EKPERIMENT DICATATAN PERJALANAN (Sambunagan2)
Apakah
yang dicari dalam hidup secara lebih pragmatic dan ilmiah? Adakah menjadi kawajiban hanya meletakkan
pergerakan hanya mengejar seorang gadis dan bunga saja? Atau apa lainya kita perlu bergerak?
Kita
harus melihat, meneliti dan merasa dengan peka kepada setiap unsur alam. Kita harus mengalami pengalaman sebanyak
mungkin. Sedaya upayanya jika berfuni
secara terus atau setidanya secara penghayatan melalui pembacaan. Pengalaman ternya mahal harganya jika ianya
dihayati apalagi jika ianya ditafsirkan.
Pengalaman selalu merupakan sebuah rahsia yang jika diselidiki mempunyai
rahmat yang tinggi nilainya.
Bagaimana
mahu mencari sebanyak pengalaman yang mungkin ketika setelah menyedari kita
mempunyai tenaga keupayaan di tangan? Pertama-tama
kita seharus melihat jauh ke dalam diri.
Mengenal diri melalui cermin kita sedara tersendiri. Menjengah ke dalam diri dan meninjaunya
secara terperinci kita akan mengenal gelagat kita secara dalaman. Apa yang sebenarnya kita perlukan?
Jika
pengalaman bermanfaat mengapa tidak mencari pengalaman ini selain dari
pengalaman yang dating secara semulajadi.
Manusia dan persekitaran, persekitaran dan manusia. Individu selalu terpengaruh secara dalaman
mahupun luaran oleh peristiwa persekitaranya.
Begitulah kelemahan kita sebagai manusia sehingga jika diteliti kita hamper
tidak mempunyai satu personality yang tulin melainkan ‘carbon copy’ semata.
Perjalanan
harus dimulakan. Begitulah kalau kita
meneliti keupayaan kita yang sederhana. Bercita-cita
terlalu tinggi tanpa menghiraukan gerak tindak yang terdaya jelas menjadi
sia-sia belaka. Bermula dengan gerak
yang terdaya secara kecil dan mengar
maju seperti masa yang kian ke hadapan.
Dan
perjalanan harus dimulakan dengan kesempatan yang mungkin agar ia tidak menjadi
utopia sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan