04 Mei 2009

Puisi5

Saat Pemergian Dan Mata Itu Berbicara

i
Seorang ayah

anakku yang comel...biarkan ayah
menatap matamu dalam-dalam
dan biarkan ayah
membawa matamu itu
memanjakan waktu

ii
Seorang suami

cuma yang abang pinta
mata kita berdakapan
dan rindu kitapun sentiasa
.....berdakapan

iii
Seorang anak

ibu...airmatamu itu
memandikan jantungku dengan
cahaya kesucian...

iv
Seorang kekasih

cuma...izinkan aku
membelai matamu
dengan jari jemariku
di bibir persetiaan
....saat kau kutinggalkan

fauzirashid
kelas bahasa jepun 86
A1. wismabeliaKL

3 ulasan:

  1. i miss my dad.
    up there in heaven :)

    BalasPadam
  2. faziz,

    "menjadi puitis cantik sungguh..." kerana pengunjung seperti faziz

    terima kasih kerana singgah di 'sajak koi'

    salam

    BalasPadam
  3. saya suka puisi pelacur kamu.

    BalasPadam