12 Julai 2009

Tiada Jua Kutemui

di kanvasku yang kau lihat itu
ada rona-rona kehidupan
jalan-jalan penuh hilalang
kuredah duri-duri menikam kaki
memanggil namamu saban hari

namun kau terus pergi...

dengan seberkas kunci kubuka pintu
mencari-cari serpihan rindu
kalau-kalau kau ada di situ

pintu demi pintu
kubuka dengan seberkas kunci
tiada jua kau kutemui

fauzirashid
12.7.09

2 ulasan:

  1. faziz...
    jika kau ingin mencari aku....
    kau cari lah di mana-mana pintu..
    atau di mana-mana rumah,
    atau di mana-mana ladang...
    di mana ada kesejatian...
    di situlah aku...

    BalasPadam
  2. manakan tidak aku perlu pergi
    kerna janji tidak ditepati

    manakan tidak aku ditemui
    kerna citamu bukan sepenuh hati

    manakan tidak aku melukai
    kau telah dulu buat hatiku mati.

    BalasPadam

Belum bertajuk

  Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih