12 Mac 2010

Warkah Untuk PM

yang dikasihi
yang amat berhormat pm;
dengarlah rintihan ini
seekur anak negeri

kami mahu hidup siuman
punya harga punya bicara
tidak rasa tertekan
oleh anjing-anjing yang bermaharaja lela

bantulah kami mengais pagi
membawa pulang sarapan petang
untuk anak-anak kami yang menganga di sarang

harga hidup kian meningkat
kebinatangan kian menggugat
kami dari kelompok yang terbuang
kian telanjang dan kelaparan

kami tidak meminta jambatan emas
cuma satu pertolongan yang ikhlas
tidak culas tidak menindas
mohon belas jangan mencantas

kami seekur rakyat yang marhein
mohon perlindungan
yang amat berhormat pm.

fauzirashid
12.3.10

4 ulasan:

  1. Peraduan menulis surat kepada PM telah
    dilanjutkan...masih ada masa lagi !

    BalasPadam
  2. wohooo, good luck bro ...
    cool

    BalasPadam
  3. salam fauzi,

    Kau lebih berhak digelar penyair
    dari mana-mana penyair tersohor
    di Malaysia ini

    BalasPadam