13 Februari 2010

Dunia Tanpa Tajuk

dengan dia sebutir batu ditangan
dengan mereka ribuan kereta kebal. peluru nuklear
penjanjian itu diusul

isinya :
dia harus akur
untuk dihalau terus dari tanah pusaka

atau dia akan dicap sebagai
terorist!!
atau dia akan terus dibom
kerna selalu bikin kacau

dan
seluruh isi alam
bersetuju
itulah
order manusia baru

fauzirashid
13.2.10

2 ulasan:

  1. 'pada beberapa ketika kita terpaksa juga
    bercakap mengenai strategi'

    BalasPadam
  2. dunia tanpa tajuk,
    terpahatnya dendam insani yg terkabur dek nafsu amarah,
    terpahatnya sebuah egois yg bisa menenggelamkan padunya kuasa Sang Pencipta..

    BalasPadam