28 Mei 2009

Tanpa Tajuk

sering aku memilih yang mudah
pastipun kumengerti sudah
sesuatu itu dengan naluri dan pemerhatian
aku membutakan segalanya
memekakkan rasa
dan aku berbuat seperti biasa melupakan

seringnya apabila namaku disebut
darah dan jantungku berdenyut
kemudiannya sering
aku menjadi seorang insan
penyesal yang terlalu dalam
penyesalan yang kosong ertinya

sering aku mahu bertanya
butir-butir yang datang dari diri
dan melakukan sesuatu
tetapi kupekakkan semuanya
sering begitu
dan...dan...
aku tetap kerugian
kerugian yang terlalu dalam
keugian yang penuh ertinya...

fauzirashid
site keihinjima
bunyi jentera berat dan kapal terbang mengongsi ruang
7.7.87

Buat Mar

disini bukan tempatku
untuk melayarkan kehidupan ini
kerana kemanusiaan tiada disini
hanya robot-robot yang bersedia melakukan apa saja
sepantas kilat menyahut 'hait' apabila dipanggil
sepantas kilat bergerak tanpa soal

mar
bahagiakah engkau disana
dinegaramu sendiri
negaraku jua
mar bukakan layar kehidupanmu seluas mungkin
agar kita ketemu dilautan ciptaan tuhan

fauzirashid
keihinjima
7.7.87

Memancing Bersama Rakan Ditengah Laut

disetiap penjuru tiada lagi daratan
semua bergerak di sini dimana-mana
di dalam perahuku ini bersama isinya
terulang aling

hujan, angin dan air laut berkuasa di sini
kita hanya sebahagian kecil. bisa diperlakukan apa saja
setiap masa dari setiap penjuru

matahari tidak dapat menolong kami. dibulut awan entah kemana
dan kulihat di sana
perahu-perahu seperti perahuku juga
mengadu nasib dalam suasana ini
membiarkan diri ditiup angin. ditumpu gelora lautan. ditimpa hujan
kita bisa diperlakuan apa saja di sini
tanpa dapat bertahan dengan fikiran dan tenaga tiada guna

dan kalian masih meneguk air mabuk itu
air tradisi nafsu dan tanpa kalian tahu laut murka
kerana air laut yang terlalu suci ini dan air yang kalian teguk itu
terlalu rakus dan jijik. laut benci
kudengar raungannya memberi amaran. kalian tidak mendengarnya.

fauzirashid
6.7.87

Harajuku4

lalu mereka tanggalkan kimono satu persatu
campakkan ke almari gelap
kuncikan ianya di situ sendirian sedih pilu
menangislah kimonomu harajuku

harajuku
generasi barumu
melangkah ligat
sepatu kilat. skirt sendat

fauzirashid
29.6.87

harajuku3

kebebasan itu begitu luas ruangnya
namun ada tali batasan warna kuning & hitam
engkau regangkan
ah! engkau bisa mengawal itu

namun harajuku
ke mana kimonomu kau campakkan

fauzirashid
29.6.87

Harajuku2

bangsamu generasi barunya
memacu dari gelanggang tradisimu berputar
menuju ke manakah
penuh ghairah. penuh khayal

fauzirashid
berpeleseran di harajuku
29.6.87

New Wave dan Puppet Dance

mereka berusaha bermati-matian
menempa fikiran menjadi bentuk. menjadi gerak

irama itu meresap kepembuluhan
nadi-nadi menjadi pantas
bukan...bukan mereka berada di sini lagi
mereka terbang tinggi. tinggi

fauzirashid
29.6.87

Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih