04 Januari 2021

 Catatan Perjalanan ke Jogja1

Tanggal 12 hingga 15 mac 2016 aku berkesempatan berkunjung ke daerah istimewa Jogjakarta atau ia lebih dikenali dengan Jogja sahaja.
Semasa aku meninjau satu-satunya kedai buku di lapangan terbang Adi Sutjipto, aku berniat untuk mencari buku fiksi atau novel penulis-penulis terkenal seperti Pramoedya Anantatoer atau Chairil Anwar atau Mokhtar Lubis atau Nh. Dini atau Ahmad Fuadi sekedar menyebut beberapa nama yang aku ingat.
Akupun meneliti dari satu rak ke satu rak tapi tak kutemui. Lantas aku bertanya kepada penjaga kedai buku yang merupakan seorang anak muda yang kelihatan ‘educated’ .
“Ya bapak” tanyanya sebaik menyedari aku datang menghampirinya di mesin kirawang.
“Saya mencari ruang fiksi atau novel” balasku padanya.
Dia dengan bingkas membawaku ke rak yang dimaksudkan itu. Sementara aku mengekurinya.
“Nah…di sini aja” jelasnya sambil menuding rak yang berkenaan.
Akupun lantas memerhatikan rak yang dipenuhi dengan buku-buku novel yang terpapar.
Ironi…tidak ada satupun karya tempatan yang dipaparkan. Semuanya novel luar - dari pengarang luar negara berbahasa Inggeris atau belanda.
“Wah…mana karya dari tempatannya” segera aku bertanya.
“Tak ada bapak….itu aja yang ada” dengan selamba dia menjawab kataku…
“Buku-buku ni saya boleh dapat di tempat-tempat lain” kataku secara sinis. Aku pasti dia faham bahawa maksudku buku-buku ini boleh sahaja didapati di toko-toko di negara yang pengarangnya berada.
“Saya ke sini sudah tentu ingin mencari buku-buku hasil karya tempatan, untuk saya bawa pulang sebagai kenangan” aku menyambung.
“Enggak ada” jawabnya dengan selamba sambil pergi ke mesinkiranya semula.
17.3.16
Paridah Ali, Rogayah Faizah dan 6 yang lain
Suka
Komen
Kongsi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih