28 Disember 2012

Hujan Disember

barangkali disember itu menangis
membilang dosa-dosa kita

barangkali disember itu menangis
lantaran kita lupa dan alpa

barangkali disember itu menangis
laluan kita ke jurang neraka

barangkali disember itu menangis
ada perpisahan yang tragis

dan disember terus menangis sepanjang abad
kerna kita semakin tersesat



1 ulasan:

  1. Disember menangis
    saban tahun
    penghujungnya diakhiri dengan
    pesta-pesta dajjal

    salam puisi sahabat!

    Lily

    BalasPadam