19 April 2010

Bendera

rona-rona diri
berkibar pada bendera yang kau usung
kalau tidak kau ikat pada pancang keimanan
ia bisa rebah membunuh maruah

duhai anak muda
berjuanglah kerana kesedaran
dengan keamatan dari setulus diri

jangan kau jual kebenaran
dengan helaian-helaian kertas yang menggoda

pegang bendera diri
biar berkibar sebagai panji pertiwi

fauzirashid
(buat anak muda hulu selangor)
19.4.10

3 ulasan:

  1. salam Fauzi,

    Semoga mereka membuat pilihan
    dengan sedar dan waras
    penuh keimanan!

    BalasPadam
  2. Ingatkah tentang mas ringgit yang membakar jiwa?

    BalasPadam
  3. salam saudara,

    berminat untuk menyumbang puisi ke halaman kami?

    BalasPadam