06 Ogos 2009

Aku Adi Kuasa

hidup melayu. hidup melayu. hidup melayu.
aku saja melayu yang hidup
yang lain pergi mampos
yang lain kusumbat ke penjara
jangan kau coba

hidup melayu. hidup melayu.
aku saja melayu yang hidup
yang lain pergi jahanam
yang lain tak pernah faham
aku adi kuasa

hidup melayu.
aku saja melayu yang hidup
jangan kau coba
akulah adi kuasa
yang lain pergi jahanam
pergi mampos

fauzirashid
2.8.09

6 ulasan:

  1. tak kan melayu hilang di dunia
    kata si Tuah
    namun kisahnya
    dibunuh oleh melayu juga
    agar hilangkan dia dari dunia
    namun diselamatkan oleh melayu
    menghilangkan diri di suatu sudut dunia
    takdirnya diperjuangkan oleh seorang melayu
    lantas kembali
    membunuh seorang melayu
    hilang satu lagi melayu
    di tangan melayu


    ~ ~

    BalasPadam
  2. Salam Faziz ar,

    "hidup Melayu atas tiket politik sahaja yang tersisa, itu pun semakin goyah ke belakangan ini",

    "ramai yang bukan dalam kalangan kita 'telah mengasah taring dan tanduknya' juga ke belakangan ini".

    BalasPadam
  3. lontaran kata-kata kau pada kali ini agak berbeda...syukur...pencerahan itu sentiasa untuk mereka yang mencari-cari tanpa letih...aku sentiasa dibarisan bersama orang2 seperti kau...

    mampos lah Isa b. En!!!

    BalasPadam
  4. salam fauzi rashid,

    katanya bersatu tapi dipisah atas dasar idealogi,

    katanya bersatu tapi dipisah atas dasar autonomi,

    katanya bersatu tapi dipisah atas dasar bernegeri,

    itulah hakiki melayu.

    BalasPadam
  5. 'bila melayu mudah lupa, inilah jadinya'

    'mengata salah pecah-dan-perintah jadi pula

    dulang paku serpih'

    BalasPadam