fauzim8: EKPERIMENT DICACATAN PERJALANAN (Sambungan 6)
Ko...: EKPERIMENT DICACATAN PERJALANAN (Sambungan 6) Kota Melaka zaman Portugis DI BUKIT CINA ‘Perigi Raja adalah perigi yang tert...
24 April 2020
fauzim8: EKPERIMEN DICACATAN PERJALANAN (Sambungan 7)TE...
fauzim8: EKPERIMEN DICACATAN PERJALANAN (Sambungan 7)
TE...: EKPERIMEN DICACATAN PERJALANAN (Sambungan 7) TELAGA HANG TUAH Perigi ini dipercayai mempunyai kaitan dengan Hang Tuah iaitu se...
TE...: EKPERIMEN DICACATAN PERJALANAN (Sambungan 7) TELAGA HANG TUAH Perigi ini dipercayai mempunyai kaitan dengan Hang Tuah iaitu se...
21 April 2020
EKPERIMEN DICACATAN PERJALANAN (Sambungan 7)

TELAGA HANG TUAH
Perigi
ini dipercayai mempunyai kaitan dengan Hang Tuah iaitu seorang pahlawan Melaka
yang terkemuka sekali di nusantara ini di zaman pemerintahan Kesultanan Melaka
(1398 – 1511)
Hang
Tuah dilahirkan di Kampung Duyung ini dan dipercayai telah menggali sendiri
perigi ini untuk kegunaannya.
Hang
Tuah adalah seorang yang berani, bijak dan pandai bermain senjata. Justru itu beliau dan rakan-rakannya, Hang
Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu dilantik sebagai Hulubalang oleh
Memanda Tun Perak ( Bendahara Melaka pada penghujung pemerintahan Sultan
Muzaffar Shah (1446 – 1458). Sebagai
seorang yang gagah perkasa beliau telah dapat meluaskan pengaruh Kerajaan Melayu
Melaka. Sebagai Laksamana pula beliau
telah berjaya mengharumkan nama Melaka ke seluruh Nusantara. Boleh dikatakan kegemilangan empayar Melaka
telah dicapai kerana kebijaksanaan Hang Tuah dan Tun Perak memerintah negeri.
Apabila
beliau mangkat (Tun Perak) pada pengujung kurun ke-15 jasad beliau dikebunian
di Tanjung Keling dengan penuh kehormatan dari Sultan Muzaffar Shah (1488 –
1528).
Pada
asalnya perigi ini adalah kecil tetapi lama-kelamaan ian telah menjadi besar
dan dalam. Ia dikatakan tidak pernah
kering walaupun di musim kemarau. Airnya
sentiasa jernih dan dikatakan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.
Kerajaan
telah membina kesekitaran perigi ini demi menjaga ia dari runtuh.
Mengikut
cerita dua orang pakcik yang kami temui, telaga ini asalnya sedalam 4 kaki
sahaja. Tetapi anehnya tidak pernah
kering. Jadi orang kampong mendalamkannya
sehingga sedalam 12 kaki.
“Pakcik,
bagaimana orang memastikan bahawa ini perigi Hang Tuah?”
“Begini…
mengikut cerita orang tua-tua, asalnya kampong Hang Tuah di kampong Duyung
inilah. Di sinilah Hang Tuah dan
rakan-rakannya yang empat itu dibesarkan.”
“Bagaimana
orang dapat pastikan?”
“Cerita
ini dari turun-temurun. Semua orang
kampong ini pasti dan maklum. Orang
kampong ni ramai yang bermimpi didatangi oleh seorang ‘datuk’ yang menyuruh agar lekukan air yang dikatakan
perigi ini dijaga dengan rapi. Jangan
ditimbus atau dibuat tak tentu hala padanya.
Tetapi hendaklah dijagai dan diawasi.
Bila ditanya di dalam mimpi itu, maka datuk itu menerangkan bahawa
itulah perigi tinggalan Datuk Hang Tuah”
Begitulah.
Dan telaga ini bukanlah sebarang telaga. Telaha ini ada hikmatnya. Telaga ini disuruh supaya ianya dijagai
dengan rapi. Wasiat mimpi kebanyakkan
orang kampong. Dan semua orang kampong,
melalui cerita rakyat mereka (cerita yang dituturkan dari mulut ke mulut dari
generasi ke generasi yang kemudian)
mengetahui dan maklum bahawa Hang
Tuah dan empat lagi rakannya yang gemilang sebagai pahlawan Melayu di zaman
Kesultanan Melaka silam itu adalah berasal dari kampong Duyung ini.
Pahlawan
melayu yang unggul itu pernah belajar di situ, bermain-main di situ semasa
mereka masih kecil dan bergalah di sungai di Kampung Duyung itu.
Dan
sebagai masyarakat tradisional Melayu yang patuh kepada wasiat, maka perigi ini
selalu dijaga turun temurun dan airnya dimanfaatkan untuk bersuci dan bewudhu
juga diminum bagi menyembuhkan penyakit.
Begitulah kepercayaan yang kukuh dapat melegakan kesakitan dan perasaan.
Di
mana logiknya jika mahu disukat pada sudut pemikiran kita bahawa air ini boleh
menyembuhkan beberapa penyakit!
Dapatkah
dikatakan ini adalah satu metos masyarakat Kampung Duyung?
Tidak
ada yang berani mencabul telaga ini sehingga kini! Melainkan menghormatinya belaka! Sebagai pusaka hulubalang Melayu terbilang –
Wira bangsa Melayu yang tinggi imejnya di dada setiap bangsa Melayu – Bangsa
Malaysia?
Sementara
rakanku bercerita dengan seorang lagi pakcik yang berketayap, berbadan gempal,
pendek, yang kelihatannya kaki pemalas.
Aku mencedok air perigi Hang Tuah ini (memang ada baldi yang disediakan
di situ) Aku membasuh muka dan tengkuk,
membasahkan rambut agar agar sejuknya dapat mententeramkan fikiran. Oh… Alangkah nyamannya rasa ketika air
menyerap ke dalam kulit.
“Datuk
Hang Tuah… Izinkan aku meminum seteguk air dari telagamu ini”
Aku
mencecap sedikit air ke lidah, merasainya tidak kelat atau masam, aku menghirup
seteguk dengan rakus. Kerongkongku
terasa nyaman. Terasa kerongkongku
disimbahi oleh air hikmat ini seolah batu bukit di tengah lereng curam
disimbahi air dari puncak yang hijau dan tinggi – pemendapan dari awan
yang putih bersih, ditiup bayu lembut selembut sutera.
Seteguk
air dari telaga Hang Tuah ini menyegarkan rasa kerana dalam perjalanan kemari
tadi terasa juga aku dahaga.
Dari
Bandar Melaka kalau mahu ke Kampung Duyung ini kenalah menaiki bas ‘Kampung
Katil’ dari stesen bas Melaka. Bayar
saja 40sen dan berhenti di satu persimpangan di mana ada terjumpa sebuah masjid
lama. Turun bas di situ. Lepas itu ke mana?
“Bagaimana
mahu ke Telaga Hang Tuah, pakcik?”
Tanyaku pada konduktor bas.
“
Begini… Awak datang dari mana?” balasmya seolah mahu memulakan penerangan pada
mulanya tetapi menukarkan kepada pertanyaan pula kepada kami.
“Oo…
kami dari Perak”
“Habis
melancung ke mari…” katanya berbaur antara pertanyaan dan jawaban.
Kami
mengangguk. Bas meluncur perlahan kerana
jalan di sini agak sempit dan dihalangi oleh lubang-lubang jalan yang tidak
dibaiki.
“Begini…
apabila jumpa masjid, awak turun. Tak
apalah, saya akan turunkan awak nanti.
Lepas itu awak berjalan kaki terus ke depan. Oh ya…disimpang itu nanti ada ‘rumah buruk’…
jalan saja ke depan lagi… nanti jumpalah awak, atau tanya saja orang kampong di
situ.”
Aku
menelan setiap penerangan itu dengan berhati-hati. Setelah faham aku mengangguk dan diam. Teringat aku semalam ketika aku bersembang
dengan Apex pencuci bilik hotel pada waktu larut malam.
“Dan
pergi telaga Hang Tuah?” Tannyanya
kepada aku setelah lama aku bersembang dengannya.
“Belum
lagi” Balasku. “Tak tahu macam mana nak ke sana” Sambungku lagi.
Seterusnya
dia menerangkan…
“Lu
pergi naik bas ‘Kampung Katil’ dan jumpa masajid lu petik loceng. Lu turun dan lu jalan terus depan hingga lu
jumpa satu ‘rumah buruk’. Lu lagi jalan
terus depan nanti lu jumpa”
Satu
lagi keterangan bagaimana mahu ke Telaga Hang Tuah ini aku dapat dari Apex yang
bekerja sebagai kerani hotel ini. Apa
yang menarik perhatianku mahupun keterangan dari Apex pencuci hotel, Apex
kerani hotel mahupun keterangan dari konduktor bas ini semua ada menerangkan
begini ‘Apabila jumpa satu ‘rumah buruk’ jalan ke depan terus’
Rumah
buruk? Seburuk manakah? Mengapa ketiga-tiga keterangan ini perlu
menyebutkan ‘rumah buruk’ dala ilustrasi mereka? Oh kalau begitu rumah buruk itu tentu popular
agaknya. Sebagai pedoma pelancung
juga. Kalau begitu siapa yang tinggal di
rumah buruk itu?
Bas
meluncur dan fikiranku meluncur juga.
Menapak setelah turun dari bas , tak lama jumpalah aku dengan rumah
buruk itu. Inilah rupanya rumah buruk
yang diperkatakan oleh mereka yang sememangnya buruk dan robek. Semasa mahu pulang dari telaga Hang Tuah ini
terdengarlag sang ibu mendodoikan anaknya yang sedang mahu lena di rumah yang
robek itu. “Oh rumah yang robek,
sebenarnya engkau selalu menjadi pedoman tanpa engkau merasinya!
“Dodoi.
Si dodoi. Dodoi si dodoi. Tidurlah sayang.. Tidurlah sayang…” Aku terdengar suara kasih seorang ibu yang
membuaikan buaian anaknya supaya si anak manja itu dapat tidur dengan
lena. Hang Tuahkah yang mahu dilelapkan
oleh sang ibu itu?
Sesungguhnay
benar katamu Tuah.. “Tak Melayu hilang di dunia”
+ + +
+ + + + +
HANG
TUAH – KE MANA MENGHILANG?
Aku menapak ke sumurmu Datuk
Meneguk air jernih yang hikmat
Telaga pusaka yang engkau tinggalkan ini
Zaman berzaman tak kenal kemarau
Di mana lagi warismu di bumi Melaka ini
Di manakah kepahlawananmu kaukuburkan
Atau hikmat batimnu kauhanyutkan ke selat mana
Ke bukitkah. Ke gunungkah
Kau menghilang diri
Tidakkah engkau merasakan
Kami menapak mencarimu
Memohon restu mempelajari langkah.
Telaga Hang Tuah
3.5.85
17 April 2020
DI BUKIT CINA
‘Perigi Raja adalah perigi yang tertua di
Semenanjung Malaysia. Ianya telah digali
atas perintah Sultan Mansur Shah (1458 – 1477) untuk isterinya seorang puteri
dari China – Hang Li Poh. Perigi Raja
ini disebut sebagai Perigi Hang Li Poh atau Perigi Sam Poh. Perigi ini terletak di pinggir Bukit
Cina. Air perigii ini bersih dan boleh
diminum serta tidak pernah kering. Menurut
cerita lagenda siapa yang meminum air perigi in, mereka akan balik semula ke
negeri ini, Melaka.
Pada tahun 1551 askar-asakr dari Johor tealh membubuh racun ke
dalam perigi ini. Disebabkan itu 200
orang Portugis telah mati.
Pada tahun 1606, Belanda pula menaruh racun diikiti oleh Acheh
dalam tahun 1628 – 1629.
Setelah Melaka mendapat takluk Belanda mereka sedar akan
kepentingan perigi ini dan telah mendirikan kota kecil lengkap dengan meriam
disekeliling perigi dan rumah-rumah penjaga supaya perigi ini tidak dapat
dibubuh racun.
Pada ketika pemerintahan orang Inggeris, perigi ini tidak
dipedulikan dan rumah-rumah penjaganya turut runtuh.’
Perigi ini bergaris pusat lebik kurang 10 kaki dan berturap
bata-bata yang besarpada tebing telaganya.
Telaga ini dalam da nada airnya lagi.
“Berapa dalam cinta kasih Sultan Mansur rerhadap Puteri Hang Li
Poh? Kalau nak tahu kau terjunlah ke
dalam perigi ini” kataku pada Zamri.
Tugu peringatan orang Tionghua ini bersebelahan dengan Telaga Hang
Li Poh. Berdepan dengan Jalan Bukit Cina
(Jalan Munshi Abdullah)
Tugu peringatan ini dibina hasil daripada peringatan kaum Tionghua
terhadap masyarakat cina yang mati mangsa askar Jepun. Orang cina telah mengumpulkan tulang-tulang
datuk nenek mereka yang diseksa dan mati dibunug oleh Jepun dan menanamkannya
semula di kawasan tugu ini.
Ketika di tugu ini kau kehilangan Zamri. Mana dia?
Aku masuk mencarinya di rumah berhala Cina di kaki Bukit Cina ini. Bahala ini sungguh antic. Berwarna merah dan banyak ukiran. Ketuaan usianya menarik lebih ramai pelancung
ditambah oleh riwayat hidup bahala ini yang unik. Seorang Germa, agak aku, bercakap German
kepadaku. Betulkah orang German
ini? Sambil menudingkan jari kea rah
Telaga Hang Li Poh itu dia bercakap kepadaku.
Semasa itu hanya aku dan dia sahaja.
Waktu intu petang pukul 6 hari 2/5/85.
Aku menggangguk sahaja dan dia terus berlalu dari situ.
Masuk ke rumah Bahala ini seorang diri apatah lagi diwaktu petang
pula agak terasa seram juga. Hanya
beberapa orang cina sahaja di situ yang asyik dengan kerja mereka tanpa
memperdulikan kehadiran aku di situ. Dan
begitulah agaknya gelagat mereka kepada pelancung-pelancung lain. Barangkali kebiasaan dilawati pelancung yang
berbagai ragam dan warna yang menyebabkan mereka bersikap begitu. Ketidakacuhan mereka terhadap kehadiran aku
di situ menyebbakan gusrku beransur nipis.
Kemudian aku menaiki anak tangga di kaki Bukit Cina yang terkenal
ini. Bukit Cina ini tinggi juga, adalah
setinggi Bukit St Paul tetapi ia lebih luas.
Bari gigi bukit sehingga ke kemuncaknya, kiri dan di kanan jalan
tangga ini dipenuhi oleh Jerat-Jerat (Kubur) Cina. Ada yang antic binaannya – kuburan yang
terlalu lama usianya. Petang-petang di
Bukit Cina ini ramai orang yang jogging memanjat anak tangga. Di puncak sekali kedapatan tanah yang
rata. Dari sini dan suasana petang
begini (lebih kurang jam 6.30 petang) aku memandang dikelilingan Bukit
Cina. Satu suasana yang
mengharukan. Bukit Cina kembar dua
semacam buah dada. Memandang di
sekeliling dari kemuncak Bukit Cina ini dapat diilustrasikan begini;
Nun di kejauhan langit merah menyala. Matahari mahu terbenam ke dada laut yang
sayup. Nampak seolah Bandar Melaka ini
dikelilingi laut.
Di sekeliling Bukit Cina inilah bandar-bandar (bangunan) yang
berselerak. Si suatu sudut sebelah timur
kedapatan satu padang yang luas. Begitu
indah oleh keredupan petang yang gemilang ini.
Pohon yang rending sementara nun dikejauhan lagi ada kawasan
perkampungan yang aman.
Seluruh kawasan yang berhampirang dengan Bukit Cina ini terdapat
bangunan-banguan batu mengeram bumi.
Jalan berselirat membiarkan kepada kenderaan yang tidak
putus-putus. Apakah yang dicari oleh
manusia (mereka)?
Dan di lereng bukit ini sehingga kemuncaknya – ialah jasad-jasad
yang besemadi. Begitu luas dan begitu
banyak jasad yang telah pergi namun begitu banyak warisan mereka yang masih
merayap di sisi Bukit Cina ini.
Sunyinya Bukit Cina ini, tetapi betapa berselraknya manusia di
selelilingmu membentuk hidup.
Dan di suatu suduk Bukit Cina ini berhadapan dengan Jalan Munshi
Abdullah ada sekelompok tanah perkuburan orang Islam. Nampaknya tanah perkuburan ini seperti tanah
perkuburan orang Islam yang lain, tetapi ia mempunyai usia perkuburan yang lama
dan tua. Oleh kerana petang sudah agak
tua, kami tidak memasuki tanah perkuburan ini dan hanya melihatnya dari luar
sahaja.
Bukit Cina baru-baru ini menjadi isu kontroversi. Memajukan Bukit Cina wajar bunyinya disukat
dari timbangan kemajuan. Adakah begitu
dari sudut sejarah dan kemanusiaan?
Milik siapa Bukit Cina ini?
Apakah ianya harus dibiarkan satu kawasan berbentuk ‘Gheto’ untuk
orang-orang cina? Bukit Cina perlu
diawasi oleh pihak berwajib tetapi bukan untu diroboh dan diubah!
Kerna riwayatnya adalah juga riwayat kita.
Apex hotel ni beritahu ada orang telefon kami. Siapa?
Agaknya si Ani dan Ida..)
BUKIT CINA
Disekelilingmu
Ada hutan batu terpacak teguh
Tidakkah engkau terjaga
Dari tidurmu yang lena
Oleh kebisingan jentera dan manusia?
Bukit Cina
Bagai raksaksa sedang lena beradu
Di belai bayu
Ketika petang dating
Matahari mengucapkan selamat malam
Kepadamu
Sedang di ufuk
Ada warna ngeri
Soldadu-soldadu berpakaian besi
Menghampirimu
Ketahuikah engkau
Mereka-mereka itu
Adalah warisan yang engkau tinggalkan.
Dibukit cina petang
2/5/85
16 April 2020
10 April 2020
EKPERIMENT DICATATAN PERJALANAN (SAMBUNGAN 5)
3. PERKENALAN YANG TAK DIDUGA (ANI & IDA)
Duduk-duduk
di atas bangku Taman Hiburan ini terasa lelah berlalu. Angin yang bertiup sesepoi bahasa
memungkinkan ketenangan yang gemilang.
Kehijauan pohon di taman rekreasi buatan manusia ini setidaknya adalah
tempat manusia yang lelah dan berserabut merungkaikan segala kerumitan. Di sisilah tempat mengahlau segala
kerunsinagn yang menggugat. Dan
daun-daun hiuaju begitu menenangkan.
B|egitulah butane Tuhan yang azali.
Apa
yang dicari dalam hidup. Duduk di bangku
ini falsafah itu kembali mengiang. Dan
kami di kembara ini telahpun berada di fasa yang baru dari biasa. Dua orang gadis yang kami jumpa di Gereja St
Paul tadi Nampak dari riaksinya ingin mengenali kami. Dan kamipun begitu. Tapi bagaimana permulaannya? Bagaimana mamhu memulai fasa yang ini? Kamikah atau merekakah yang harus memulai
bergerak ke arah perkenalan ini?
Dan
memlaui renungan mereka terbit padanya, mereka ingin merapati dan mengenali
kami. Sekurang-kurangnya mahu tahu siapa
kami dan bolehlah teman bersama berjalan sambil berbual. Memang begitulah. Kamipun sepertinya juga – ingin mengenali
mereka. Siapa? Adakah mereka pelajar university yang
melancung. Oh kalau begitu alangkan
kecilnya kami.
Begitu
gaya corak fikiran sudah cukup untuk menghalang kami dari bergerak ke arah
mereka. Dab khayal dbiarkan berlegar di
puncak kepala keawangan dan khayalan merekapun begitu kukira. Khayalan inilah yang mempertemukan kami di
Taman Hiburan ini. Sekurang-kurang
mereka yang bergerak dahulu kepada kami dan kami menegur mereka ‘nak ke
mana’. Memang begitulah perkenalan
bermula agaknya. Sipemberi dan
sipenerima. Sebalan riak pergerakan
adalah alas an semata!
Ani
dan Ida begitulah nama mereka setelah berkenalan dan hulur tangan.
Inilah
satu fasa baru dalam kembara kami. Lebih
kurang jam 1.30 petang fasa itu dimulai.
Lanjut sehingga ke 3.30 petang.
Kami seterusnya mengikut bersama shoping di jalan Bunga Raya. Di sini banyak shoping komplek yang besar-besar. Sesingkat masa tetpai perkenalan ini di rasai
jauh rapatnya. Naik bas bersama dari
Taman Hiburan sehingga membeli belah bersama banyak yang dapat dikenali
walaupun terlalu banyak rahsia yang tersimpan.
Perempan pada permulaan kenalanya selalu bersifat rahsia. Takut bercerita dan menyimpan peribadi diri
sedapat mungkin. Jika ditanya mereka
begitu rapi mengeluarkan maklumat agar jawaban hanya cukup sempit setakat yang
perlu sahaja. Begitulah wanita. Rahsia dan wanita. Sedarlah mereka bahawa rahsia selalu
memalukan mereka? Sedarkah mereka rahsia
bukanlah seorang rakan yang selalu setia?
Apakah yang lebih baik dari berterus terang?
Satu
kelemahan diriku – kadang-kadang aku terlalu dungu dalam mengenali apa ertinya
kata-kata seorang gadis. Itulah
kelemahan yang begitu lama terpengap di dalam diri. Begitu juga untuk mengakhiri sesebuah
pertemuan yang tidak dirancang seperti ini, akau begitu dungu apa yang harus
dibuat. Apa yang harus diberi demi agar dertik perkenalan ini dihayati dan
selalu menjadi manis.
Ani
dan Ida, sekurang-kurangnya begitulah nama mereka yang hanya diberi berasal
dari Kuala Terengganu. Datang ke Melaka
ini di rumah abang Ida, di jalan Bukit China.
Mereka melancung seperti kami juga.
Duduk
makan tengahari bersama di gerai di jalan Taman. Bercerita dan berjenaka. Aku dan Zamri. Ani dan Ida.
Waraskah
membeli sesuatu (bukan yang mahal tetapi yang murah) untuk seorang kenalan
dijalanan seperti ini terutama apabila pada hujung perjumpaan itu? Waraskah berbuat begitu? Zamri rakanku membelikan sesuatu untuk
Ida. Sebenarnya ketika berjalan kami ‘couple’
berdua-dua. Ani bersamaku dan Ida
bersama Zamri. Dan Ida mebelikan sesuatu
untuk Zamri sebagai balasan.
Semua
perkara ini setelah aku pulang ke hotel baru aku ketahui dari cerita
Zamri. Dan aku teringat patutlah Si Ani
bertanya padaku disuatu ketika “Apakah yang harus dibeli untuk seorang kawan
laki-laki?’
“Kawan
macam mana? Sudahkah lama berkenalan atau
baru? Special atau tidak?” Soalku pada Ani secara dungu tanpa mengerti
apakah yang dimaksudkan oleh Ani.
“Kawan
macam Fauzi ni” katanya.
Dan
aku sampai matipun tidak teringat yang Ani mahu membelikan aku hadiah itu. Kerna Ani tahu yang Ida ada mebeli hadiah
untuk Zamri. Sebenarnya dia mahu
bertanya apa barangan yang aku suka!
Apa
jawabanku? “Hadiah barang belian
bukanlah satu kemestian untuk seorang rakan.
Mencukupi sebiji batu asalkan itu membawa erti yang sentimental value!” Kataku berfalsafah yang pada maksudku Si Ani
mahu membelikan untuk kenalannya yang lain.
Satu falsafah yang dungu!
Oh
ya melalut.. Berjalan-jalan di Bandar Melaka
ini agak sibuk juga keadaan. Cuaca
seperti lain-lain tempat sentiasa panas yang melesukan.
Sehingga
jam 3 setengah petang perkenalan kami dalam satu dari fasa kembara ini
berakhir. Ani dan Ida naik bas untuk ke
rumah abangnya. Aku dan zamri ke Hotel
Cathy yang kami sewa di jalan Munshi Abdullah ini.
**************************************************
Pukul
12 suku kami sampai di Taman Hiburan Melaka di tepi laut. Di dalam taman Hiburan ini ada batu St
Francis Xavier yang kononnya pada suatau masa dahulu batu ini (iaitu di sisi
Taman Hiburan ini) berada di tengah laut dan batu ini tidak ditenggelami air
walaupun ombak setinggi manapun. Di atas
batu inilah St Francis Xavier mengibaskan habuk kasutnya ketika singgah
berlayar. Batu ini kini dibuat satu bulatan
gelung oleh pengkaji sejarah akan terletak di tengah Taman Hiburan ini. Taman Hiburan ini asalnya ialah laut yang
telah ditebusguna oleh tamadun manusia.
Semasa
menunggu bas di perhentian bas di sudut padang Bandaran inilah aku berkesempatan
melihat batu St Francis Cavier ini bersama Ani Terengganu. Itupun aku ajak dia. Sementara si Zamri entah apa yang
disembangnya pada si Ida.
Mengingat-ingat
kembali tentang perkenalan itu, ada baiknya juga. Ini merupakan kurniaan semata. Terengganu bolehlah kami lawati sekiranya
masa berkesempatan nanti. Bersesuain
dengan falsafahku ‘Luas berjalan, luaslah penglihatan lantas meluaskan
pengalaman’ Inikah satu anugerah? Dalam proses melicinkan lagi cita-citaku
untuk menjelajah ke timur Malaysia ini?
“kalau
kami ke Terengganu nati boleh tunggu tak?”
tanyaku memesrakan perkenalan semasa makan tengahari.
“Oh..
boleh.. kami boleh tunggu.. datanglah” balas si Ida. Benarkah ini satu ‘boleh’? atau sengaja mahu
memesrakan perkenalan itu saja?
“Engkau
orangpun wlcome to Perak”
Selepas
itu banyaklah celoteh yang diperkatakan demi membuatkan persahabatan ini tidak
menjadi bisu.
Kalau
aku ke Terengganupun barangkali aku akan pergi semasa iannya banjir kerana
kembaranya aku bukan untuk melihat hilai dan tawa sang manusia ini saja tetapi
merasakan saat-sata duka dan tangisnya juga.
(2 mei 1985 di hotel)
BUKIT ST PAUL
bukit St Paul
begitu kenyang
engkau memamah sejarah
di perutmu yang
buncit itu!
di dadamu
berdiri kukuh
gereja khatolik yang tertua
gagasan tamadun
dan kepercayaan!
di lerengmu
bersemadi jasad-jasad
penjajah
pemecah tradisi
ruang hidup kami
di pundak kepalamu
‘A Farmosa’ tembok
menampan kuasamu
tapi di hatimu st
paul
aku tidak pernah
mengerti
apakah rahsia
senyumanmu
2 mei 1985
Di hotel 4 petang.
A FAMOSA
A farmosa
engkau seorang tua
yang terlalu uzur
sedang engkau
berdiri
di daerah yang
sudah terlalu asing buatmu
engkau bersendirian
a farmosa
aku tahu kini
engkau bermuram
durja
A farmosa
ingatkah engaku
di satu liku
riwayatmu
engkau telah
dinodai
sehingga wajahmu
yang jelita itu
menjadi cacat
kini a farmosa
engkau ditonton
kerna riwayat dan
kehodohan rupamu…
2 mei 1985
Di hotel 4 petang.
06 April 2020
Artikel 2
5 April 2020 hari
ini. Ahad. Duduk-duduk di anjung rumah ketika dalam
menjalani PKP, bercambah di fikiranku bermacam-macam perkara. Sebenarnya aku digerakkan oleh beberapa buah
fikir yang merasuk ke dalam diri semasa masih di katil sebelum waktu solat subuh
lagi. Rasukan fikir ini menggerakkan
aku untuk bingkas bangun dan jam kulihat pukul 5 pagi.
Seusai solat subuh,
aku terus mencapai komputer riba dan terus ke anjung sambil melayan lintasan
yang kian bercambah dan mahu tumbuh di batas fikir.
19 hari telah
berlalu, arahan PKP dikuatkuasakan oleh pihak yang berwajib bermula dari 18 Mac
dan dilanjutkan kepada 14 April.
Sehingga kini aku tidak pasti apakah PKP ini dilanjutkan ke satu tarikh
yang lebih lama. Kemungkinan ini memang
dijangkakan oleh kebanyakkan netizen.
Walaubagaimanapun jika ini adalah jalan untuk kebaikan maka aku fikir
kita harus akur kerana perancangan ini sudah tentu lahir dari pakar-pakar yang
arif dalam bidangnya. Bukan untuk menyusahkan
dan menyekat kehidupan, tetapi untuk menjamin keselamatan dalam kehidupan
khususnya kelompok bermasyarakat dan bernegara.
Langit berawan agak
pekat pagi ini. Burung gagak asyik
berbunyi garang barangkali menegur kucing yang masih berkeliaran di jalan
aspal. Atau memberi isyarat kepada pasangan agar jangan turun mematuk makanan
dikhuatiri sang kucing akan mengambil kesempatan. Burung cak dalam senyap-senyap kulihat turun
secara berkumpulan.
Sebenarnya setiap
pagi selepas solat subuh, sudah menjadi rutin aku akan memberi kucing yang
bergelandangan di hadapan rumah dan aku juga menebarkan makanan kering yang
sama ke aspal bagi habuan burung-burung.
Gagak, burung cak dan malakerbau adalah pelanggan makanan yang aku tabur. Menariknya mereka tidak pernah bercakaran
antara satu dengan lain, tetapi kulihat mereka mematuk rezeki
masing-masing. Kulihat juga mereka
mengamalkan, sekali patukan dan sekali mengawasi dari kucing-kucing yang
bersidai di tepi jalan. Kucing-kucing
kulihat asyik menjilat bulu setelah menjamah makanan yang aku longgok untuk mereka
di lantai simin.
Betapa sukarnya
makhluk Allah yang lain mencari rezeki untuk menyambung kehidupan.
Sebahagiannya mereka bawa pulang untuk diberikan kepada anak-anak kecil yang
menganga di sarang dicelah dahan.
Dan sebenarnya
menjadi pemerhatianku sekian lama. Ada
sepasang burung malakerbau, seekur kudung di pergelangan kakinya, turun mematuk
makanan setiap pagi. Apabila seekur
turun, yang seekur lagi bertenggek di tiang telefon atau di pelepah pohon
pinang bertujuan untuk menjadi pemerhati kepada musuh (kucing) yang berada
berhampiran. Seusai, yang seekur lagi
akan mengambil giliran dan dia akan naik bertenggek menjadi pemerhati
pula. Ah! Inilah satu aturan bagi
keselamatan yang mereka telah amalkan. Satu
SOP yang mereka rancang dan patuhi bersama.
Begitu juga burung cak begitu juga burung gagak. Tetapi kucing-kucing tidak pernahpun kulihat
mengendap dan menerkam burung tersebut.
Mereka tidak memperdulikan dan seolah menghormati bahawa burung juga
makhluk seperti mereka yang perlu mengisi perut untuk kelansungan hidup.
Hari semakin
meninggi. Setelah menyiram pokok-pokok
yang kutanam di pinggir rumah dan setelah bersarapan, aku kembali mencapai
kumputer riba dan meneruskan tulisan ini.
Seingat aku dalam
sehari dua perintah kawalan pergerakan ini dikenakan, terdapat juga protes dari
sebilangan warga terutama apabila larangan beribadat di surau masjid
dikuatkuasakan. Kata mereka apabila
musibah melanda, kita sepatutnya lebih ramai bersolat ke masjid bagi memohon
ampun dan pertolongan dari Yang Maha Kuasa.
Ini adalah ujian dari Pencipta untuk menguji keimanan kita, ujar
mereka. Kita tidak seharusnya takut
kepada virus dan sepatutnya lebih takut kepada Allah.
Tidak kedengaran
pulak suara protes dari gereja , kuil dan sebagainya sementelah rumah ibadat
mereka juga dikenakan tindakan yang sama.
Ah, mungkin kerana mereka hanya mengunjungi rumah ibadat mengikut
masa-masa yang tertentu. Tidak seumpama
umat Islam yang mengunjungi surau masjid 5 kali sehari.
Setelah beberapa hari
berlalu, dik kerana hebahan dari media yang cekap memberi penjelasan, maka
secara umumnya masyarakat sudah memahami dan dapat menerimanya dengan
baik. Syukur Alhamdullillah… Allah
permudahkan segala urusan…
Apa yang harus
dilakukan bagi memenuhi ruang waktu yang terluang? Ah.. sebenarnya sudah sekian lama waktu
terluang yang dibazirkan. Selain
menjalankan rutin harian kehidupan sebagai umat dan kehidupan bekeluarga, masih
ada lagi kesempatan masa yang terluang.
Dan hari ini aku memutuskan untuk membuat catatan untuk kuabadikan
sekurang-kurangnya menjadi memori untuk kusimpan di masa-masa yang mendatang.
Ah.. seharian
meneliti handfon, terlalu banyak masa digunakan untuk membaca kiriman yang
masuk melalui wasup, facebook mahupun dari laman-laman blog yang bercambah di
maya. Sebahagiannya memberi manfaat juga
melalui perkongsian ilmu dan maklumat yang berguna, tetapi banyak juga
kebanjiran maklumat dengan berita yang palsu, merosakkan yang disebarkan oleh sebahagian
kecil netizen yang entah apa tujuan mereka.
Para peminat theory konspirasi turut mengambil bahagian dan menyebarkan
fakta-fakta mengikut susur galur fahaman mereka. Umpamanya Virus ini adalah dicipta oleh
manusia sebagai senjata peperangan yang mutakhir iaitu senjata biologi. Malah ada yang mengatakan bahawa kita
sekarang berada dalam episode Peperangan Dunia ke-3. Hujah mereka, ini adalah peperangan antara
dua kuasa besar dunia- Amerika dan China.
Ada yang mengutarakan virus ini
adalah merupakan bom yang dilancarkan oleh Amerika ke atas China. Dan sebaliknya ada yang berpendapat pihak
China mencipta virus ini dan berlaku kebocoran dan lantas merebak diluar
kawalan mereka. Dikatakan seorang
saintis China bernama Li Chen telah melarikan diri ke Amerika dan membocorkan
rahsia negaranya. Dia mendakwa bahawa
China telah berjaya mencipta virus yang merbahaya ini di sebuah makmal
biologinya di Wuhan. Menurutnya ia akan
digunakan sebagai senjata biologi dalam peperangan.
Ada juga yang mengatakan bahawa ini
adalah perancangan Iluminati dalam usaha untuk merencanakan dokrin mereka untuk
mengurangkan penduduk dunia yang sekarang ini seramai 7.7 bilion. Mereka ingin mematikan umat manusia sehingga
tinggal 500 juta sahaja. Pihak agamawan
pula ada yang berpendapat bahawa ini adalah petanda kiamat telah hampir dan
saatnya sudah sampai untuk Dajjal turun ke dunia bagi menyesatkan semua manusia.
Metos-metos ini menetas dari
cengkerang fikir di kalangan sebahagian pemikir tak kira dari negara mana.
Seorang penulis Amerika bernama Sylvia Browne telah
menulis buku ‘End Of Days’ pada tahun 2008.
Buku berbentuk fiksen itu mengesahkan pandemic sejenis virus yang
menyerang saluran penafasan dan merosakkan jantung manusia. Novel ini diburu semula ekoran dari Convic 19
ini walaupun dia telah meninggal pada tahun 2013.
‘The Eye Of Darkness’ tulisan
novelis terkenal juga dari Amerika, Dean Koontu pada tahun 1981 dan dibaru
cetak pada tahun 2008 menulis tentang penyebaran virus yag dinamakan Wuhan 400
yang menjadi pandemic di Negara itu.
Ironinya tulisan ini dihasilkan olehnya 12 tahun lebih awal dari
munculnya wabak ini yang dimuali di Wuhan China. Apakah ini satu kebetulan atau…
Donald Trump dalam kenyataan
akhbarnya menamakan virus covet ini sebagai ‘China Virus’. Ini adalah merupakan kenyataan politik beliau
yang terkenal bersikap agak kasar. Walaupun
ia disanggah oleh beberapa wartawan yang menuduh kenyataan beliau sebagai
kenyataan rasis yang ‘baseless’ tetapi ia tetap berkeras dengan kenyataan
tersebut. Dan tak semena-mena vaksin
untuk virus ini telah dikatakan dapat dihasilkan oleh dunia barat.
Pakar-pakar baik dari China dan
dunia Barat menyanggah teori konpirasi ini.
Menurut mereka virus ini adalah menetas dari kepompong masa secara
semula jadi. Mereka mengatakan bahawa
mitos-mitos yang tersebar adalah merupakan fenomina ‘Infodemik’ yang menular
melalui media social.
Dan bagi kita orang Islam, kita
mempercayai bahawa tidak ada satu apapun yang mampu terjadi melainkan dengan
izin Allah. Jika virus ini dikatakan
dihasilkan di makmal sekalipun tetapi ia sudah tentu dengan keizinan dan takdir
dariNya juga. Allah sahaja yang
menguasai takdir dan Dia yang menguasai segala keizinan.
Langgan:
Catatan (Atom)
Belum bertajuk
Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih
-
Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih
-
ada yang menghirup segelas benci ada yang menghembus segumpal caci patah-patah kata bersiponggang dengan jerit pekik penggusti di tv kadang-...
-
bila malam pekat kita makin dekat makin dekat makin dekat makindekat malam semakin pekat kita semakin dekat semakin dekat semakindekat fau...
