04 Januari 2021

 Pelita Diri

kutebarkan cahaya dari geluk kaca
menerangi kamar malam
dengan nyalaan merah kuning
manusiawimu sedang asyik
di kelambu diri
menggomoli serakah nafsu
coba kau lihat aku
membakar sumbu diri
sepanjang malam!
keberkatan jasad minyak zaitun
pohon yang digerkati Tuhan
kian kering di balang kaca
namun
kuserapi dosa kalian...
kuhela nafas itu
menjadi kabut hitam yang
menghuni lelangit kamar
22.1.16

 cahaya atas cahaya

pelangi bersilang pelangi
aku di gubuk usang ini
hanya menulis puisi
andainya engkau mengerti...

23.1.16

 Kepedulian?

Di sini kita asyik menonton ajl
dan menulis puisi di fb
demi kepuasan diri
Di sana...
mereka kesejukan
mereka kebuluran
dentuman membingit
darah berhambur
dari kepala si anak kecil yang
tak mengerti apa apa

24.1.16

 Drama yang janggal

Berakhir segalanya
pengarah mematikan watak baik
penyamun tarbus dinobat menjadi hero...
apakah drama ini akan bersambung?
26.1.16

 Ayah pulangkan derma yang orang beri pada dia.

Kami adik beradik pening. Memangpun kami sekeluarga hidup susah. Nak sambung belajarpun tak boleh. Tak mampu bayar yuran. Makan pakai kami pun ala kadar saja. Atap rumah pun dah bocor. Lantai rumahpun dah adayang reput.
Heran betul..pasal apa ayah pulangkan balik wang derma yang dia dapat. Pening.
Baru sejak dua menjak ni kami tahu yang ada hartawan bagi derma kat ayah. Mak pun tak pernah cakap apa-apa. Pasal apa hartawan tu bagi kamipun tak tahu hujung pangkal.
Dulu seingat kami mak dengan ayah selalu melancong keluar negeri. Kamipun heran macam mana ayah dan mak dapat duit. Ah..kata abang ...mak dan ayah cari peluang rezeki. sebab itu mak dan ayah pergi melancong.
Tanya abang long...abang long pun tak tahu. Tah.... katanya. Abang long pun tak tahu...Mak dan ayah tak pernah bagi tahu. Yang ayah dan mak pesan abang long kene jage kami semua kat rumah...tu aje...
Kami pelik...ayah jadi gitu. Dah orang bagi derma ambil sajalah. Sebab apa pulangkan. Ambik sikit aje...dan pulangkan yang bakinya. Dengar cerita yang digunakan hanya sikit je. Yang dipulang banyak. Heran dan pelik sungguh sikap ayah. Selalu tak macam ni.
Kami tanya abang long lagi...apa yang ayah dan mak buat dengan duit derma yang orang bagi tu... belanja beli apa. Ah...abang long pun tak tau. Tak ada apapun yang ayah beli untuk kami...mahupun untuk rumah kami. Yang nampak mak pakai rantai dan cincin besar...tu aje...

13.2.16

 Ayah pulangkan derma yang orang beri pada dia...

Ahh... tension sungguh. Kami adik beradik jenuh mikir. Apa sebab ayah buat macam tu...Kalau tak tentu dapat bantu kami sekeluarga dimusim meleset ni. Harga getah jatuh. Barang keperluan pulak naik mendadak. Biasiswa dah lama tak diberikan lagi. Ah...ngapalah ayah tak bincang dengan kami...atau sekurang-kurang dengan abang long.
Pernah satu hari tu...dik chit tanya tentang cincin mak yang besar tu...tetiba mak cubit mulut dik Cit. Dik Cit pun apalagi meraunglah...Dik Amal yang ada dan ambil tahu kat situ pun dapat panggu. Mak pulas telinga.
Tup-tup dengar cerita angin...penderma yang bermurah hati tu rupanya benggali yang selalu masuk kampung jual kain dan pelbagai, pakai motor bawak raga. Benggali tu jugak jual karpet dan orang kampung selalu juga beli. Susah-susah pergi bandar..nak beli karpet apalagi nak usung balik...ada benggali ni terus hantar ke rumah dah baik sungguh.
Seingat aku mak pun pernah beli karpet dari benggali ni juga.
Pasal apa pulak benggali ni bermurah hati bagi derma kat ayah dan mak? Yang tu aku tak pasti. Misteri!. Ada kata benggali tu bayar zakat. Kami keluarga miskin. Layak dapat zakat.
Ah...tapi pasal apa ayah pulangkan balik duit tu...itu lagi misteri...

14.2.16

 Atuk cukup berang dengan ayah. Atuk memang berang marahkan ayah. Atuk berang dengan ayah bukan pasal ayah bagi balik duit derma yang dikatakan orang bagi tu. Bukan pasal tu. Bukan. Bukan…

Atuk berang sebab geran tanah yang tuk simpan dalam gubuk di biliknya tetiba hilang. Ghaibul ghuyub. Entah ke mana. Jenuh dicarinya merata tapi tak juga ada.
“Ini semua ayah kamu punya pasal” Atuk menggomel kepada kami satu petang semasa aku dan abang long pergi ke rumah atuk. Rumah atuk bukan jauhpun dari rumah kami. Aku lihat atuk marah bukan main lagi. Opah diam je tak kata apapun. Nak kata opah tenangkan atau redakan kemarahan atukpun tak jugak. Opah hanya diam je…tah apa yang opah fikir pun aku tak tahu. Tah tah opahpun marah kat ayah juga. Agaknya…
“ Ni misti ayah kamu yang ambil geran ni…tah-tah dia dah jual tanah tu…habis-habis” Atuk melepaskan geramnya pada kami. Aku dan abang long diam je. Tak berani nak kata apa. “Patutlah ayah kamu dengan mak kamu jalan sana sini macam orang kaya je…sejak dua menjak ni..”
Kami melopong kebingungan.
Takkanlah ayah boleh curi geran atuk dan senang-senang je jual tanah atuk tu. Mana boleh gitu. Misti…
Tetiba atuk membentak kepada kami “Ah…ayah kamu tu bukan boleh dipercayai. Macam-macam pelik dia boleh buat…tah-tah dia suap orang pejabat tanah..sapa tahu…aku tahu benar perangai ayah kamu tu…” suara atuk lebih kuat lagi melepaskan geramnya pada kami.
Eh…tentu atuk lebih tahu perangai ayah dari kami…tentu.. sebab ayah adalah anak dia. Dia yang didik ayah dengan opah. Tentu atuk lebih maklum dari kami. Tentu…

14.2.16

Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih