29 Mac 2020


EKPERIMENT DICATATAN PERJALANAN (Sambungan 1)

Menyedari bahawa hidup ini adalah pencari yang bergerak maka kita harus memahami untuk bergerak.  Kita harus mengetahui apa yang dicari.
Apa yang dicari dalam hidup ini?  Patutkah kita statik berdiri di suatu sudut alam yang luas ini dan membiarkan diri ditewaskan oleh ‘environment’ ?
Maka apa perlunya untuk mengisi hidup?  Bagaimana sewajarnya hidup ini di isi?
Hidup yang berhenti sebelum nadi berhenti bermaksud orang yang mati sebelum mati.  Orang yang tertewas sebelum sepatutnya.
Jadi mistikah kita bermula dan bergerak sekarang?  Sekurang-kurangnya setelah menyedari bahawa hidup ini perlu bergerak?  Apakah sifatnya pergerakan itu?  Apakah yang perlu diteliti sebelum pergerakan telah dirancangkan?
Manusia tetap manusia.  Walaubagaimanapun merekapun mereka berusaha untuk menewaskan alam tetapi sebenarnya alam tetap gagah dan manusia tetap tewas.
Manusia dan utopia. Utopia dan keupayaan.  Apakah keupayaan kita?  Bagaimanakah kita mahu mengambil sebanyak mungkin tenaga potensi ini untukmembolehkan kita bergerak sebebas mungkin, seluas mungkin?  Potensi dan utopia tetap menyebabkan manusia bermasaalah – kerana utopia manusia bersifat terlalu drastik tetapi potensi merangkak lambat.
Dan masalah yang disebabkan jurang antara utopia dan potensi inilah yang membikin manusia bergerak.  Dengan ini juga alam lebih dihidupkan.  Atas fenomina inilah gunung diruntuhkan, laut ditambak, hutan belantar diredah dan kota metropolis hidup.  Manusia selama-lamnya ingin memmenuhi cita-citanya yang tak kunjung padam, sementara potensi menyekat.  Manusia erungkai faktor-faktor penghalang tanpa henti sebagaimana cita-citanya yang tak henti-henti juga.
Dari sinikah kita hidup dan terus dihidupkan.  Generasi ke generasi tamadun digerakkan oleh nafsu (utopia) yang dibendung akal.  Selagi akal menawan nafsu, selagi itulah dunia tidak akan binasa.  Kerana Tuhan menjadikan sesuatu itu ada dengan sebab musababnya.  Dan ternyata sekarang ruang-ruang akal sudah mahu diresapi olh nafsu.  Akal dan alamnya menjadi mengecil sementara alam nafsu mengembang.  Sejauh mana manusia boleh bertahan dari gelagat alam yang kasar lakunya ini?  Alam jika ia bergerak memusnahkan, maka manusia tetap tidak dapat menmpan.  Betapa gagahnya ala dan betapa lemahnya kita!
Menyedari bahawa diri mempunyai potensi yang terhad sementara gerak laku hidup yang melaju maka bagaimana mahu memulainya?
Menceritakan ini kepada seorang rakan menyebabkan dia agak tertarik.  Menyedari dan menginsafi bahawa dirinya juga sebelum ini telah mati sebelum nadi berhenti, tertewas sebelum musimnya untuk tewas, maka demikianlah semangat memarak yang jika dipupuk sudah cukup menjadi daya potensi yang nombor satu.  Jelaslah semangat dapat memulai sebuah perjalanan. 
Bagaimana semangat ini mahu dipupuk sekiranya kita sudah lega dan gembira kerana kehadirannya?  Dan yang meresahkan mengapa semangat membakar begitu lambat dan lewat musim penjelmaannya?  Mengapa ia tidak lama dulu tertonjol dalam diri? Suratan?  Sekuarang-kurangnya dengan mengingatkan bahawa ini satu surata dapat memansuhkan marah diri kita serendah mungkin.  Satu istilah -Suratan itu- agama Islam yang begitu agung fisafatnta yang entah berapa juta umat yang terselamat dari merasa kecewa dan kehampaan yang membencanakan.
Apa yang dicari dalam hidup ini yang sepatunya?  Kita perlu bergeark dan mencari rahsia alam sedapat mungkin.  Melihat alam – meneliti – mengkaji dan mengolahnya kembali dala hidup ini sudah tentu memanfaatkan kehadiran diri. 
Banyak yang belu kita pelajari dari alam.  Terlalu banayak yang masih menjadi rahsia.  Kicau burung dan deru angin.  Larian ombak laut dan puncak gunung.  Pekat awan dan langit biru.  Segala ini adalah rahsia alam yang tersendiri. Yang dapat mengayakan kamus hidup supaya menjadfi lebih kukuh dan jitu.
Apakah yang lebih tenang dari memerhatikan liuk lituk dahan hijau yang dibelai bayu?  Derau ombak yang menghempas pasir? 
Dan begitulah sarjananya kita jika kita mula denga mempelajari, mentafsirkan alam ini. 
Bunga da seorang gadis.  Kumbang dan pria.  Mengapa dua lambing ini menjadi kemestian?  Seoarnag gadis dan bunga adalah paduan dari dunia estetika yang membekalkan alam ini supaya bergerak.  Kumbang dan pria adalah tingkah laku yag tidak pernah berhenti.  Dua ketumbukan ini menghidupkan alam yang tidak sepatutnya mati.


EKPERIMENT DICACATAN PERJALANAN.  (Sebuah tulisan saya pada tahun 1985 yang masih saya simpan)  Susur galur pemikiran semasa 20an tahun usia.

SEPATAH KATA
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Pada kesempata ketika aku melancong ke Melaka pada 1 Mei 1985 sehingga 5 Mei 1985 bersama seorang rakan (Zamri bin Sulaiman), aku telah menulis catatan ini yang lebih merupakan satu cacatan diperjalanan.  Berbaur peristiwa dan ilham yang kualami, kugarap ianya dan aku rakamkan menjadi buku yang kecil ini.
Kecuali pada bab 1 yang mana aku tulis sehari sebelum aku melancong dan pada bab 12 dan 13 yang mana aku tulis setelah aku pulang melancong, kesemua bab yang lain adalah kurakan ketika di Melaka.  Aku telah cuba merakamkan tanpa mengira waktu dan tempat.  Aku tealh menulis di tepi jalan, di lorong-lorong kecil di Melaka, di Bukit Cina, di hotel tempat kumenginap dan dilain-lain tempat yang aku berkesempatan.
Justru itu jadilah cacatan ini merupakan sebuah nota yang tidak teratur dan tidak kemas.  Jalinan-jalinan peristiwanya melompat-lompat.   Tulisa pada noat ini juga terlalu kotor (teralu banyak conteng-conteng kesilapan dan justru itu tulisannya sukar dibaca dan difahami.  Ini adalah kerana keadaan ketika aku menulis nota ini tidak ada kemudahan yang baik.
Namun begitu nota ini adalah berharga buatku.  Dengan membacanya ia dapat mengingatkan kembali peristiwa aku di Melaka.  Juga nota ini adalah merupakan cubaan aku untuk menjadi seorang penulis.
Nota ini bukan untuk ditatapi oleh ‘public’ tetapi ianya adalah milikku sendiri.
Kunamai buku ini ‘Experiment di Catatan Perjalanan’ adalah kerana ianya kutulis untuk memahirkan diri sebagai penulis.  Isinya juga adalah merupakan nota perjalanan untuk mencari identity diri. (Kerana diriku masih lemah di dakam mencapai cita-citaku).
Terima kasih kepada individu yang bersama aku di Melaka – Dua orang Apex yang menjaga hotel Cathay yang banyak membantu memberi maklumat.  Ani dan Ida – gadis Terengganu yang manis yang sudi bersamaku memberi kuilham dan dorongan.  Dan yang paling utama kepa Zamri Sulaiman yang begitu sabra dan tanah menunggu ketika aku berhenti untuk menulis di tepi-tepi jalan.
Dan sekiranya ada kedapatan di mana-mana bahagian di nota ini yang menyentuh hati mana-mana pihak, suka kuberitahu- tiada maaf yang kupinta, kerana apa yang kutuliskan ini telah kutulis dengan ikhlas dan jujur.  Sekian, terima kasih.

Fauzi bib Rashid.
Manjung
Mei 1985.














1.         DI LIKU PERSOALAN DIRI.
Duduk bermenung-menung dan berfikir terlintas juga persoalan yang falsafah bentuknya.  Apakah tujuan hidup ini.  Meneliti dan mengkaji gerak diri selama ini jelaslah kelahiran aku di dunia ini hanyalah beku dan kaku.
Hari-hari yang dilalui hanayalah ‘duplicate’ hari-hari semalam, kelmarin dan sebulan yang lalu.  Malah di hari esok, lusa, tulat adalah bakal hari-hari yang sama saja - tanpa ada pengalaman baru – rahsia baru yang lebih boleh memperkayakan hidup ini.
Membaca dan turut memikir beberapak kandungan buku yang ideologis sifatnya dapat membentuk satu sahsiah di fikiran.  Membentuk satu perjalanan berfikir yang memaksa diri supaya tidak static tetpi bebas lepas dari belenggu pemikiran lama.
Hidup adalah perjalanan sebeanarnya.  Satu perjalanan tanpa henti bagai proses masa yang sentiasa bergerak dan maju.  Kewujudan diri di alam ini adalah sebagai pencari rahsia yang menimbun.  Malah inilah tugas manusia yang mulia yang membedakan antara makhluk yang lain yang dijadikan Tuhan.   Kita perlu merungkai rahsia alam astu persatu agar dengan demikian kita lebih dekat kepadaNya.  Kepada hidayahNya. Kepada hikmatNya. Kepada belas kasihNya yang tulin dan azali.  Sebab itulah kita disebut sebagai khalifah muka bumi yang ditugaskan untuk memelihara alam ciptaan Tuhan ini.  Bagaimanakah kita mahu menjalankan amanat Tuhan ini sedangkan kiat masih jahil kepada alam dan rahsianya.  Masih terlonta-lonta di alam kaku dan bisu tanpa pergerakan yang prgamatik.  Bagaimana kita?
Maka Allah telah menganugerahkan kita dengan akal tempat kota berfikir.  Hati tempat menerbitkan cita-cita.  Hati adalah kotak nafsu yang sentiasa berfungsi kepada manusia.  Di situlah puncanya menyebabkan manusia bergerak.  Di situlah puncanya manusia merubah alan dan diri.  Di situlah trajidi terjadi!
Akal pula tempat membendung ruang nafsu.  Nafsu memang sifatnya mahukan sesuatu yang enak bentuknya.  Tetapi akal sebagai perancang yang mahir yang membedakan antara yang baik dan yang buruk. Yang benar-benar berfunsi untuk jangka masa yang panjang.  Akal adalah landasan sebuah keretapi yang kalau dibentuk akan menghasilkan satu perjalanan yang bersih dan selamat sampai ke destinasi.
Begitulah peranan akal dan nafsu di dalam diri kita.  Nafsu sebagai penggerak manakala akal sebagaihakim yang mentafsirkan langkah supaya menjadi seselamat mungki.  Akal yang bersih dan sihat dapat membentuk satu perjalanna peribadi yang luhur dan jitu.  Yang bias membedakan sebuah impian nafsu yang serakah dengan satu utopia yang manis dan harmoni.
Memikir-mikir lagi sedalam mungkin yang tergapai oleh fikiran, maka udah tepatlah bahawa hidup adalah sebuah kembara yang akan hanya berhenti apabila degup jantung turut berhenti.  Hidup adalah perjalanan mencari rahsia alam yang ditugaskan oleh Penciptanya.  Sebab itu agama menggalakkan umatnya membaca dan belajar.  Agama Islam amat menghormati seseorang yang mempunyai ilmu malah orang yang tinggi ilmuannya – tingi martabatnya di samping Allah.
Mempelajari bermakna mencari sesuatu.  Menghuraikan sesuatu fenomina sedalam mungkin.  Menyelidik, meneliti dan mengkaji sesuatu kejadian alam ini sudah tentu dapat memberikan satu iktibar kepada kita betapa besarnya kekuasaan Tuhan.  Mencari sesuatu itu bermaksud bergerak baik dari segi mental dan fizikal.  Oleh itu kehidupan adalah satu pergerakan yang menuju dstinasi yang satu tanpa disedari atai disedari.

25 Mac 2020



Kekalutan Covic-19

24.3.2020 hari ini.  Cuaca begitu cerah. Langit berawan nipis. Seminggu kita telah melalui Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) yang dikenakan oleh pemerintah khusus membendong makhluk seni yang bernama Virus Corona atau Covit-19 dari menular yang dikhuatiri menjadi wabak yang sangat menggerunkan.  Ia sudah menjadi pendemik dan menakutkan manusia semua bangsa.  Ia datang tanpa memperdulikan sempadan dan tanpa mengira kebudayaan mahupun kepercayaan.  Kepantasan penularannya adalah disebabkan lebih kepada tamadun kemajuan manusia di mana mobilasi manusia merentas benua begitu mudah dan begitu rancak.  Tanpa disedari virus tersebut turut menumpang pergerakkan individu samaada melaui udara, kapal laut hatta jalan darat.

Seminggu berlalu  kita telah melalui satu perintah yang sebelum ini tidak pernah kita lalui.  Kita semua terkejut dan dalam kebingungan untuk menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan atau ‘Lockdown’ ini yang dijadualkan bermula dari malam 17.3.2020 sehingga 31.3.2020.

Pada peringkat awal netizen kurang faham akan tujuan arahan PKP dan mengambil kesempatan untuk pulang kekampung ekoran dari pengistiharan penutupan  pejabat-pejabat.  Maka steysen bas dan lain-lain pengangkutan awampun diserbu oleh ribuan netizen dengan bersesak-sesak tanpa menyedari bahawa penularan virus ini mungkin menjadi bertambah buruk.

Beberapa halangan diumumkan oleh PM.  Antaranya rumah ibadat tidak lagi boleh dikunjungi untuk melakukan rutin peribadatan.  Kita tidak mendengar rungutan dari penganut Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain berhubung dengan larangan ini.  Larangan ini memberi impak yang terkesan bagi orang Islam. Mungkin kerana orang Islam mengunjungi surau masjid sebanyak 5 kali sehari.

Larangan ini pada mula dipandang negative. Ada yang berpendapat ini adalah usaha kerajaan untuk melumpuhkan syiar Islam.  Ada pula yang mengatakan sepatutnya apabila musibah melanda kita, kita sepatutnya lebih ramai hadir ke surau/masjid berjemaah memohon doa pertolongan dari Allah.  Lantaran itu pada peringkat awal sehari atau dua hari PKP diumumkan, surau/masjid masih dikunjungi oleh para Jemaah.  Ada yang datang sebagai protes dengan arahan tersebut.

Pihak berkuasa di negeri seperti di Negeri Perak pula memberi kebenaran agar surau/masjid hendaklah didirikan juga solat berjemaah dengan melakukan laungan azan (dengan sedikit tambahan yang membawa maksud agar solat di rumah sahaja) sebagai memenuhi fardhu kifayah bagi kariah yang berkenaan.  Jemaahnya disyaratkan hanya seramai tiga orang sahaja –seorang imam, muazin dan siak.

PKP selepas itu mula difahami dan diterima oleh netizen dengan agak baik.  Ini terjadi melalui penerangan yang intensif dari media rasmi kerajaan.  Disamping itu juga penyebaran melalui media baru seperti Wasup, Telegram, Facebook dan seumpamanya turut memberi kesan yang positif terhadap pemahaman rakyat.

Walaubagaimanapun melalui media-media social yang berkenaan bercambah juga berita-berita atau cerita-cerita yang palsu disebarkan oleh individu-individu yang entah apa tujuan mereka.  Berita-berita yang tidak sahih itu tersebar dengan cepat dan turut memberi kesan dan masalah kepada PKP.  Seumpamanya disebarkan bahawa virus corona ini sangat mudah untuk dibasmikan hanya dengan memakan ramuan tertentu atau air tertentu.   Terdapat juga siaran-siaran yang menyatakan kerajaan membuat keputusan yang tidak tepat dan menyarankan pihak berkuasa perlu melakukan perkara begitu begini tanpa ada apa-apa sandaran yang sahih atau pengetahuan yang mendalam berkenaan perkara tersebut.

Masing-masing mahu menunjuk pandai dengan posting masing-masing walhal pihak berkuasa dilengkapi dengan kepakaran dan peralatan yang lengkap sudah tentu lebih jitu dalam perancangan yang ingin dilaksanakan.

Para peminat theory konspirasi  turut mengambil bahagian dan menyebarkan fakta-fakta mengikut susur galur fahaman mereka.  Umpamanya Virus ini adalah dicipta oleh manusia sebagai senjata peperangan yang mutakhir iaitu senjata biologi.  Malah ada yang mengatakan bahawa kita sekarang berada dalam episode Peperangan Dunia ke-3.  Hujah mereka, ini adalah peperangan antara dua kuasa besar dunia- Amerika dan China.

Ada yang mengutarakan virus ini adalah merupakan bom yang dilancarkan oleh Amerika ke atas China.  Dan sebaliknya ada yang berpendapat pihak China mencipta virus ini dan berlaku kebocoran dan lantas merebak diluar kawalan mereka.  Ada juga yang mengatakan bahawa ini adalah perancangan Iluminati dalam usaha untuk merencanakan dokrin mereka untuk mengurangkan penduduk dunia yang sekarang ini seramai 7.7 bilion.  Mereka ingin mematikan umat manusia sehingga tinggal 500 juta sahaja.  Pihak agamawan pula ada yang berpendapat bahawa ini adalah petanda kiamat telah hampir dan saatnya sudah sampai untuk Dajjal turun ke dunia bagi menyesatkan semua manusia.

Donald Trump dalam kenyataan akhbarnya menamakan virus covet ini sebagai ‘China Virus’.  Walaupun ia disanggah oleh beberapa wartawan yang menuduh kenyataan beliau sebagai kenyataan rasis yang ‘baseless’ tetapi ia tetap berkeras dengan kenyataan tersebut.  Dan pada hari ini tak semena-mena vaksin untuk virus ini telah dihasilkan oleh dunia barat.



akan cuba disambung sempena terluangnya masa semasa KPK

25 Januari 2019

Bayang

di dini hari
dia selalu bersamaku
mengekori ke mana saja aku pergi

di saat kegelapan membungkus diri
dia lenyap
ke mana entah

15 Disember 2015

Tika Mataku dan Matamu Bertemu

matamu yang redup itu
merungkai tangkai jantungku
gugur seumpama
rintik salju
di batu pergunungan dan
mencair
mencari alir yang
tak menentu

dan di lautan yang bergelombang
kurenangi malamku
mencari matamu

tuk mengubati sepiku

dengan cahaya di perhentian
sebuah pelabuhan
kudambakan pertemuan
dermaga perkasihan
kita berdua

biar rindu kita berdakapan
selama-lamanya....


15.12.15

26 April 2015

Sebuah Mimpi

kugali pasir gurun yang terpencil
kutemui sepasang nisan purba
masih utuh!

di bawah nisan itu
kutemui
lembaran-lembaran berwarna
wajah ceria
seorang dia
yang belum kukenali

kucuba menyelak lembaran-lembaran
membaca abjad-abjad kuno
menjejak silam

anehnya...
lembaran-lembaran itu berterbangan
menjadi debu.

di langit
bila kumendongak
jubin-jubin lesu
bergantungan
di laut biru

26.4.2015





19 Mac 2015

Di Lantai Diri

di lantai ini
aku meratib namaMu
meratap rahmatMu
airmataku pun tumbuh dari kelopak
merembes dan bergenang

di ruang yang terbatas
baldu membasah di lantai
tiang-tiang diri pernah bergoncang
digegar iblis

di sini
kusemadikan ingatan
pada jiwa sepi
seorang aku

19.3.15

Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih