25 Disember 2010

Musimnya

sewaktu kusarungkan sekuntum cincin ke jari manismu
dikamar yang dihiasi bunga-bunga
dan sewaktu kau cium tangan yang kuhulur
airmatamu membasahi kulitku
apakah ertinya itu?
sayangku?
bukankah kau sah miliku?
dan sah aku milikmu?

dan
mulai saat itu
kitakan berdakapan
dan akan terus berdakapan
di atas ranjang hidup
berjanjilah setia

fauzirashid

1 ulasan:

  1. Kenduri kahwin seolah-olah bermusim
    tetapi peceraian tidak !

    BalasPadam