04 Februari 2011

Tuhan

i.
tiada permulaan
tiada pengakhiran
dariNya asal semua kejadian
kepadaNya pergi semua kepulangan

ii.
satu-satunya yang Satu
yang Maha
tiada peraturan untukNya
membuat peraturan untuk semua

iii.
kepadaNya segala pujian
kepadaNya segala permohonan
dariNya segala perlindungan

iv.
dengan namaNya
harus dimulai
segalanya

v.
Dialah tuhan
pemilik sekalian alam
penguasa semua kejadian


fauzirashid
(jumaat 4.2.2011)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih