i
kita yang dari maktab ramadhan
sebentar akan hadir pada konvo anugerah
syawal yang gemilang dan gah
pintukan dibuka
kita menyarung kembali pakaian diri
setelah dibasuhan tangan-tangan ramadhan
suci berseri putih umpama bulan pagi
ii
sebentar belenggu dibuka tuhan
bebaslah mereka meratah iman
mangsa-mangsa yang sedang gemilang dan gah
kembali menunggang nafsu serakah
iii
kita kembali hidup
mengharung gelombang laut
melatam bahang bara
menguji diri
dalam cobaan
fauzirashid
24.9.09
18 September 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Belum bertajuk
Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih
-
Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih
-
ada yang menghirup segelas benci ada yang menghembus segumpal caci patah-patah kata bersiponggang dengan jerit pekik penggusti di tv kadang-...
-
(ketika aku menziarah kematian isteri sahabatku Mior kulihat ramai sanak saudaranya sampai dan berpelukan dengan wajah murung, kusaksikan ad...
hidup tanpa cubaan bagai bernafas tanpa udara
BalasPadamsenyum tanpa ketawa...
salam faziz ar,
BalasPadamRamadhan disambut mesra
taraweh dan baca
Tiba Syawal, habis
semua
Apa yang sebulan,
sehari hilang
Allah
Salam Fauzi,
BalasPadamBelenggu dibuka
Bersedialah menghadapi
Pelbagai ragam pelbagai cubaan
Ijazah dipegang itulah panduan
Taqwa itu lawan segala..:) s h r ..m z b