23 Mac 2010

Wirawan

dia disingkir dari singahsana kuasa
diaibkan dan dipenjara
dipukul sehingga
tergelincir ruas tulang belakang
diracun arsenik
diaibkan lagi dan lagi
digertak lagi dan lagi

tapi tak pernah kulihat ia
berundur walau seinci
benar dan tiada gentar
terus berjuang dan berjuang

dia seorang patriot
wirawan pejuang terbilang
untuk nusa

hanya dia
yang kita ada...

fauzirashid
23.3.10

2 ulasan:

  1. Perjuangan DSAI yang panjang lagi berliku,
    kepada ALLAH kita berserah..
    kerana MUSUH sentiasa mencari jalan untuk
    memenangkan SYAITAN.

    BalasPadam
  2. salam fauzi,

    Baca sajakku yang ini,

    Hitam Dari Matamu
    Seru dari lidahmu
    Terbakar sejuta rasa dari tanah pusaka
    Sengketa dua tuan satu bahasa
    Akibat dari khabar yang tak terbela
    Bagaikan api dalam sekam yang
    telah sekian lama mencengkam

    Hitam dari matamu
    Tercalar luka yang kian parah
    dari tangan dan tuan durjana
    Terbongkar hutan kebenaran
    tersiat cita keadilan

    Lalu, terpateri sebuah sejarah
    Yang isinya penuh batu tajam
    yang padat dengan kezaliman
    Sampai bilakah?

    Pesanku padamu —
    Besarkan Tuhan atas segala!
    Hanya jiwa yang agung tak hangus
    tak hitam walau terpenjara

    Terima kasihku padamu
    kerana memulakan!

    Dari tarikan nafas,
    abuyon
    Madrasah Sains
    17 Mei 1999

    BalasPadam