07 November 2009

Sebenarnya

sebenarnya
titik-titik basah jatuh
ke mukaku kini
menjadi
bintik-bintik resah

kerna aku
bukan ahli puisi umpama kalian

cuma
aku rasa
aku sedikit siuman
kalian sedikit gila

maafkan aku
kalau....
aku telah tidak memohon maaf

fauzirashid
16.9.87

5 ulasan:

  1. Say juga tidak suka digelar ahli puisi;sekadar mencatat momen2 indah(mengkin kepahitan) untuk diri dengan cara yang paling mudah & ringkas.

    :)

    BalasPadam
  2. pada tafsiran saya
    fauzi ingin mengatakan dia adalah
    ahli puisi yang sedikit siuman
    dibandingkan dengan "kalian" yang sedikit gila..

    hehehehe!!!

    BalasPadam
  3. ermm bro,
    pedulikan apa org kata,
    semua coretan, bukan madah untuk mendapatkan gelaran,
    bukan untuk kemahsyuran dan kehebatan,
    segalanya lahir dari naluri insani untuk berkata2 kan??
    janji biar kita puas untuk meluahkan...

    BalasPadam
  4. Salam Faziz Ar,
    "masih seperti sedia azali".

    BalasPadam