lalu khatib pun menaburkan serbuk jumaat
dengan semangat dari mimbar besar
sedang jemaah asyik melayan sejuk marmar
dilantai ramadhan
kulihat serbuk jumaat adalah
serpihan mutiara yang berkilau
di bazir jemaah
sebahagiannya menjadi debu
sebahagiannya naik menginap lelangit masjid
lalu sang cicak pun melontar lidah
mengutip setiap serbuk jumaat
mengunyah dengan nafsu dan serakah
lantas menaburkan ketulan basah
hitam putih ke songkok jemaah
fauzirashid
12.9.09
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Belum bertajuk
Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih
-
Di sangkak tradisi Dieramnya generasi buat menyambung legasi Menetaslah wajah-wajah baru dari kehangatan kasih
-
pelangi kembali melengkung dilangit mendung pada senja yang menjingga menibarkan tujuh warna gerimis ada laungan keramat bersama beburung ya...
-
kau terus membiarkan tanda soalmu melengkong dihujung gerabak pertanyaan diri sedang di bawahnya sengaja kau letak sebutir batumu yang berat...
salam faziz ar,
BalasPadamBila agaknya khatib mau taburkan
kapsul atau gel jumaat
hmm...da kene amek wuduk balik..huhu
BalasPadamkena buat 'pesticidation'... :)
BalasPadamHihi. Lucu tapi dalam.
BalasPadam'abih tu... tadi pegi site. pastu balik ofice hntar laporan... pastu pg mesjid ...drpd dgr imam berkhutbah entah apa2 baik tido... x kirale seriban ke sejuta pahala lepas janji tido puas'
BalasPadamsokong en bayan (bayan budiman ke? hehe) beratus persen... secara jujur aku mmg jarang jaga kalau dgr khutbah...
BalasPadamsalam Fauzi ar,
BalasPadamMari, atas nama Tuhan yang agung
dan rahman, kita hulurkan dua tangan,
dan sejuta hati kita bersalaman dari
denyutnya yang paling
tenang dan dalam
Selamat Hari Raya — dari kami sekeluarga
Maaf zahir dan batin, nampak dan tak
nyata, dari hujung ke hujungnya
p/s: nak duit raya pakcik Ji..
pinta anak-anakku ..hehe