15 Ogos 2010

Ibu Yang Agung

i.
dikejarnya fatamogana
dari bukit saffa dan marwah
tujuh kali ulang alik mencari air
dalam kelelahan dan kering padang pasir
diruntun anakanda Ismail yang menangis dan menangis

Tuhan merasai degup keibuan agung si Hajar yang pasrah
mencari air dengan tetek yang kosong. perut yang keroncong

kun fayakun...
Tuhan menerbitkan air dari hentakan kaki si anak. mudah bagi Tuhan
telah membunga kesyukuran di hati si ibu

syukran.syukran.syukran
jerit suara batin si ibu
lalu si Ismail yang comel berhenti menangis

dan...
zam-zam. zam-zam. zam-zam. mengalir
dan terus mengalir
tanpa kering lagi
sehingga kiamat

ii.
kini
kulihat bayi dihurung semut
di dalam tong sampah yang berulat
ke mana 'si hajar?'

malah
ada bayi yang diblender
sudah gilakah 'si hajar?'

ah...
aku sudah tidak lagi sanggup
meneruskan puisi ini...

fauzirashid
5 ramadhan 1431

2 ulasan:

  1. Suatu masa dulu peribahasa melayu berbunyi 'anjing dengan kucing' sentiasa bergaduh, kini tidak lagi.

    Mungkin demikian jua 'tentang ibu' ?

    BalasPadam
  2. salam Fauzi,

    O manakah Hajar
    Antara Safa dan Marwa
    Taat Allah, juga
    suami

    O manakah Hajar
    Dia sudah mati bila Ismail
    jadi korban yang
    mungkar dan
    keji

    BalasPadam