01 Disember 2009

Dari Nakhoda Wira Samudera

dari nakhoda wira samudera
kupelajari setiap tabii dan arah angin
manaakul rona dan bentuk awan di langit
pagi dan senja, tika beburung yang datang dan pulang

dari nakhoda wira samudera
kukenal corak cahaya dan letak bintang
yang mengawal arah dan hala arus laut
pagi dan senja, rentak gelombang yang datang dan pulang

dari nakhoda wira samudera
kuingati hari-hari, kutinggalkan persinggahan
menemui pengkalan dan denyut pelabuhan
walau pagi walau senja, menyedia diri untuk datang dan pulang

hai cakerawala. luasnya terbentang maya
setiap rinci mahu kupelajari tabii
malammu dan siangmu
pagi dan senja itu
menjadi nakhoda wira samudera

fauzirashid
malam yang diam
1.12.09

4 ulasan:

  1. singgah membaca puisimu. Bagai dilautan disela bayu rasanya. salam puisi pak.

    BalasPadam
  2. lau membaca puisi. and jadi 'pengikut'. ^_^

    BalasPadam
  3. salam buat sang wira samudera..

    begitu gigih kau menakul rona penuh irama
    dalam deru angin samudera menghempas gelombang
    mengira bebintang di langit
    merayu pada senja yang mula menjingga...
    dapatkah kau menetap arah kompasmu ?
    di tangah samudera yang menggila?...

    BalasPadam