29 Mac 2020


EKPERIMENT DICACATAN PERJALANAN.  (Sebuah tulisan saya pada tahun 1985 yang masih saya simpan)  Susur galur pemikiran semasa 20an tahun usia.

SEPATAH KATA
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Pada kesempata ketika aku melancong ke Melaka pada 1 Mei 1985 sehingga 5 Mei 1985 bersama seorang rakan (Zamri bin Sulaiman), aku telah menulis catatan ini yang lebih merupakan satu cacatan diperjalanan.  Berbaur peristiwa dan ilham yang kualami, kugarap ianya dan aku rakamkan menjadi buku yang kecil ini.
Kecuali pada bab 1 yang mana aku tulis sehari sebelum aku melancong dan pada bab 12 dan 13 yang mana aku tulis setelah aku pulang melancong, kesemua bab yang lain adalah kurakan ketika di Melaka.  Aku telah cuba merakamkan tanpa mengira waktu dan tempat.  Aku tealh menulis di tepi jalan, di lorong-lorong kecil di Melaka, di Bukit Cina, di hotel tempat kumenginap dan dilain-lain tempat yang aku berkesempatan.
Justru itu jadilah cacatan ini merupakan sebuah nota yang tidak teratur dan tidak kemas.  Jalinan-jalinan peristiwanya melompat-lompat.   Tulisa pada noat ini juga terlalu kotor (teralu banyak conteng-conteng kesilapan dan justru itu tulisannya sukar dibaca dan difahami.  Ini adalah kerana keadaan ketika aku menulis nota ini tidak ada kemudahan yang baik.
Namun begitu nota ini adalah berharga buatku.  Dengan membacanya ia dapat mengingatkan kembali peristiwa aku di Melaka.  Juga nota ini adalah merupakan cubaan aku untuk menjadi seorang penulis.
Nota ini bukan untuk ditatapi oleh ‘public’ tetapi ianya adalah milikku sendiri.
Kunamai buku ini ‘Experiment di Catatan Perjalanan’ adalah kerana ianya kutulis untuk memahirkan diri sebagai penulis.  Isinya juga adalah merupakan nota perjalanan untuk mencari identity diri. (Kerana diriku masih lemah di dakam mencapai cita-citaku).
Terima kasih kepada individu yang bersama aku di Melaka – Dua orang Apex yang menjaga hotel Cathay yang banyak membantu memberi maklumat.  Ani dan Ida – gadis Terengganu yang manis yang sudi bersamaku memberi kuilham dan dorongan.  Dan yang paling utama kepa Zamri Sulaiman yang begitu sabra dan tanah menunggu ketika aku berhenti untuk menulis di tepi-tepi jalan.
Dan sekiranya ada kedapatan di mana-mana bahagian di nota ini yang menyentuh hati mana-mana pihak, suka kuberitahu- tiada maaf yang kupinta, kerana apa yang kutuliskan ini telah kutulis dengan ikhlas dan jujur.  Sekian, terima kasih.

Fauzi bib Rashid.
Manjung
Mei 1985.














1.         DI LIKU PERSOALAN DIRI.
Duduk bermenung-menung dan berfikir terlintas juga persoalan yang falsafah bentuknya.  Apakah tujuan hidup ini.  Meneliti dan mengkaji gerak diri selama ini jelaslah kelahiran aku di dunia ini hanyalah beku dan kaku.
Hari-hari yang dilalui hanayalah ‘duplicate’ hari-hari semalam, kelmarin dan sebulan yang lalu.  Malah di hari esok, lusa, tulat adalah bakal hari-hari yang sama saja - tanpa ada pengalaman baru – rahsia baru yang lebih boleh memperkayakan hidup ini.
Membaca dan turut memikir beberapak kandungan buku yang ideologis sifatnya dapat membentuk satu sahsiah di fikiran.  Membentuk satu perjalanan berfikir yang memaksa diri supaya tidak static tetpi bebas lepas dari belenggu pemikiran lama.
Hidup adalah perjalanan sebeanarnya.  Satu perjalanan tanpa henti bagai proses masa yang sentiasa bergerak dan maju.  Kewujudan diri di alam ini adalah sebagai pencari rahsia yang menimbun.  Malah inilah tugas manusia yang mulia yang membedakan antara makhluk yang lain yang dijadikan Tuhan.   Kita perlu merungkai rahsia alam astu persatu agar dengan demikian kita lebih dekat kepadaNya.  Kepada hidayahNya. Kepada hikmatNya. Kepada belas kasihNya yang tulin dan azali.  Sebab itulah kita disebut sebagai khalifah muka bumi yang ditugaskan untuk memelihara alam ciptaan Tuhan ini.  Bagaimanakah kita mahu menjalankan amanat Tuhan ini sedangkan kiat masih jahil kepada alam dan rahsianya.  Masih terlonta-lonta di alam kaku dan bisu tanpa pergerakan yang prgamatik.  Bagaimana kita?
Maka Allah telah menganugerahkan kita dengan akal tempat kota berfikir.  Hati tempat menerbitkan cita-cita.  Hati adalah kotak nafsu yang sentiasa berfungsi kepada manusia.  Di situlah puncanya menyebabkan manusia bergerak.  Di situlah puncanya manusia merubah alan dan diri.  Di situlah trajidi terjadi!
Akal pula tempat membendung ruang nafsu.  Nafsu memang sifatnya mahukan sesuatu yang enak bentuknya.  Tetapi akal sebagai perancang yang mahir yang membedakan antara yang baik dan yang buruk. Yang benar-benar berfunsi untuk jangka masa yang panjang.  Akal adalah landasan sebuah keretapi yang kalau dibentuk akan menghasilkan satu perjalanan yang bersih dan selamat sampai ke destinasi.
Begitulah peranan akal dan nafsu di dalam diri kita.  Nafsu sebagai penggerak manakala akal sebagaihakim yang mentafsirkan langkah supaya menjadi seselamat mungki.  Akal yang bersih dan sihat dapat membentuk satu perjalanna peribadi yang luhur dan jitu.  Yang bias membedakan sebuah impian nafsu yang serakah dengan satu utopia yang manis dan harmoni.
Memikir-mikir lagi sedalam mungkin yang tergapai oleh fikiran, maka udah tepatlah bahawa hidup adalah sebuah kembara yang akan hanya berhenti apabila degup jantung turut berhenti.  Hidup adalah perjalanan mencari rahsia alam yang ditugaskan oleh Penciptanya.  Sebab itu agama menggalakkan umatnya membaca dan belajar.  Agama Islam amat menghormati seseorang yang mempunyai ilmu malah orang yang tinggi ilmuannya – tingi martabatnya di samping Allah.
Mempelajari bermakna mencari sesuatu.  Menghuraikan sesuatu fenomina sedalam mungkin.  Menyelidik, meneliti dan mengkaji sesuatu kejadian alam ini sudah tentu dapat memberikan satu iktibar kepada kita betapa besarnya kekuasaan Tuhan.  Mencari sesuatu itu bermaksud bergerak baik dari segi mental dan fizikal.  Oleh itu kehidupan adalah satu pergerakan yang menuju dstinasi yang satu tanpa disedari atai disedari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih