18 Disember 2009

Dia Telah Kembali

(khas buat Pak Anjang Bidin)


hari ini harimu melangkah pergi
meninggalkan kami dengan setapak langkah ke hadapan
namun tiada lagi kami dapat
bersenda gurau dengan mu
anak-anak kami juga cucumu
pasti sunyi dan terasa kau tiada
kerna kau selalu meramas tubuh kecil mereka
sehingga menjerit namun kau tahu mereka ketagih
dengan ramasan dan sentuhan

kau telah mengajar kami
erti hidup sebagai hamba ilahi
khutbah-khutbahmu pada mimbar jumaat
sarat dengan peringatan
yang selalu menjadi bekal pulang

pak anjang
bersemadilah kau di sana
semuga tuhan menempatkan kau
dikalangan mereka-mereka yang solihin
dikalangan mereka-mereka yang Dia redhoi
bukan mereka-mereka yang dia benci
atau mereka-mereka yang sesat....

fauzirashid
(kurakam khas untuk Pak Anjang Bidin yang kembali kerahmatullah hari ini 1 muharram 1431H jam 4.00 pagi Jumaat)
(Maal Hijrahmu dengan setapak langkah di hadapan kami..)
18.12.09

7 ulasan:

  1. Salam Faziz Ar,

    "al-fatihah",

    "salam tahun baru Hijrah".

    BalasPadam
  2. alfatihah.. semoga rohnya bersama2 kekasih allah yang lain.. amin..

    BalasPadam
  3. salam tahziah,

    Al Fatehah...




    * Awan

    BalasPadam
  4. Innalillahi wa innailaihirojiun..

    BalasPadam
  5. Dari Allah kita datang, kepada-Nyalah
    kita kembali, Al-Fatehah
    untuknya

    Dia telah pergi menemui,
    Tuhannya

    Moga berlapang dada,
    siapa yang masih
    ada

    BalasPadam
  6. ' Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau '

    BalasPadam

Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih