04 Januari 2021

 Atuk cukup berang dengan ayah. Atuk memang berang marahkan ayah. Atuk berang dengan ayah bukan pasal ayah bagi balik duit derma yang dikatakan orang bagi tu. Bukan pasal tu. Bukan. Bukan…

Atuk berang sebab geran tanah yang tuk simpan dalam gubuk di biliknya tetiba hilang. Ghaibul ghuyub. Entah ke mana. Jenuh dicarinya merata tapi tak juga ada.
“Ini semua ayah kamu punya pasal” Atuk menggomel kepada kami satu petang semasa aku dan abang long pergi ke rumah atuk. Rumah atuk bukan jauhpun dari rumah kami. Aku lihat atuk marah bukan main lagi. Opah diam je tak kata apapun. Nak kata opah tenangkan atau redakan kemarahan atukpun tak jugak. Opah hanya diam je…tah apa yang opah fikir pun aku tak tahu. Tah tah opahpun marah kat ayah juga. Agaknya…
“ Ni misti ayah kamu yang ambil geran ni…tah-tah dia dah jual tanah tu…habis-habis” Atuk melepaskan geramnya pada kami. Aku dan abang long diam je. Tak berani nak kata apa. “Patutlah ayah kamu dengan mak kamu jalan sana sini macam orang kaya je…sejak dua menjak ni..”
Kami melopong kebingungan.
Takkanlah ayah boleh curi geran atuk dan senang-senang je jual tanah atuk tu. Mana boleh gitu. Misti…
Tetiba atuk membentak kepada kami “Ah…ayah kamu tu bukan boleh dipercayai. Macam-macam pelik dia boleh buat…tah-tah dia suap orang pejabat tanah..sapa tahu…aku tahu benar perangai ayah kamu tu…” suara atuk lebih kuat lagi melepaskan geramnya pada kami.
Eh…tentu atuk lebih tahu perangai ayah dari kami…tentu.. sebab ayah adalah anak dia. Dia yang didik ayah dengan opah. Tentu atuk lebih maklum dari kami. Tentu…

14.2.16

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih