pelangi kembali melengkung dilangit mendung
pada senja yang menjingga menibarkan tujuh warna gerimis
ada laungan keramat bersama beburung yang terbang pulang
kita yang dijalanan ini masih di sini tanpa mahu mengerti
bahawa
panorama senja yang dilukis tuhan
bersemi peringatan dalam seruan azan
kita perlu singgah melabuhkan diri
meletakkan dahi pada bumi
bukan asyik dijalanan membuka dada
melayan anak-anak dengan sebiji belon
sedang pelangi kau lihat melengkung dilangit mendung
memerhati kau dengan wajah murung
fauzirashid
(memerhati rentak senja dan manusianya kita)
26.9.09
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Belum bertajuk
Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih
-
Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih
-
pelangi kembali melengkung dilangit mendung pada senja yang menjingga menibarkan tujuh warna gerimis ada laungan keramat bersama beburung ya...
-
kau terus membiarkan tanda soalmu melengkong dihujung gerabak pertanyaan diri sedang di bawahnya sengaja kau letak sebutir batumu yang berat...
salam faziz ar,
BalasPadamBegitulah manusia kita,
main bola, pasar malam, jalan-jalan
makan-makan, lepak-lepak sampai
ke sut, sampai jingga warna
petang sedang azan
berkumandang
Saya malu kalau saya masih
berada di mana-mana bila
sampai waktunya
'mm.. dah lama kita berjalan-jalan ni,
BalasPadamJom singgah solat dulu, nak? Bentar aja.. yuk!
Berjumpa yang lebih berHak kita kunjungi dulu. Lepas tu, kita jalan-jalan lagi.'
Salam Faziz ar,
BalasPadam"tajuk yang padat untuk puisi kali ini".
salam...
BalasPadamsenang cakap kene pekadar diri
sebelum DIA mengkadarkan diri kan...
manusia dan dunia
semua serupa,
dunia menghukum manusia,
manusia lagi lah menghukum dunia,
padahal DIA yang berkuasa
salam tautan kasih dari hamba..moga tenang di sana..
BalasPadam:)
BalasPadamsenja itu waktu yg amat indah... tp saudara tidak berjaya mengungkapkan keindahan itu. saudara terus saja ke ceramah saudara padahal senja juga bukti kebesaran Allah. Jika mahu berceamah lebih baik tulis khutbah...
BalasPadamHEBAT.
BalasPadamsalam kacik,
BalasPadamItulah namanya mesej. Itulah sajak yang
benar, mengingatkan orang kepada Tuhan
Siapa yang sensitif, dia akan terasa. Biasanya yang berjiwa penyairlah yang akan terasa, sebab jiwa mereka lebih sensitif dari orang lainnya.
Macam juga siapa yang
makan lada
salam rakan
BalasPadammemang senja satu lukisan terindah
tapi bagaimanakah cara kita appriciate keindahan ciptaan itu?
apakah dengan sibuk urusan dijalan
atau... meletakkan dahi kebumiNya
disitu lembayong senja
BalasPadammeniti langit kirmizi..
disitu angin senja..
menepis lembut ke pipi..
di lembanyong senja..
burung burung sudah pulang kesarang
melaung sendu satu panggilan..
hamparan jalan masih berpusu..
sujud lah.. sudah waktu
sujud syahdu kedasarnya..
warna kuning jingga
berubah wajah..
disambut dada malam yang kadangkala
cerah..
kadangkala
kelam
wajah wajah
sudah kah berbicara dengan NYA??