30 Mac 2020


EKPERIMEN DICATATAN PERJALANAN (Sambungan 3)

Falsafah lahir dari pengamatan yang tajam dan focus.  Dari ruang falsafah dunia membentuk tamadun.   Melalui pengamatan manusia menyimpan maklumat dan maklumat bertambah sebagaimana masa yang bertambah.  Dari kantong maklumat yang warisan sifatnya manusia mencipta dan mencipta sehingga apa yang diakatakan tamadun tercapai.  Dan tamadun dunia hari ini sudah mahu terlepas dari runag falsafah?  Dunia sudah nampaknya tidak dikuasai oleh orang-orang yang waras tetapi manusdia yang gila dan ego.  Mengapa?
Pada kesempatan dalam kembara ini aku ingin sekali merakam peristiwa sepadat dan setepat mungkin. Dari dalaman diri mahupun bersifat fizik. Agar ianya menjadi satu jalan aku di dalam perjuangan mengharungi hidup ini dan cita-cita.  Agar dapat membentuk satu pemikiran yang lebih waras dan universal.
Kejiutuan bukanlah milik manusia secara total kerana kejituan adalah relative sifatnya.  Begitu juga logic yang mempunyai magnitude yang berbeda.  Oleh itu sedapat mungkin dalam bergerak kea lam idealism sudah tentulah diri menghadapi rintangan yang mengusutkan daya fikir.  Percanggahan yang rumit dan perit.  Bebaskan menusia memilih antara dua ruang yang disediakan?
Hari Buruh (Labour Day) hari ini.  Sehari cuti am.  1Mei 1984 bersamaan hari Rabu.
Menaiki bas Express Murni pukul 9 pagi dari Sitiawan tiba di Melaka pada pukul 5 petang.  Pukul 1 tengah hari singgah di Tanjung Malim untuk sarapa tengahhari.  Di Melaka kami terus ke bilik tempat lepak Jamal (driver Syarikat Murni) di kampong Semabuk Melaka.
Kehidupan driver begitulah!  Pukul 9 pagi dari Lumut ke Melaka dan pada pukul 5 baru tiba.  Tepat jam 8.30 malam mereka harus membawa bas dari Melaka ke Lumut pula.  Bas malam dari Melaka ini tiba kel Lumut pukul 5 pagi.  Mereka relax di Lumut dan pada jam 9 pagi harus pula bertolak dari Lumut ke Melaka semula.   Alangkah ampuhnya seorang pemadu dipergunakan dan sebagai balasannya dengan gaji untuk secukup sara hidup keluarga.  Alangkah duplicatenya kehidupan bagi seorang driver bas express.  Begitu ampuh usia di perjalanan yang sama.
Begitulah seorang driver.  Sepanjang usianya di perjalanan tetapi sebuah perjalanan yang sama tempatnya.  Pemandangan di perjalanan bagi mereka tidak memberi kesan erti yang mendalam.  Pemandangan di perjalanan yang berulang-ulang ini menyebabkan satu perasaan yang tidak terusik.
Selepas 2 hari di perjalanan mereka akan bermalam di Melaka ini.  Selepas itu rutin hidup seorang drebar berpusing seperti selalu.  Mengenali hidup dan perjalanan seorang drebar ini dapatkah ditafsirkan sebagai satu kerjaya yang glamour?   Atau membosankan?
Puisi untuk seorang pemandu.
Jangan engkau turuti
lalulintas resah dan duka hidup
kerna di tanganmu
roda-roda sedang meligat
bersamanya
ada nyawa-nyawa dan harapan

Bersamanya
si isteri sedang maengandung
di sisi sang suami yang menyedut dan menghembus
masa silam dan masa depan dengan lelah

Bersamanya
ada sepasang kekasih
Sedang mendakap cinta dan meneguk madu
dengan merkah bibir yang mabuk

Bersamanya
ada seoarang tua yang
sedang membelek masa silam

Dan bersamanya…
ada seorang aku yang rindu

Jangan kauturuti
kerna d tanganmu
roda-roda sedang meligat.

Di hotel Cathay Melaka
1 mei 85.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih