12 September 2009

Serbuk Jumaat

lalu khatib pun menaburkan serbuk jumaat
dengan semangat dari mimbar besar
sedang jemaah asyik melayan sejuk marmar
dilantai ramadhan

kulihat serbuk jumaat adalah
serpihan mutiara yang berkilau
di bazir jemaah
sebahagiannya menjadi debu
sebahagiannya naik menginap lelangit masjid

lalu sang cicak pun melontar lidah
mengutip setiap serbuk jumaat
mengunyah dengan nafsu dan serakah
lantas menaburkan ketulan basah
hitam putih ke songkok jemaah

fauzirashid
12.9.09

7 ulasan:

  1. salam faziz ar,

    Bila agaknya khatib mau taburkan
    kapsul atau gel jumaat

    BalasPadam
  2. hmm...da kene amek wuduk balik..huhu

    BalasPadam
  3. kena buat 'pesticidation'... :)

    BalasPadam
  4. 'abih tu... tadi pegi site. pastu balik ofice hntar laporan... pastu pg mesjid ...drpd dgr imam berkhutbah entah apa2 baik tido... x kirale seriban ke sejuta pahala lepas janji tido puas'

    BalasPadam
  5. sokong en bayan (bayan budiman ke? hehe) beratus persen... secara jujur aku mmg jarang jaga kalau dgr khutbah...

    BalasPadam
  6. salam Fauzi ar,

    Mari, atas nama Tuhan yang agung
    dan rahman, kita hulurkan dua tangan,
    dan sejuta hati kita bersalaman dari
    denyutnya yang paling
    tenang dan dalam

    Selamat Hari Raya — dari kami sekeluarga
    Maaf zahir dan batin, nampak dan tak
    nyata, dari hujung ke hujungnya

    p/s: nak duit raya pakcik Ji..
    pinta anak-anakku ..hehe

    BalasPadam