26 September 2009

Pelangi, Senja Dan Kita

pelangi kembali melengkung dilangit mendung
pada senja yang menjingga menibarkan tujuh warna gerimis
ada laungan keramat bersama beburung yang terbang pulang
kita yang dijalanan ini masih di sini tanpa mahu mengerti

bahawa
panorama senja yang dilukis tuhan
bersemi peringatan dalam seruan azan
kita perlu singgah melabuhkan diri
meletakkan dahi pada bumi

bukan asyik dijalanan membuka dada
melayan anak-anak dengan sebiji belon
sedang pelangi kau lihat melengkung dilangit mendung
memerhati kau dengan wajah murung

fauzirashid
(memerhati rentak senja dan manusianya kita)
26.9.09

11 ulasan:

  1. salam faziz ar,

    Begitulah manusia kita,
    main bola, pasar malam, jalan-jalan
    makan-makan, lepak-lepak sampai
    ke sut, sampai jingga warna
    petang sedang azan
    berkumandang

    Saya malu kalau saya masih
    berada di mana-mana bila
    sampai waktunya

    BalasPadam
  2. 'mm.. dah lama kita berjalan-jalan ni,
    Jom singgah solat dulu, nak? Bentar aja.. yuk!
    Berjumpa yang lebih berHak kita kunjungi dulu. Lepas tu, kita jalan-jalan lagi.'

    BalasPadam
  3. Salam Faziz ar,

    "tajuk yang padat untuk puisi kali ini".

    BalasPadam
  4. salam...

    senang cakap kene pekadar diri
    sebelum DIA mengkadarkan diri kan...


    manusia dan dunia
    semua serupa,
    dunia menghukum manusia,
    manusia lagi lah menghukum dunia,
    padahal DIA yang berkuasa

    BalasPadam
  5. salam tautan kasih dari hamba..moga tenang di sana..

    BalasPadam
  6. senja itu waktu yg amat indah... tp saudara tidak berjaya mengungkapkan keindahan itu. saudara terus saja ke ceramah saudara padahal senja juga bukti kebesaran Allah. Jika mahu berceamah lebih baik tulis khutbah...

    BalasPadam
  7. salam kacik,

    Itulah namanya mesej. Itulah sajak yang
    benar, mengingatkan orang kepada Tuhan

    Siapa yang sensitif, dia akan terasa. Biasanya yang berjiwa penyairlah yang akan terasa, sebab jiwa mereka lebih sensitif dari orang lainnya.

    Macam juga siapa yang
    makan lada

    BalasPadam
  8. salam rakan
    memang senja satu lukisan terindah
    tapi bagaimanakah cara kita appriciate keindahan ciptaan itu?
    apakah dengan sibuk urusan dijalan
    atau... meletakkan dahi kebumiNya

    BalasPadam
  9. disitu lembayong senja
    meniti langit kirmizi..
    disitu angin senja..
    menepis lembut ke pipi..

    di lembanyong senja..
    burung burung sudah pulang kesarang
    melaung sendu satu panggilan..
    hamparan jalan masih berpusu..
    sujud lah.. sudah waktu
    sujud syahdu kedasarnya..

    warna kuning jingga
    berubah wajah..
    disambut dada malam yang kadangkala
    cerah..
    kadangkala
    kelam
    wajah wajah
    sudah kah berbicara dengan NYA??

    BalasPadam