02 November 2009

Pencemaran Diri

disedutnya
debu kehidupan
lalu mendap dalam
jantung diri

kian pelahan degup
darah mengalir
benih-benih barah
pun kian menguntum

dan kau sedut lagi
dengan nikmat sementara
dalam halkum yang luka
denyut nadi
mengalirkan jutaan darah
yang pasrah

kian lemah kian mengah

fauzirashid
2.11.09

5 ulasan:

  1. salam..
    mmm... jika iman lemah, semuanya boleh sahaja.

    BalasPadam
  2. Salam Faziz Ar,

    "ini antara gejala paling kuat dalam kalangan murid, dewasa, terpelajar dan yang terhormat".

    BalasPadam
  3. salam Fauzi,

    Bilakah waktu pula sesiapa
    mahu menyedut nikmat
    keimanan dan
    kedamaian

    BalasPadam
  4. Katakan tidak pada ROKOK...hahaha

    betul2??

    BalasPadam
  5. salam faziz..
    merokok itu membahayakan kesihatan..
    "LAST REMINDER" heh!!

    BalasPadam