23 Oktober 2010

Buat Isteri Yang Terlena

mahu saja kurakam
setiap patah dengkurmu
agar dapatku fahami
bahasa mimpimu itu
yang kau tuturkan padaku

andai ada
permintaan darimu
biar saat-saat yang mendatang
dengan tulus
kupenuhi mimpimu sayang

fauzirashid

1 ulasan:

  1. salam buat mu..

    bisiklah padanya, bahawa "aku adalah kepunyaanmu !"

    BalasPadam