04 Januari 2021

 Biarpun...

Di sini saban waktu mimpiku menjalar
Terasa mahu terbang umpama burung camar
Menginap kamar malam bersamamu
Membahagiakan waktu berdua di ranjang hidup
Oo kekasih
Biarpun sayap kupatah
Oleh hentakan jubin jubin di langit
Namun kan kuterbang jua
Menemuimu
6.11.15

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih