20 Disember 2011

Duhai Kekasih

sebatang lampu itu adalah aku
yang saban malam setia menerangimu
memerhati kau melintasi lorong hidup
menuju jalan pulang yang kelam

dan saban malam aku akan mencuba
membuka mata meninjau setiap lorong sepi
kalau-kalau ada jembalang atau syaitan
yang menggalang lorong hidupmu

duhai kekasih...
walau hujan walau ribut
aku tidak akan pernah mengantuk

fauzirashid
20.12.11

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih