02 Ogos 2009

Izinkan Aku Hidup

dengan runtunan diri
kucarik dinding kepompong
kulontarkan sesungut
menghidu dingin pagi
menatap daunan muda
dan kumtuman bunga
ooo... tuhan

kau angin
yang baru kukenal
biar ku bertatih sayap
sebentar cuma
menuju pelangi
bermain gerimis
biruan langit
ooo... tuhan

duhai daunan
biarkan aku singgah di dadamu
sebentar cuma
melepaskan lelah
langkahku yang salah
ooo... tuhan

duhai bunga
izinkan kusentuh kelopakmu
sebentar cuma
menghirup madumu
menyambung nyawa
ooo... tuhan

duhai kucing
simpankan kukumu
sebentar cuma
duhai beburung
perhatikan ku di dahan
izinkan aku sebentar cuma
terbang ke awan
menghirup nyaman ciptaan
ooo... tuhan

fauzirashid
manjung
(suara anak kupu-kupu, yang menghuni kamarku sedikit masa dulu)
2.8.09

3 ulasan:

  1. wahyudi my3/8/09 1:46 PG

    Saudara fauzi,
    Saya tertanya, saudara berada di tanah air atau masih di jepun?

    BalasPadam
  2. salam fauzi rashid,

    raungan kupu-kupu kecil ini tiada bedanya dengan raungan seorang insan yang lahir dalam kontemporari dunia hari ini.

    alangkah sedihnya.

    BalasPadam
  3. salam sdr wahyudi
    Saya ditanah air. Puisi d Jepun adalah catitan saya semasa berada di sana.

    Salam aney
    kita kan kupu-kupu kecil
    sekadar hidup dibenarkan oleh suasana keliling
    kebebasan kita setakat mana yang dibenarkan oleh mereka

    BalasPadam