28 Januari 2010

Cuma Provokasi

i.
dulu
kepala lembu

kini
kepala babi

provokasi
provokasi
provokasi

dulu
kini
dan selama-lamanya

ii.
jangan pedulikan provokasi,
kita perlu jaga perpaduan
biar hidup aman.
biar hormati sesama manusia...
hormati kepelbagaian bangsa, fahaman dan agama,
pedulikan mereka
dua tiga kerat sianjing batat
yang melakukan provokasi...

biarkan mereka
terjun dengan labu-labunya...

fauzirashid
28.1.10

7 ulasan:

  1. Mereka itulah yang dikatakan
    pencacai berlesen !

    BalasPadam
  2. provokasi... usah diperduli
    nanti memakan diri.
    hargai keamanan yang ada.
    pertahankanlah ia.

    BalasPadam
  3. salam fauzi,

    Dua kepala, lembu dan babi
    menunjukkan kepala orang
    kita dan dia, dan
    sesiapa

    sungguh!

    BalasPadam
  4. Salam Faziz Ar,

    "kalut yang boleh merosakkan, ini adalah api yang membakar secara perlahan tapi menakutkan kesannya kelak !".

    BalasPadam
  5. perhatikan kepala binatang-binatang itu.

    kenapa lidahnya satu, telinga dua.

    kenapa mata terpejam, bukan sebaliknya,

    kenapa bercerai badan, tidak kekal di dunia ini?

    BalasPadam
  6. salam sdr fauzi.

    waktu seburuk ini, saya bahkan x mampu memberi gagasan politik thdp puisi.

    terima kasih krn sering mampir di kotak saya. semoga kita bisa terus bersulang puisi.

    BalasPadam