersiri tersebut. Dan menurut Fakir filem cereka itu mempunyai jutaan peminatnya yang terdiri dari kanak-kanak, remaja dan juga orang dewasa.
Semuga penyatuan bahasa serumpun ini dapat direalisasikan dengan cara ini.
17.3.16

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih