07 Februari 2011

Satu Hakikat

telah tercipta malaikat
punyai roh tanpa jasad
lalu mereka hidup ta'at

telah tercipta matahari, bulan dan gunung
punyai jasad tanpa roh
lalu setiap saat tunduk dan patuh

dan tuhan mencipta manusia
punyai roh punyai jasad
lalu Dia berfirman...
"telah Aku jadikan kamu sebaik-baik kejadian"

tapi mereka
engkar dan sombong
pada tuhan
Pencipta sekalian alam

fauzirashid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan