ampun tuanku
beribu-ribu ampun
sembah patek harap diampun
patek yang pacal hina
memohon sembah bahawa
setelah satu puak gelojoh itu
tidak lagi mampu bertahan dalam perjuangan
mereka sedang mempergunakan tuanku
ampun tuanku
patek takut pakaian tuanku terkena najis mereka
yang sangat busuk
ampun tuanku
dulu sewaktu mereka kuat
mereka perlekehkan kuasa tuanku
mereka pinda supaya
tuanku tiada lagi kuasa
semarak...semarak ...laung mereka
masa itu
kini tuhan membalas dosa mereka
mereka mahu tumpang kuasa tuanku yang masih bersisa
ampun tuanku
pacal yang hina
mereka itu mahu mempergunakan tuanku
untuk selamatkan mereka
dari perjuangan songsang mereka
ampun tuanku
beribu-ribu ampun
berhati-hatilah tuanku
kami tidak lagi percaya mereka
mereka hipokrit
mereka hanya ambil kesempatan
mereka mahu kekal kuasa
kuasa untuk sapu segala yangmasih bersisa
fauzirashid
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Belum bertajuk
Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih
-
Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih
-
pelangi kembali melengkung dilangit mendung pada senja yang menjingga menibarkan tujuh warna gerimis ada laungan keramat bersama beburung ya...
-
kau terus membiarkan tanda soalmu melengkong dihujung gerabak pertanyaan diri sedang di bawahnya sengaja kau letak sebutir batumu yang berat...
'SI RAJA DOKEH, INGATKAH ?'
BalasPadamAmpun Tuanku
BalasPadamTuanku sila pertahankan kesucian agama Islam...
Israel gunakan burung hering sebagai pengintip
Salam... Ampun tuanku.
BalasPadamPatek singgah mencelah.
Apa khabarmu?